bab 29

26 7 4
                                    

Setahun kemudian...

Aku menyandarkan kepala pada jendela bilik tidurku. Angin malam menampar kasar pipi aku sehingga terasa kebasnya. Mata aku tak berkedip menatap dada langit yang dipenuhi bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun yang ada di dada langit tidak sama dengan yang ada di dada aku.

Hidup aku terasa kosong sejak berpisah dengan Jungkook. Lebih kosong daripada kehilangan Luhan dahulu. Sebulan berpisah, Jungkook masih menelefon aku. Bertanya khabar tentang aku dan bayi kami tapi lepas aku bagitahu yang aku keguguran.

Sampai saat ini, tiada lagi panggilan daripadanya. Linangan air mata segera aku kesat dan cuba untuk tersenyum. Tangan aku melekap pada perut yang kempis serta-merta memori pahit aku terimbas kembali.

"Awak janji nak kahwin dengan saya lepas saya bercerai dengan Jungkook! Mana janji awak, Luhan?" Aku menengking tak puas hati. Lengannya aku paut kemas supaya wajahnya dapat aku tatap.

"Awak baru je lepas bercerai dengan Jungkook takkan secepat tu awak nak berkahwin. Awak ni gila talak ke apa? Result tak keluar pun lagi. Sabarlah. Bukan senang hati je saya nak kahwin awak. Saya ni pelajar cerdik. Belajar jauh," balasnya dengan suara geram. Aku mengetap gigi.

"Cepat apa? Saya dah dua bulan jadi janda. Awak sendiri yang tabur janji nak kahwin lepas saya bercerai dengan Jungkook. Hati saya sakit... Saya perlu ubat. Saya perlu awak untuk sembuhkan rasa sakit ni. Bukannya awak pun tinggalkan saya menderita macam ni," bentak aku tak puas hati. Lengannya ditarik kasar. Aku mendengus tak puas hati.

"Kalau dah tak sabar sangat, tunggulah benih lelaki tu keluar daripada perut awak! Takkan saya nak jadi pak sanggup awak pula. Jaga bayi tak guna ni. Kalau dia boleh bunuh anak saya, kenapa saya perlu jaga anak tak guna dia?"

Dada aku berombak menahan sabar. Terkesima aku di situ. Paling terkejut, aku tak pernah bagitahu pun yang Yeeun mati sebab Jungkook perkosa aku. Tak... Tak pernah sekali pun aku buka tentang tu.

"A... Awak ni dah kenapa! Awak sendiri yang cakap awak nak jaga saya dengan bayi ni. Kalau awak cintakan saya, awak terima je apa kekurangan saya. Anak ni hadir bukan sebab hubungan luar nikah. Ni anak sah saya dengan Jungkook."

"Saya cintakan awak lah Tzuyu. Kalau tak cinta, dah tak datang cari awak. Elok saya biarkan awak menderita seorang diri."

"Awak cakap tak serupa bikin. Dusta! Awak faham tak dusta? Cinta? Macam ni cinta?"

Suasana makin menegang. Aku dan dia berbalas pandangan tak puas hati antara satu sama lain. Urat pada wajahnya mula timbul.

"Awak tak payah bercakap soal cinta lah! Kalau awak tak sayang dia, tak adanya benih tak guna tu dalam perut awak. Ni siap ada benih lagi. Dah jadi embrio dah. Tak lama lagi jadi fetus. Eh, kalau awak cinta mati pada saya, awak tak akan terimalah lamaran dia."

"Saya terima dia sebab nak sengsarakan hidup dia! Tak ada cinta antara kami! Boleh tak awak jangan cakap yang dalam kandungan saya ni bayi tak guna! At least dia tanya khabar saya. Awak tu? Cermin sikit! Tinggalkan saya macam tu je. Dengan omma dan appa buang saya. Awak pula? Lesap."

"Oh, nak banding-banding pula! Pergilah dekat dia, kalau dia nak lagi betina yang buang dia macam anjing kurap."

Tangan aku melekap pada pipi Luhan. Kesabaran aku sudah sampai tahapnya. Dia tersenyum sinis lalu menolak aku hingga menghempap kuat permukaan lantai. Dan saat itu aku sedar... Aku telah kehilangan segala-galanya.

Aku terduduk hiba. Mengenangkan hal itu bikin hati aku remuk berkali-kali. Aku hilang anak aku. Aku hilang Jungkook. Jari-jari aku mula mencengkam dinding. Lantai bilik pula menjadi tempat aku menumbuk. Jungkook... Saya perlukan awak.

