bab 3

37 12 0
                                    

          "TERIMA kasih."

"Sama-sama."

Aku melakar senyuman kecil kepada kakitangan yang bertugas di bahagian kaunter lalu membawa kaki keluar dari pejabat tersebut. Tiba-tiba telefonku berdering kuat menandakan noti panggilan masuk.

Posisi Yeeun aku betulkan supaya terletak elok di bahu kananku. Poket kiri diseluk kemudian telefon pintar diambil. Not hijau aku tekan pantas lalu diletakkan di hujung telinga.

"Hello, ahjumaa. Ada apa call Tzuyu ni?" tanya aku berbisik seraya melangkah jauh dari perkarangan pejabat. Bangku yang terletak di bawah teduhan pokok menjadi tempat aku melabuhkan punggung.

"Ahjumaa nak cakap yang duit sewa rumah bulan empat, puan dah bayar," kata Ahjumaa Irny tenang.

"Oh. Cakap dekat puan terima kasih," balas aku ringkas. Kedengaran suara di corong telefon mula mengeluh kecil.

"Barang dapur semua cukup ke? Yeen apa khabar? Ahjumaa rindu Tzuyu." Suara Ahjumaa Irny semakin kedengaran sebak dan pilu pada gegendang telingaku. Aku terdiam seketika sebelum memikirkan ayat yang bakal aku ucap.

"Tzuyu sihat. Tzuyu pun rindukan ahjumaa. Cukup. Semuanya cukup," ujarku tenang walaupun kadang-kala aku terpaksa mengikat perut hanya semata-mata untuk membeli barang keperluan Yeeun. Bagiku, keselesaan Yeeun menjadi keutamaan.

Tidak perlu aku jujur untuk meraih simpati wanita tua itu. Cukuplah dia dihukum kerana menghantar barang dapur kepadaku lima bulan yang lalu. Hidup dengannya sejak aku berumur lima tahun sudah aku anggap seperti ibu kandung sendiri. Mana mungkin rindu tidak bertapa setelah berbulan-bulan kami tidak bertemu. Dia yang menjaga keperluanku ketika appa dan omma sibuk bekerja.

"Tzuyu, puan dan tuan sayang dekat Tzuyu. Mereka cuma terkilan dengan keputusan mendadak Tzuyu. Tzuyu jangan pernah benci dan berdendam dekat puan dan tuan. Tzuyu cuma satu-satunya anak mereka," kata Ahjumaa Irny semakin menyesakkan nafasku. Aku mengetap bibirku perlahan.

"Mereka tak akan buang Tzuyu kalau mereka sayang Tzuyu. Tak... Tak pernah sekali pun Tzuyu simpan semua perasaan keji tu. Tzuyu nak balik semula dalam keluarga, ahjumaa selalu doakan Tzuyu ya." Tidak dapat menahan perasaan yang semakin mencengkam dada, aku tewas dalam menahan air mata.

"Ahjumaa selalu doakan Tzuyu. Buat yang terbaik. Tzuyu... Ahjumaa pergi dulu, tuan dan puan dah balik," kata Ahjumaa Irny tergesa-gesa sebelum menamatkan panggilan. Aku menurunkan telefon pintar itu sehingga ke paras dada. Nama Ahjumaa Irny tertera di skrin telefonku. Sisa air mata aku lap kasar.

Aku masukkan telefon ke dalam poket seluar semula. Suara Yeeun merengek tak selesa membuatkan aku sedar dari lamunan. Terus tubuh kecilnya aku angkat ke atas sambil berdiri daripada bangku tadi.

"Kita balik rumah ya... Minum susu," kata aku dengan tawa kecil. Perut kempis Yeeun aku cium lalu mendakap tubuh kecil itu kembali.

          "PELUANG kedua, huh? Itu bukan Mr Yong." Jungkook menghela nafas pendek. Barang miliknya dikeluarkan daripada almari kemudian dimasukkan ke dalam kotak yang baru saja diambilnya semalam. Berus gigi, sabun dan beberapa keperluan dirinya diletakkan ke dalam satu beg kecil.

Pakaian miliknya pula dilipat cantik lalu disusun ke dalam beg galasnya. Bilik yang didudukinya itu terlihat kosong sama dengan keadaannya sebelum ini sewaktu mula menjejakkan kaki di asmara yang menempatkan pekerja-pekerja stok Syarikat Gold Holding.

Jungkook melabuhkan punggungnya di atas tilam yang tidak bercadar. Kedua-dua tangannya mula bersatu lalu memangku dagunya. Jungkook menarik nafas dalam seiring dengan kelopak mata yang tertutup kemas. Kotak fikirannya mula kusut dengan kehidupan yang bakal dia bawa selepas ini.

