bab 8

28 7 0
                                    

          "SAYA dah bercerai dengan suami saya. Du... Duduklah balik. Awak tak sentuh langsung pun makanan yang saya hidang tu," kata aku kekok. Rasa nak flush je muka dalam jamban. Dah marah, lepas tu ajak duduk balik.

Jungkook menolak mangkuk kecil ke hadapan. Selang satu saat, mata kami bertaut kembali. Wajahnya kelihatan tidak percaya dengan apa yang aku katakan. Kerusi yang menjadi tempat dia melabuhkan punggung ditolak ke belakang serentak itu dia berdiri dari duduknya.

"Maaf ganggu. Saya pergi dulu." Usai Jungkook berkata perlahan, kakinya mula melangkah pergi. Ayat yang meluncur keluar daripada mulutnya membuatkan hati kecilku menjerit kecewa.

"Saya kahwin masa umur 17 tahun. Omma dengan appa saya tak restu langsung tentang hubungan kami tapi saya nekad untuk berkahwin. Mereka buang saya. Saya langsung tak kisah sebab masa tu, hidup saya terlampau bahagia dan terlalu leka. Sampailah saya disahkan mengandung. Tiba-tiba je, suami saya ceraikan saya atas alasan yang munasabah," jujurku. Aku menunduk ke arah lantai lalu memeluk erat tubuh Yeeun.

"Keluarga suami saya desak suami saya untuk sambung belajar memandangkan suami saya memang berniat nak sambung PHD. Saya juga kena buang sekolah lepas tu. Saya tahu apa tanggapan awak pada saya," sambungku lagi. Hati ini bagai ditusuk dengan sembilu berkali-kali. Dada terasa sesak sejak mula bercerita. Aku tak pernah membenci sesiapa kecuali diri sendiri.

Cuma aku terkilan dengan keputusan bekas suami aku. Meninggalkan aku sendirian di sini tanpa bertanya khabar. Tanpa sedar pelupuk mata terasa basah. Yeeun dan aku sama-sama menangis.

"Don't cry. Saya tak memberi apa-apa tanggapan negatif pun kepada awak." Suara Jungkook menyapa gegendang telinga. Jelas dan sangat tenang. Kepalaku terdongak kecil. Hatiku berdebar kencang saat kornea mata memperlihatkan Jungkook yang betul-betul berada di hadapan aku. Lebih kurang 20 sentimeter jaraknya dengan jarakku.

"Reaksi awak menyatakan segalanya." Aku mengesat sisa air mata yang membasahi pipi.

"Kenapa awak tinggalkan saya? An... Aniya kenapa awak tinggalkan tteobeoki yang saya masak tu?" Tanya aku ingin tahu. Sudahlah tersasul ayat yang tidak sepatutnya. Bikin malu separuh muka dibuatnya. Jungkook menghela nafasnya serentak itu bibirnya tersenyum nipis. Ubun kepala Yeeun diusap.

"Boleh bungkuskan tteobeoki? Saya nak makan di rumah," pinta Jungkook ringkas.

"Kenapa nak bungkus sedangkan awak boleh makan dekat sini?"

"Saya tak selesa." Lelaki itu duduk di atas kerusi yang ditolaknya tadi.

"Apa muka saya ni miang nak goda awak ke?" Gatal mulut aku bertanya. Terbeliak kecil mata Jungkook saat aku menanyakan pertanyaan kepadanya. Halkumnya bergerak ke atas dan ke bawah.

"Mari makan." Jungkook mengajak aku makan sekali dengannya. Dia menghulurkan chopstick kepadaku lalu dipegang chopstick yang terlepas daripada tangannya tadi.

"Makanlah, saya nak masuk bilik. Nak tidurkan Yeeun." Aku berkata pendek. Jungkook berdehem kecil membuatkan aku berpaling ke arahnya.

"Awak tahu nama saya. Tak adil untuk saya tak tahu nama awak." Jungkook berkata tanpa menoleh ke arah aku. Dia sibuk dengan tteobeoki yang terhidang di hadapan mata. Aku perasan, sejak aku bertanya soalan bodoh tadi. Matanya cepat saja dilarikan apabila bertembung dengan anak mata aku.

"Fikir semudah tu? Good luck untuk tahu nama saya," kataku seakan mencabar dirinya. Biar kita lihat sejauh mana keinginan Jungkook untuk tahu nama aku. Eh, kejap! Aku tak pernah sebut nama aku dekat dia ke?

