bab 5

38 8 3
                                    

          "AWAK!" Jerit Tzuyu sambil melangkah laju mendekati lelaki tadi. Lelaki tadi menoleh ke arahnya dengan riak bingung.

"Saya?" Tanya lelaki itu dengan telunjuk yang menunjuk ke arah dirinya sendiri. Tzuyu mengangguk menandakan yang lelaki itu memang dipanggil olehnya. Sampai saja di hadapan tubuh tegap itu, Tzuyu tercungap-cungap mencari nafas. Walaupun hanya beberapa anak tangga saja dipanjatnya, jujur dia penat dengan Yeeun dan beg kecil ditangannya.

"Kenapa?" Soal lelaki itu dengan kelopak mata yang terbuka luas sehingga keningnya terangkat ke atas. Tzuyu yang sudah stabil pernafasannya mula berfikir sejenak.

"Awak baru pindah sini ke? Depan pintu rumah saya?" Tzuyu melontarkan pertanyaan dengan riak wajah ingin tahu. Dia membetulkan posisi Yeeun kerana bahunya terasa lenguh. Beg kecil dijatuhkan perlahan-lahan ke lantai simen. Jam tangan dipandang sekali lagi. Ni kalau hari pertama pun dah tak boleh awal, memang buruk imejnya buat sekali lagi.

"Seperti yang awak lihat. Saya masuk dulu." Lelaki itu meminta diri untuk masuk ke dalam rumahnya. Suaranya yang berubah mendatar itu bikin hati Tzuyu berdebar tiba-tiba. Kalau tadi dia boleh tenang, sekarang tidak lagi. Kalau gayanya tadi seakan friendly, nah sekarang sombong acah popular.

Melihat lelaki itu semakin berura-ura untuk pergi, Tzuyu mencapai lengannya. Mata lelaki itu menjadi tatapan Tzuyu buat seketika.

"Boleh tolong jaga budak ni?" Pinta Tzuyu dengan tak malu sambil menghulur tubuh Yeeun kepada lelaki itu. Lelaki itu mula kelam-kabut menyambut tubuh kecil yang dihadapkan kepadanya. Bingung dan keliru mula terlakar di wajahnya.

"Kenapa saya nak kena jaga budak ni? Saya pun ada kerjalah. Saya bukannya babysitter." Lelaki itu membalas tak puas hati. Wajah Tzuyu yang meminta simpati itu tidak langsung menjentik rasa kasihan disanubari. Yeeun yang berada dalam dakapan diberikan semula kepada Tzuyu
Lelaki itu terus memboloskan dirinya ke dalam rumah.

Tzuyu cepat saja menyambut anaknya kembali. Tubuhnya hampir terdorong ke belakang, mujur saja dia cepat menstabilkan kedudukannya kalau tidak hidupnya pasti berakhir di tangga. Tzuyu terdiam seketika sebelum melabuhkan punggungnya pada anak tangga pertama. Yeeun yang mula tidak selesa didakapnya kemas. Ubun kepala Yeeun dicium lama.

Memikirkan tindakan lelaki tadi membuatkan Tzuyu menjerit geram di dalam hatinya. Kalau tak sudi, bagilah elok-elok! Tak perlu sampai dirinya terdorong ke belakang. Rengekan Yeeun menyapa gegendang telinga Tzuyu. Tzuyu mula sedar.

"Ibu memang tak sedar diri kan? Dah ada anak tapi masih nak sekolah. Kalau dah gagal, selamanya akan gagal." Tzuyu mula berputus asa. Sepatutnya hari ini dia mula melaporkan diri namun dengan masalah tiba-tiba, segalanya terasa tidak berguna. Perasaan teruja seakan rama-rama yang bermain di perutnya tadi sudah terasa tidak ada. Hilang ditelan pahit yang mencengkam.