"Tzuyu!"

"Tzuyu... Kenapa ni sayang? Jangan macam ni." Omma memeluk aku kemas. Tubuh ini jatuh dalam dakapannya. Aku menangis teresak-esak dalam pelukan itu. Result yang aku dapat memang cukup-cukup makan untuk masuk ke universiti.

Tapi lebih merobek jiwa raga ini tatkala omma dan appa datang ke rumah aku. Menerima aku seadanya tanpa mengira apa yang aku dapat walaupun gagal. Puas aku mendesak... Ingin tahu mengapa mereka berkeputusan begitu setelah aku berpisah dengan Jungkook.

Jawapannya begitu menyesakkan dada dan fikiran aku.

"Ada seorang lelaki datang merayu minta kami untuk terima Tzuyu semula. Dia cerita kesalahan yang dia buat pada Tzuyu sampai Tzuyu terpaksa menanggung kesusahan bila jawab exam hari tu."

Penjelasan itu sudah cukup untuk membuatkan aku meroyan entah berapa hari. Dengan keadaan Luhan yang berdalih daripada mengahwini aku dan Chaerin yang sambung belajar ke luar negara.

Aku berkurung. Mengenangkan nasib diri. Hati yang keliru mula jelas. Jelas dengan perasaan sebenar bahawa cinta ini milik Jungkook. Milik dia yang mengajar erti cinta, sayang, kasih dan pengorbanan. Terlambat. Penyesalan yang memakan diri sendiri.

"Tzuyu dah berdosa."

"Tzuyu. Omma dan appa ada untuk Tzuyu. Omma yang berdosa dengan Tzuyu. Omma buang Tzuyu sebab omma marah sangat tapi omma sayang Tzuyu."

Aku menggeleng. Tiada siapa yang salah. Aku yang buat keputusan. Akulah yang akan menanggungnya.

"APPA nak Tzuyu belajar dengan Miss Chaeyoung dan Miss Nayeon. Kalau Tzuyu tak faham, Tzuyu boleh tanya appa," kata appa membuatkan bibir aku terkunci rapat. Aku menghela nafas pendek.

"Appa... Tzuyu nak masuk universiti. Tzuyu tak nak ambil alih hotel appa. Tzuyu ada impian," balas aku cuba berdalih. Kelihatan appa mengeluh.

"Appa tak nak kamu tertekan kalau sambung belajar. Appa nak kamu belajar macam mana nak handle hotel lepas tu kamu jadi macam appa."

Memori tersebut kembali terimbas dalam kotak fikiran dan sekarang aku berada di hotel. Aku bekerja sebagai penyambut tetamu oleh kerana aku berdalih daripada mengambil jawatan besar.

Segala yang aku dambakan, tiada. Sudah tiada dalam senarai impian aku. Rasa seperti manusia yang tak berguna. Hidup segan mati tak mahu. Aku hanya meneruskan kehidupan tanpa hala tuju jelas dalam hidupku. Saat tangan aku melipat sarung bantal, tiba-tiba saja mata aku bergenang.

Teringat akan Jungkook.

"Ala, comellah sayang abang ni bila marah. Kalau marah comel, kalau malu lagi comel. Geram nak gigit."

"Duit kelas tambahan ni, abang bagi separuh dulu tau. Separuh lagi abang bagi kemudian. Jangan guna untuk apa-apa pun."

"Sayang, abang tak tahu dah macam mana nak pujuk sayang ni."

"Sayang stres ya. Kejap abang buka muzik lepas tu abang nyanyi untuk Tzuyu."

"Sayang, susu habis. Sayang nak air apa untuk malam ni."

"Mengadanya sayang abang ni."

"Wanginya rambut sayang. Nak tidur dengan sayang malam ni boleh tak? Nak tidur rapat-rapat lepas tu peluk-peluk atas katil bujang."

Lamunan aku tersentak. Segera aku mengesat sisa air mata lalu mendongak.

"Cik Tzuyu boleh tak hantar sabun mandi dengan tuala ni ke bilik 002? Cik Winter lupa nak hantar tadi. Boleh tak?" Aku mengangguk tanda mengiyakan. Huluran tuala dan sabun mandi aku sambut lalu bergegas ke bilik 002. Dengan menggunakan lift, dalam masa 2 minit saja, aku sudah tiba di hadapan pintu bilik 002.

Aku menekan loceng. Pintu bilik terbuka dan mata aku terbeliak tak percaya.

"Chaerin, bila kau balik?"







Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now