bab 13

26 5 2
                                    

Pelayan itu meletakkan dua pinggan spaghetti carbonara bersama dua gelas carrot susu. Setelah berbalas senyuman, Jungkook memberi reaksi wajah terkejut melihat makanan yang terhidang di hadapannya.

"What is this, Hwang Jaehyun?"

"Sekali sekala belanja kau, apa salahnya."

"Mahal kot makanan ni."

"Belanja. Jadi suka hati aku lah nak belanja apa. Mahal atau murah tak guna duit kau pun kan? Accept jelah. Tak guna kalau gaji berlambak, belanja member pun kedekut." Jaehyun berkata diakhiri dengan lagak seperti orang kaya. Riak betul!

Jungkook menggulingkan biji matanya. Hendak membantah, memang tidaklah. Dia mencapai garfu lalu melilit mi berwarna kuning tersebut. Mi itu disuapkan ke dalam mulutnya.

"Bila kau nak balik Busan?" Setelah menyepi kerana menikmati makanan, Jaehyun memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Jungkook hanya termenung mendengar pertanyaan Jaehyun.

"Kau tak rindu mak, ayah dengan Yeseul ke? Dah lama kau tak balik tau. Mak ayah kau mesti rindu anak sulung dia. Baliklah, jenguk," pujuk Jaehyun. Jungkook masih diam tak berkutik.

"Kerja sampai bila-bila pun tak akan habis. Duit sampai bila-bila pun tak akan pernah cukup. Saat mak ayah kau sakit, kau patut ada di sisi mereka. Ajal ni tiada siapa yang tahu. Aku bercakap ni atas dasar pengalaman. Aku boleh tolong kau, cari kerja yang elok dekat Busan." Tenang Jaehyun berbicara lalu menyedut air lobak susu.

"Aku belum bersedia."

Jaehyun mengeluh kecil.

"Kau bukannya nak berkahwin sampai kena bersedia. Balik sehari je."

Jungkook akhirnya menghela nafas berat.

"Aku tahu aku memang anak tak guna tapi kalau aku balik, aku tak boleh buat apa pun. Aku tak boleh, Jaehyun. Aku bawa diri ke Seoul sebab tak sanggup nak tengok keadaan mak dengan ayah aku." Suara Jungkook terdengar perit dan pilu. Jaehyun menggaru kening kirinya.

"Kiranya kau anggap adik kau boleh hadap seorang diri?" Terkelu Jungkook untuk berbicara lagi.

"Tengoklah macam mana. Kau nak rasa tak air aku punya? Rasa macam ada soju dia letak," kata Jungkook perlahan. Gelasnya ditolak ke arah Jaehyun.

"Macam biasa je aku punya. Mari aku cuba. Kau ni pelik-pelik lah. Aku punya tak rasa apa-apa pun." Baru saja Jaehyun ingin menyedut air tersebut, Jaehyun memegang perutnya. Terasa perutnya memulas kuat.

"Kau kenapa Jaehyun?"

"Aku nak pergi tandas. Ba... Bye!" Jaehyun terus meluru masuk ke dalam tandas restoran tersebut.

Sedang Jungkook menunggu Jaehyun, kepala Jungkook terasa pening. Hormon terasa pelik seakan terangsang.

Tiba-tiba saja dia ditarik keluar dari restoran. Tubuhnya ditolak masuk ke dalam perut kereta. Rahangnya dicengkam. Arak yang bercampur pil perangsang dituang ke dalam mulut Jungkook. Dia meronta kuat namun ada banyak tangan memegangnya kemas. Akalnya sekarang tidak berfungsi dengan baik. Hormonnya makin menggila.

          AKU membuka pampers Yeeun. Chaerin tak datang lagi tapi Yeeun dah start meragam. Aku bawa dia ke bilik air. Punggungnya aku bersihkan. Bunyi loceng rumah ditekan berkali-kali membuatkan aku tersentak.

