bab 28

26 8 10
                                    

JUNGKOOK melangkah masuk ke dalam perkarangan mahkamah bersama Jaehyun. Saat kaki ingin menapak laju, saat itu juga matanya tertancap pada Tzuyu yang berjalan masuk dengan Luhan. Cemburu yang hadir terus dibuang jauh-jauh. Melihat lengan mereka berpelukan, hati Jungkook memerit kecewa.

Sedari perbuatannya diketahui Tzuyu, Jungkook tersenyum hambar lalu menghampiri Tzuyu yang mengenakan dress hitam panjang.

"Kau nak buat apa?" Jaehyun berbisik tegas dengan tangannya yang segera memaut lengan Jungkook. Menghalang lelaki itu menapak ke arah Tzuyu.

"Aku nak peluk dia buat kali terakhir," balas Jungkook perlahan dengan pandangan redup diberikan kepada Jaehyun. Jaehyun tertawa tak bersuara lalu dipalingkan tubuh Jungkook menghadapnya.

"Dia dah buang kau. Tolong ambil perhatian. Jangan nak tunjuk sangat kau terhegeh-hegeh dekat dia," tegas Jaehyun memesan. Jungkook menunduk malu.

"Dia permaisuri hati aku. Aku memang terhegeh-hegeh mahukan dia. Aku tahu dia sayang aku," kata Jungkook perit. Jaehyun meraup rambutnya.

"Aku tahu betapa pentingnya kehadiran dia dalam hidup kau tapi kau tak boleh menidakkan yang dia dah buang kau dalam hidup dia. Aku pasti ada lagi yang terbaik menanti kau, Kook," ujar Jaehyun yang mengelap air matanya yang cuba jatuh.

"Kau tahu kan Jaehyun, sehingga umur aku yang menyentuh angka 25, belum pernah seorang perempuan pun mampu buka hati ini." Jungkook menuding ke arah dadanya. Ditepuk berkali-kali tempat hatinya berada.

"Aku tahu Jungkook. Aku tahu. Kau dah tak boleh nak fight dah rumah tangga kau ni. Kau dan dia hanya ditakdirkan untuk bersama buat seketika bukan selamanya. Mungkin Tuhan nak hadirkan satu perasaan yang tak pernah kau rasa sebelum ni. It's temporary love." Air mata Jaehyun menitis lesu pada pipinya. Hiba melihat keadaan Jungkook.

"Jaehyun, aku reda dengan takdir aku. Aku cuma mahu menatap dan memeluk dia buat kali terakhir sebelum ikatan kami terpisah," ujar Jungkook lalu membelakangkan Jaehyun. Dilihat Tzuyu dipeluk Chaerin.

Jungkook menapak laju mendekati Chaerin, Tzuyu dan Luhan. Sebuah senyuman manis terukir dibibir Jungkook saat matanya tertancap pada wajah Tzuyu.

"Hai Tzuyu." Jungkook melambaikan tangannya. Seketika itu mereka bertentangan antara satu sama lain.

"Ha... Hai." Kekok Tzuyu menjawab. Bahagian pinggang dressnya diramas lembut. Senyuman Jungkook membangkitkan rasa sayunya. Otaknya terbelenggu. Dilema sejak mulut Jungkook mengutarakan hal perpisahan. Ya, memang dia sendiri yang gila-gila mahu berpisah tapi mendengarkan daripada mulut Jungkook buatkannya tak tentu arah.

"Tzuyu sihat? Lama abang tak nampak Tzuyu. Abang rindu."

"Aku si... Sihat. Kau pula macam mana?" Mata Tzuyu terpandang tangan Jungkook yang melecur kerana disimbah air panas oleh Luhan.

"Tak. Abang sakit. Kan best kalau Tzuyu ada untuk rawat abang. Mesti abang cepat sihat." Tzuyu menggigit bibir menahan gelora yang sedang memamah hatinya. Semua yang dia rasakan sekarang tersangatlah sebak. Nak peluk Jungkook! Nak rawat lelaki itu! Yang masih suaminya lagi.

"Tzuyu, terima kasih sebab terima lamaran perkahwinan abang. Kerana Tzuyu, abang kenal apa itu cinta. Kerana Tzuyu, sekarang abang dah faham pengorbanan untuk orang yang kita sayang. Maafkan abang kerana kehadiran pembawa malang ini begitu menyusahkan hidup Tzuyu."

"Abang doakan Tzuyu bahagia."

"Abang akan datang ambil anak abang dan itu akan jadi kali terakhir kita bertemu."

Dahi Tzuyu dikucup. Tubuh Tzuyu didakap kemas.

"Cinta pertama abang."

Saat tangan Jungkook jatuh pada perut kempis itu, laju tangan Luhan merungkaikan pelukan antara mereka.

Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now