bab 26

26 8 5
                                    

"Sayang, kita pergi klinik jom. Risau abang tengok sayang ni macam salah makan. Sayang ada alergi apa-apa ke?" Soal Jungkook sambil mengusap-usap kepala Tzuyu. Rambut Tzuyu yang terjuntai diraup ke belakang berkali-kali.

Lesu wajah Tzuyu membuatkan hati Jungkook kurang enak. Bibir Tzuyu pucat merekah. Makan pun asyik muntah. Mual dan banyak makan asam. Sudahlah esok mahu exam besar. Exam terpenting di Korea yang berlaku pada bulan November.

"Abang peluk sayang ya." Jungkook memeluk kemas. Wajah Tzuyu tersembam pada bidang dada Jungkook. Dia mencengkam kuat baju Jungkook, cuba bertahan dengan loya yang semakin mencucuk-cucuk anak tekaknya.

"Semalam okay je. Kenapa tiba-tiba? Saya takut," kata Tzuyu mengendur suaranya. Tubir matanya mula panas dengan air mata.

"Sebab tu abang cakap kita pergi klinik. Boleh sayang makan ubat yang sepatutnya. Sayang ada salah makan kot. Makan banyak sangat asam boleh loyakan anak tekak tau," kata Jungkook. Cuba menenangkan hati Tzuyu yang gelisah.

"Ya ke? Kenapa rasa sedap je? Saya pahit tekak tau. Abang masakkan saya dakjuk boleh? Lapar..." rengek Tzuyu. Jungkook mengangguk lalu mencium kepala Tzuyu.

"Rehatlah. Sekarang ni tak payah fikir dah pasal ulang kaji apa semua. Fikiran kena tenang. Abang tak nak sayang stres. Abang masakkan sayang dakjuk ya. Nanti abang cuba pergi farmasi. Tanya mereka ubat apa yang sesuai," kata Jungkook lalu membaringkan badan Tzuyu. Selimut ditarik sehingga ke paras dada Tzuyu seraya itu dikucup dahi Tzuyu.

"HWAITING sayang abang ni! Nanti malam tunggu dekat rumah. Abang nak buat suprise," kata aku lalu membelai rambut Tzuyu yang semakin panjang. Dia memuncungkan bibirnya.

"Kenapa tak pick up saya? Takkan saya kena balik seorang diri. Abang tak kesian kan saya? Kata ambil cuti untuk saya hari ni?" Soal Tzuyu sambil memastikan alat tulis untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan sudah cukup. Aku menggaru-garu kepala tidak gatal. Sebenarnya seminggu yang lalu, Yeseul ada hubungi aku. Meminta aku untuk datang memberi semangat kepadanya. Nasiblah adik aku tu boleh dibuat runding. Maka, lewat sikit aku memberi semangat kepadanya pada hari ini.

Ingin sekali aku memberitahu Tzuyu tapi aku takut dia salah faham dan akhirnya hubungan manis kami menjadi pahit semula. Aku yakin habis saja peperiksaannya yang berlangsung selama lapan jam nanti, akanku luahkan perasaan yang terbuku ini.

"Abang ada kerja sikit. Boleh sayang izinkan abang pergi?" Kelihatan Tzuyu melakar sesuatu pada bidang dadaku. Resah benar aku melihatnya. Semalam tak tidur kerana muntah yang teruk. Sekarang, dia punya manja mengalahkan budak kecil. Abang doakan Tzuyu tak apa-apa masa jawab exam nanti.

"Okaylah. Saya tunggu abang dekat rumah. Saya nak bagitahu abang sesuatu nanti. Jangan lupa jeruk yang saya minta semalam tu."

Aku tergelak kecil.

"Iya, abang tunaikan. Dah pergi cepat masuk dewan. Jawab elok-elok. Jangan terburu-buru. Sentiasa abang titipkan doa untuk sayang," ujarku kepada Tzuyu. Dia memukul lembut bahuku lalu memuncungkan bibirnya, bukan merajuk tapi macam minta sesuatu.

"Nak apa sayang?"

"Cium."

"Tak boleh. Nanti sayang angau pula bila abang cium. Nanti jawab soalan tak betul. Abang belum lupa yang sayang punya jawapan semua salah when I kiss your. Balik nanti abang bagi okay?"

Bayang Tzuyu sudah lesap tatkala aku berkata begitu. Tahulah aku. Membahang kalau aku mengutarakan topik itu.

AKU mula rasa tak sedap badan ketika menjawab kertas peperiksaan english. Tangan aku yang memegang pen menggigil menahan sakit perut. Aku mengangkat tangan untuk ke tandas.

