bab 7

33 8 1
                                    

          "MAKAN tteobeoki."

"Mana?"

"Ru... Rumah saya."

"Lelaki dan perempuan mana boleh berdua-duaan dalam rumah. Awak tak takut dengan saya? Saya lelaki." Tenang lelaki itu berkata. Suara lelaki itu hanya selamba. Renungannya pun tidak terlalu tajam. Tidak terdengar dingin namun cukup padat dan berisi sehingga terkaku Tzuyu di situ.

"Nanti saya hantar tteobeoki depan pintu rumah awak. B... Bye!" Tzuyu tergesa-gesa masuk ke dalam rumahnya. Akibat rasa gementar yang menggunung, dia melangkah masuk tanpa menanggalkan kasut sekolahnya.

Tzuyu menggigit kukunya. Ah, boleh gila dia memikirkan tindakan berani separuh jalan dengan mengajak lelaki itu makan tteobeoki di rumahnya! Entah macam mana boleh terkeluar ayat yang tidak sepatutnya diucapkan. Sudahlah tidak kenal. Dibuatnya lelaki itu kurang siuman, mati katak dia di situ.

"Apa-apa jelah!" monolog Tzuyu. Malas dia mahu memikirkan hal petang tadi. Sekarang ni, lebih baik dia fokus pada kerjanya. Habis saja kerja di kafe pada pukul tujuh malam, shift bertukar.

"Terima kasih, Mina. Tak ada kau, tak tahulah aku nak minta bantuan dengan siapa." Tzuyu meraih tangan Mina seraya menggenggam erat tangan sedikit berisi itu. Terkejut dirinya saat Mina menawarkan diri untuk mengasuh Yeeun. Lebih terkejut, Mina sendiri meminta bos untuk menukarkan shiftnya pada waktu malam dan shift Tzuyu pada waktu petang.

"Apa-apa je aku sanggup buat supaya kau senang nak pergi sekolah. Macam mana hari pertama kau sekolah?"

"Tak berapa baik sangat. Aku kena perli, kutuk dan hina. Apa aku ni tak layak bahagia ke?" Tzuyu mengeluh berat. Terimbas kembali sewaktu berada di sekolah pagi tadi.

"Nak cakap apa-apa pun, aku tak berada dalam situasi kau. Jadi, aku cuma nak pesan, kau sabar jelah dengan semua ni. Fikir impian kau. Peduli je apa yang mereka kata. Kau tahu tak, orang yang sibuk kutuk hidup kita ni sebenarnya life dia bosan. Kalau kau tak melatah, lama-lama mereka lupa juga."

"Tak, Mina. Kawan aku cakap, walaupun aku dah tak sekolah, hal ni masih hangat diperkatakan."

"Pergh! Kira legend lah kau ni ya. Aku dulu dapat nombor 2 dalam kelas, esokkan semua dah lupa." Mina ketawa besar. Tzuyu yang ada disebelah terikut sama ketawanya. Sudah sedia maklum Mina ni memang bijak namun dia lebih suka berkerja daripada menelaah buku.

"Aku balik dulu. Terima kasih Mina. Nanti aku..."

"Ah, tak payah nak bayar! Aku ikhlas jaga anak kau cuma nanti poket aku menipis, kau kena belanja aku lah. Aku ni makan banyak." Potong Mina seiring dengan gurau-sendanya. Tzuyu mengangguk setuju. Tiada apa yang boleh dia lakukan selain mendengar saja apa yang disuruh Mina.

           KETIKA menaiki tangga ke rumah, Tzuyu tidak sengaja terserempak dengan lelaki yang menjaga anaknya tadi. Melihat lelaki itu sibuk mengikat sampah bikin hati Tzuyu berdebar tiba-tiba. Ikat sampah pun boleh jadi hot. Tubuhnya kelihatan kurus dari jauh dan kelihatan tegap jika dipandang dengan jarak dekat.

"J?" Lelaki itu menoleh ke arah Tzuyu yang memanggilnya dengan panggilan J.

"Saya?"

"Memang awak pun. Tak akanlah dinding pula ada nama. Saya bukan panggil suka-suka hati tapi saya nampak awak pakai loket J, itu yang saya panggil awak J tu," balas Tzuyu cuba menceriakan suasana.

"Jungkook."

"Ha?"

"Nama saya Jungkook."

"Oh, saya fikir Jungkook BETS pula. Kalau awak nak borak topik BETS dekat saya, saya kurang minat sikit. Kalau 7TEEN tak apa," terang Tzuyu spontan. Kening Jungkook terangkat kecil. Wajah Tzuyu menjadi tatapannya sebelum berura-ura untuk ke tong sampah besar di hujung perumahan.

Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now