Chaerin dah sampai. Aku meletakkan Yeeun di dalam bath tub baby. Kasihan pula Chaerin tunggu lama-lama. Jadi, aku biarkan Yeeun berada dalam bath tub sekejap.

Aku bergegas ke pintu rumah lalu tombol pintu dipulas. Terkejut bukan kepalang saat tubuh Jungkook ditolak sehingga tubuhnya melekat pada tubuhku. Mata aku melirik ke arah figura yang baru berlalu pergi. Tak... Kenapa dia hantar Jungkook kepada aku?

Wajah yang terpinga-pinga tadi mati setelah deruan nafas hangat Jungkook menempel berkali-kali di bahagian ceruk leher. Dadaku berdebar kencang tatkala tangannya mula melingkari leherku. Tangan yang melingkar itu kemudiannya turun ke bahagian pinggang. Kakinya melangkah ke hadapan serentak itu kaki aku terikut sama. Bau arak semakin kuat menyengat deria bau aku.

Sedari itu, tangan aku menolak tubuh itu menjauh dari aku. Pandanganku jatuh pada wajahnya yang merah di bahagian pipi. Hidungnya pun sama. Wajah bengis yang pertama kali aku lihat bikin kaki aku menggeletar hebat. Dengan sekuat hati, aku menolaknya keluar dari rumah aku.

Namun kerja gila aku tidak berhasil, terlihat senyuman sinis menghiasi bibirnya. Kelopak matanya itu seperti hendak terlelap. Mungkin sedang berkhayal. Jari-jemarinya jatuh pada pipiku lalu dibelai kasar.

"Kenapa menolak? Aku belum cukup seksi untuk menggoda seorang perempuan?" Bisikan Jungkook membuatkan nafas aku bagai tersekat di dalam kerongkong. Lebih menakutkan lagi saat tangannya mencengkam rambut belakangku. Aku terdongak kesakitan.

"Jangan tolak kalau tak nak aku berkasar."

"Lepas! Aw... Awak dah gila ke Jungkook? Sedar! Tolonglah sedar!" Seluruh jiwa aku merayu hiba. Rintihan aku sama sekali tidak meruntunkan hati Jungkook yang selama ini aku percaya. Kami berperang hebat. Bermacam-macam benda aku lempar ke arahnya tetap saja dia pandai mengelak.

Dan semua itu seolah-olah hanya usaha yang sia-sia tatkala dia sudah menindih tubuhku di atas sofa. Meliar bibirnya mencumbui wajah yang sudah lama dibasahi dengan air mata. Sungguh aku takut. Lebih perit dan pilu apabila suara tangisan Yeeun kedengaran sayup-sayup pada gegendang telingaku.

Aku yakin nafsu bersama syaitan sudah merajai hati Jungkook saat ini. Malam ini, tubuhku sudah menjadi rakusan lelaki yang bernama Jeon Jungkook dengan cara yang paling keji dan hina. Dengan tindakan yang paling kejam dan kasar pernah aku lalui.

Dia yang menjadi kesempurnaan hidupku.

Sekarang bertindak sebagai syaitan yang begitu membinasakan.

          LENGAN Jungkook yang melingkari leher Tzuyu, diangkat oleh Tzuyu perlahan-lahan. Dalaman milik Tzuyu terasa ngilu dan sakit namun Tzuyu cuba berusaha untuk bangun. Suara tangisnya seakan tak mampu terkeluar lagi. Bibirnya menggigil takut, tangannya terketar-ketar menyentuh dinding. Lututnya terasa lembik. Mengingati kejadian hitam semalam mampu meluruhkan jiwanya.

Tzuyu melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik air. Dadanya terasa sesak. Linangan air mata menitis laju tanpa sedar. Dia tersandar lemah pada dinding kemudian jatuh perlahan-lahan.

Mulutnya ditekup. Dia menggeleng-geleng tidak percaya melihat Yeeun. Raungan Tzuyu semakin terdengar sayu dan pilu.

"Yeeun!"



Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now