Perasaan resah dan gelisah berpusing-pusing di sekitarnya tika ini. Pekerjaan apa pula yang harus dicarinya selepas ini. Jungkook mencelikkan matanya lalu meraba-raba poket seluarnya.

Dompet lusuh yang berwarna coklat itu direnung lama sebelum dibuka perlahan-lahan. Wang kertas itu dikira berkali-kali. Perbuatannya terhenti dan diiringi tangan kirinya yang serta-merta mencengkam rambutnya sendiri.

Memikirkan masalah yang sedang melingkari dirinya saat ini betul-betul menghentak jiwa dan raganya seakan tubuhnya terhimpit ke dinding yang menyukarkan pernafasannya. Jungkook menggeleng kecil.

"Dugaan yang datang ni terlihat besar pada aku, sedangkan ada manusia lain yang masih terbeban lebih daripada aku. Aku kuat!" Jungkook memotivasikan diri sendiri lalu menggalas beg besarnya. Dompetnya dimasukkan ke dalam poket semula seraya itu kotak yang terisi barangnya dibawa bersama.

Jungkook melangkah keluar daripada bilik itu. Dia memalingkan mukanya ke arah katil bujang yang menjadi tempat dia melelapkan mata selama ini. Terukir sebuah senyuman perit dibibirnya.

"Dengan duit yang ada, aku tak mampu nak sewa rumah. Tidur dikaki lima lagi ke?"

          "O. M. G. Aku tak sabar nak sambut kedatangan kau balik, Tzuyu! Kau tahu tak, aku rindu kau gila! Kalau kau tak ada, aku ni asyik kena denda je! Nanti sampai sekolah, bagitahu tau! Jangan ikut kalau orang ajak kau. Kau pergi dengan aku je, okay!" Suara Chaerin di corong telefon berbunyi teruja. Tzuyu yang tertekan kerana masalah baru bertukar terus kepada mood gembira apabila rakan baiknya menelefonnya tiba-tiba.

Cha Chaerin terus lesap daripada hidupnya setelah dia dibuang daripada sekolah. Ketika dia memerlukan bahu Chaerin, Chaerin tidak bersamanya tapi dia tahu orang tua Chaerin melarang Chaerin untuk bertemu dan bergaul dengan orang sepertinya.

Orang tua Chaerin bimbang jika dia akan mengikut jejak perangai dirinya. Buktinya, dia sendiri melihat dengan anak matanya sendiri ketika terbaca mesej yang dihantar oleh ibu Chaerin.

Tzuyu sedar siapa dirinya dan Tzuyu faham rakannya itu sibuk dengan urusan peribadi. Dia tidak pernah mengambil hati cuma fikiran negatifnya sering mengatakan yang Chaerin tidak mahu berkawan dengannya lagi. Dia memang suka serkap jarang.

"Tzuyu! Kau mengelamun sampai mana dah? Kau tak happy dengar suara aku ke? Merajuk lah macam ni!" Chaerin berkata dengan nada seakan berjauh hati dengan tindakan Tzuyu yang diam begitu lama. Tzuyu tersentak.

"Taklah... Aku happy kau telefon aku tapi aku terkejut sikit. Mana kau dapat nombor telefon aku ni?" Tzuyu menyoal tak percaya. Setahu Tzuyu, hanya beberapa kenalan saja yang tahu akan nombor barunya.

"Oh... Hari tu, aku ada nampak kau kerja dekat satu kafe ni. Aku tanyalah owner kafe tu nombor telefon kau. Alah, kau macam tak kenal aku. Kerja bodoh pun boleh buat apatah lagi kerja sekecil nyamuk ni," kata Chaerin sungguh-sungguh. Tzuyu tertawa kecil namun suaranya mengendur tiba-tiba.

"Ta... Tapi kenapa kau tak datang jumpa aku, kalau kau rindu aku. Aku rindu kau sangat-sangat," luah Tzuyu perlahan.

"I... Ibu ada dekat sebelah aku masa tu." Chaerin berkata perlahan. Suaranya terlihat tidak ceria seperti tadi. Mendengarkan ucapan Tzuyu membuatkan dia rasa serba-salah.

"Faham." Tzuyu tertawa pedih.

"Kau ada anak kan? Siapa nak jaga anak kau masa kau duduk sekolah nanti?" Mata Tzuyu membulat kecil mendengarkan pertanyaan Chaerin.

"Mana kau tahu yang aku ada anak?"





Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now