          "TTEOBEOKI ni awak buat sendiri ke?" Soal Jungkook tatkala melihat Tzuyu keluar daripada biliknya. Setelah menidurkan Yeeun, Tzuyu kembali ke dapur. Yeeun senang ditidurkan malam ni, mungkin agak penat hari ni.

Tzuyu mengangguk kecil kemudian ditarik kerusi lalu duduk di situ. Dia mengambil chopstick yang terletak di atas meja.

"Dah kenyang? Ambil lah lagi," pelawa Tzuyu kepada Jungkook. Jungkook menggeleng pantas bersama senyuman dibibir.

"Perut saya dah penuh. Saya tunggu awak datang sebab nak ucap terima kasih sebelum balik." Lembut suara Jungkook memasuki lubang telinga Tzuyu. Tzuyu menatap wajah milik lelaki di hadapannya.

Alis mata yang tidak terlalu tebal, kelopak mata seperti bayi, hidungnya sedikit besar namun kelihatan cantik dan menarik. Belum lagi masuk topik bibirnya. Nipis dan berwarna merah lembut. Lelaki itu amat menyukai topi hitam dan mengenakan hoodie. Itu saja pakaian yang menyapa pandangannya ketika bertemu dengan Jungkook.

"Tak habis lagi renung saya?" Jungkook menyoal pendek. Serentak itu, Tzuyu mengalihkan pandangannya. Kali ni betul-betul dia merenung wajah lelaki itu. Tampan setanding bidadara. Cepat-cepat dia menyuakan tteobeoki ke dalam mulut. Sempat matanya mengerling sekilas ke arah Jungkook.

Pipi lelaki itu kelihatan merah bak tomato pada retina mata Tzuyu. Jungkook malu atau dia ni?

"Bila awak pindah sini?" Tanya Tzuyu tatkala melihat Jungkook bergerak-gerak seperti hendak beredar. Pertanyaannya berjaya menghentikan pergerakan Jungkook. Lelaki itu kembali melihat meja makan.

"Baru je."

"Awak tak nak tahu nama saya ke?"

"Sampai masa, saya akan tahu juga."

Terdiam Tzuyu di situ. Betul! Memang betul apa yang keluar daripada mulutnya amat tenang dan selamba tapi cukup untuk mematikan keyakinan.

"Apa yang ada di fikiran awak ketika memutuskan untuk berkahwin pada usia muda? Setahu saya, kalau kahwin awal ni mesti desakan keluarga. Terbalik pula awak ni."

"Dah sampai seru, kahwinlah. Lagi pun kami sama-sama jatuh cinta. Daripada buat perkara tak elok, baik kami kahwin."

"Sampai sanggup kena buang keluarga? Cinta apa sampai dia tinggalkan awak? Jujur, awak bertindak kurang cerdik. Awak tak perlu jadi kurang cerdik untuk korbankan perkara penting."

Tzuyu menghentak chopstick di atas meja makan. Dadanya berombak kencang mendengar kata-kata Jungkook.

"Pernah bercinta ke?" Sarkastik Tzuyu menyoal. Jungkook hanya mendiamkan diri. Dia tahu dia sudah membangkitkan marah gadis itu.

"Jadi, kalau tak pernah bercinta, jangan berani ungkap perkara yang sememangnya awak belum rasa. Kurang cerdik? Tak payah bertapis, cakap je saya bodoh. Saya okay. Tak ada orang jadi bijak demi orang yang dia sayang." Lantang suara Yeen membidas.

"Cuba awak lihat situasi babak dimana Z penjahat yang menculik X. Y iaitu hero datang untuk selamatkan X iaitu seseorang yang Y sayang. Z tembak ke arah X tapi Y menyelamatkan X sehingga Y terkena tembakan,"

"Nak tanya awak yang bernama Jungkook, bodoh tak korbankan nyawa demi tercinta. Bodoh kan?" Sambung Tzuyu lagi. Diam tak berkutik Jungkook di situ. Jungkook bukan hilang akal untuk berdebat namun dia lebih memilih untuk mendiamkan diri. Bergaduh dengan gadis yang emosinya tidak menentu akan menyebabkan keadaan bertambah keruh.

"Then, awak menang."

Tzuyu meraup mukanya. Suasana tegang berubah hening. Sepi. Walaupun menang dalam perdebatan, Tzuyu sungguh malu kerana bertindak seperti kurang waras di hadapan jiran barunya.

"Terima kasih. Saya balik dulu." Jungkook menunduk lalu meninggalkan Tzuyu yang terpinga-pinga di situ.

"Stay here." Tzuyu memaut lengan Jungkook.



Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now