bab 25

43 8 5
                                    

AKU tertelan air liur. Jangan cakap aku lupa yang Jungkook ada dekat sini padahal baru je tadi aku bercakap dengan dia. Segera aku beriak selamba lalu mendekatinya.

"Kenapa? Abang tergoda dengan Tzuyu?" usik aku lalu mencuit dagunya. Sempat aku melambaikan tangan sebelum kaki aku laju melangkah ke bilik air.

Aku boleh cakap yang tindakan aku bodoh sebab Jungkook dah halang pintu bilik air dengan lengannya. Lajunya! Aku meneguk air liur kelat. Pucuk hidung Jungkook mula menyentuh pucuk hidung aku. Halamak! Halamak! Rasa nak pecah jantung aku bila kena tatap macam ni.

"Eh, awak bukan sakit ke?"

"Dah sihatlah."

"Tipulah! Takkan secepat tu."

"Abang dah cakap yang abang dah sihat cuma tak larat nak buat kerja. Setakat berjalan laju, abang boleh."

"Eee!"

"Tzuyu tak behave depan abang."

"Gu... Gurau je tadi."

"Abang kan dah pesan banyak kali dekat sayang. Behave tapi sampai sekarang sayang tak pandai nak behave. Siap goda abang lagi. Hari tu, pakai singlet dengan seluar pendek. Tak lama tu, pakai pula t-shirt tanpa seluar. Hari ni, bertuala siap goda abang lagi. Abang lelaki, sayang."

Lembik lutut aku tatkala tangannya membelai rambut aku. Dengan setiap bait bicaranya. Oh Tuhan! Sa... Sayang! Zig Zag dah aku punya jantung.

"Sumpah tak sengaja! Saya nak ke kelas tambahan ni." Aku mengangkat sumpah.

"Duit kelas tambahan, siapa yang bayar?" Cuba nak guna kuasa veto ke bang? Ey, benci!

"Ab... Abang."

"Jadi... Tak apa kalau sayang cuti sehari kan?"

Bergetar tulang rusuk aku saat hembusan nafas hangatnya menyapa bulu mata. Sudah. Terlihat polos namun siapa sangka godaannya bikin hormonku tak stabil sama.

"Hormon lebih penting kan? Sayang abang." Buat ke berapa kali aku tertelan air liur sendiri.

Muncul sengihan nakal dengan tangannya yang gatal mengusap bahu aku. Jari jemarinya sedang bermain dengan ikatan kain tuala yang tersimpul. Sengihan tadi perlahan-lahan hilang tatkala aku hanya membisu. Langsung tidak berkata walau sepatah.

Pantas Jungkook menjauhkan dirinya dari aku.

"Abang minta maaf. Ja... Jangan sebab ni kita bersengketa pula. Anggap je macam tak jadi apa-apa," kata Jungkook gabra. Dia menolak perlahan-lahan tubuhku masuk ke dalam bilik air.

Senyum gatal aku hadiahkan padanya saat kedua-dua tangan aku merangkul leher Jungkook. Satu bisikan mesra aku berikan kepada Jungkook.

"Hormon abang dah tergendala pula ke? Kata lelaki?" Jelas halkumnya bergerak lagi sebelum terangkat sedikit hujung bibirnya.

"Abang dah lepaskan sayang tapi... nampaknya sayang pun mahukan abang. Begitu?"

Aku mengangguk malu.

"Janji dengan abang, tiada persengketaan antara kita tatkala tubuh kita mula bersatu."

"Janji."

"Tapi sebelum tu... Sayang abang ni subur ke tidak?"

"Su... Subur tapi Chaerin ada bagi sesuatu pada saya tadi. Kon..."

Seakan faham dengan apa yang aku ingin katakan, Jungkook terus memagut bibir aku. Saat dada kami mula bergesel, tualaku melurut jatuh.

"Abang janji abang tak akan berkasar."

Apa yang pasti Jungkook sudah membawa aku ke destinasi yang belum pernah aku rasai sebelum ini.

Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now