Pulang saja dari tandas, aku menyembamkan kepala di atas meja. Pen cuba dipegang kemas namun asyik terlepas dari celahan jari. Loya. Aku rasa nak muntah. Pening.

Aku mual. Laju aku mengangkat tangan untuk ke tandas. Pengawas peperiksaan memerhati aku. Mencurigai dengan aktiviti aku yang keluar masuk ke tandas. Diraba seluruh tubuh aku.

Seluruh tubuh mula lemah. Aku masuk kembali ke dalam dewan peperiksaan. Chaerin dari jauh membuat muka 'kenapa'. Aku menggeleng. Berpeluh-peluh aku menahan sakit. Aku nak baring. Ra... Rasa nak mati. Kenapa dengan aku ni?

Setelah beberapa jam bertahan, tinggal satu saja lagi kertas peperiksaan. Keluar saja dari dewan, aku berjalan seperti orang tak betul. Hanya berharap mendapat sokongan dari dinding.

"Chou Tzuyu."

Mata aku menoleh ke arah empunya suara yang memanggil. Terbeliak mata aku saat figura itu jelas pada retina mata. Belum sempat ingin membuka mulut, aku rebah.

AKU memicit kepala. Kelopak mata cuba dibuka luas. Hanya siling putih menyapa pandangan mataku. Aku berura-ura untuk bangun namun cepat saja dihalang oleh seseorang.

"Awak mesti rehat dulu."

Aku terpempan melihat figura yang muncul di hadapan aku. Aku menoleh ke arah kanan, ada Chaerin. Kemudian aku memalingkan semula ke arah si dia. Tanpa segan silu air mata mengalir.

"Aw... Awak?"

"Ya sayang."

"Kenapa baru muncul? Kenapa baru sekarang awak datang cari saya. Awak langsung tak tanya khabar saya yang menderita di sini. Awak jahat!" tengking aku lalu memukul dadanya. Luhan. Bekas suami aku. Aku melihat matanya yang berkaca-kaca lalu memeluk aku kemas. Aku tetap meronta.

"Awak, saya betul-betul minta maaf. Bukan niat saya nak buat awak menderita," kata Minho dan aku berhenti memukulnya kerana tangan Chaerin yang memaut aku.

"Tzuyu, kau tak boleh stres. Kau tengah pregnant."

Mata aku terbeliak. Dada aku berombak kencang. Nafas aku menderu laju. Sepasang mata Chaerin, aku tatap. Dia mengangguk. Terhambur segala tangis aku.

"Ho... How? Ma... Macam mana aku boleh pregnant. Ja... Jadi aku alahan dalam dewan peperiksaan tadi?"

"Ya, Tzuyu. Kau pregnant. Apa yang Jungkook dah buat pada kau ni? Bukan aku dah bagi kondom ke? Macam mana kau boleh pregnant weh! Jangan-jangan dia tak pakai atau dia memang bercadang nak buat hidup kau jadi kucar-kacir! Sekarang mana dia Tzuyu? Mana dia! Aku nak belasah jantan tak guna tu!" bentak Chaerin. Aku tertunduk membisu.

"Aku dah cakap goda je! Bukan sampai kau pun melayan sama! Tengok apa dah jadi! Ni kau kata bahagia? Bahagia kepala otak dia. Laki tu memang nak body kau je! Cuba buka mata kau luas-luas."

"Sayang... Relaks. I'm here for you. Lupakan suami awak. Nanti kita fikir pasal dia. Baik awak tenangkan diri awak."

"Jantan ni memang tak guna. Kau nak tahu tak dia pergi mana sekarang ni? Dia balik Busan jumpa adik kesayangan dia." Aku lihat Chaerin mencampak phonenya. Bengang. Aku mati kata.

Kosong. Hanya air mata saja menemani aku saat ini. Macam mana aku boleh mengandung? Jungkook pakai protection. Apa yang jadi? Jungkook kata dia pakai. Takkan dia tipu aku.

Dia memang nak hancurkan kau, Jeon Tzuyu. Kau dah dera mental dia. Why not dia dera mental kau balik. Hapuskan impian kau untuk bersama keluarga semula. Dia licik. Kau dah kena checkmate.

Fikiran negatif aku sudah mula membisikkan sesuatu. Dada aku terasa sesak. Jiwa aku mencengkam kuat. Hati aku umpama kaca yang berderai.

"Tzuyu, aku baru sedar. Silap besar aku suruh kau kahwin dengan dia. Kau... Kau tengah main dengan api. Dia licik. Bukan macam yang kau lihat. Macam mana dengan result kau, Tzuyu? Impian kau macam mana?"

"Call Jungkook. Cakap aku dekat hospital."







Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now