Tzuyu mengeluh pendek. Dia bangun lalu menghampiri beg kecil yang diletakkan di atas lantai simen tadi. Dia menunduk untuk mencapai beg tersebut namun ada satu tangan ikut sama ingin mengambilnya.

Tzuyu terdongak kecil. Seorang lelaki yang memakai rantai berloket 'J'.

           TZUYU melangkah masuk ke perkarangan sekolah. Matanya memerhati perkarangan sekolah yang dipenuhi murid-murid. Ada yang bergelak tawa, ada yang sedang bergaduh dan ada juga yang sedang fangirling apabila melihat murid lelaki kacak yang baru turun dari motosikal.

Sekeliling Tzuyu pula menjadi tatapan. Taman bunga itu kelihatan bersinar dari jauh kerana warna bunganya kelihatan terang disimbahi cahaya matahari. Di sebelah kanannya pula terletak elok dan cantik air pancut. Senyuman manis terlakar indah dibibirnya.

"Tzuyu!" Jerit Chaerin teruja lalu memeluk erat lengan Tzuyu. Tzuyu menyentuh dadanya seraya memukul perlahan tangan Chaerin. Wajah terkejutnya ditarik perlahan-lahan.

"Kalau aku pengsan, semua salah kau." Tzuyu mengomel perlahan. Dadanya diurut semula. Chaerin yang memeluk lengan Tzuyu terus meletus ketawanya.

"Ala kau ni, kau faham tak aku ni excited gila tau nampak kau. Lambat betul kau sampai. Lama aku tunggu tau!" Chaerin mencebik malas serentak itu merungkaikan pelukannya. Rambut yang terjuntai di hadapan terus diselak ke belakang telinga.

"Maaf tau Chaerin buat kau tertunggu-tunggu aku. Aku ada masalah besar tadi." Suara Tzuyu mengendur. Jelas sekali terpalit rasa kecewa di wajahnya mengenangkan dirinya membuatkan Chaerin tertunggu lama.

"Ish kau ni. Fikiran negatif dengan kau, berpisah tiada. Aku okay jelah. By the way, apa masalah besar yang kau hadap tadi tu?" Chaerin menarik lengan Tzuyu menuju ke pejabat sekolah. Tzuyu hanya mengikut saja langkah kaki Chaerin yang membawa dirinya pergi. Soalan Chaerin bikin kotak ingatannya mula terbayang.

Namun tak lama setelah telinganya menangkap percakapan murid-murid yang lalu-lalang di sebelahnya.

"Eh, bukan dia Chou Tzuyu ke?"

"Eh, yalah."

"Siapa dia tu?"

"Kalau kau nak tahu, dia tu kena buang sekolah sebab dah kahwin."

Wajah Tzuyu mula membahang malu.

"Kena buang sekolah ke kalau dah kahwin?"

"Tak pasti tapi aku rasa dia kena buang sekolah. Bukan sekolah je buang dia, mak ayah dia pun buang dia."

Adrenalin yang melalui pembuluh darah semakin laju merembes. Tangkai hatinya terasa sensitif mendengar kata-kata bisa itu.

"Kenapa orang tengah cakap-cakap pasal dia sekarang ni? Popular betul budak ni!"

"Dia Chou Tzuyu. Dia perempuan paling cantik dekat sekolah dan paling popular. Sebut je Chou Tzuyu, satu sekolah tahu. Sebut je Chou Tzuyu, beratur lelaki nak mengorat dia. Dahlah bijak. Setiap tahun dia pelajar terbaik dalam kelas. No one can beat her tapi tu dulu."

"Aku minat dia sampai sekarang even ramai orang dah tak suka dia sebab buat keputusan bodoh nak kahwin dengan pelajar universiti. Tak expect pun dia macam tu. Cikgu semua sayang dia tapi dah jadi macam ni tak boleh nak buat apa, melainkan buang je sekolah sebab dah menjejaskan nama baik sekolah."

"Lepas tu boleh pula masuk sekolah balik?"

"Entahlah aku tak tahu prosedur nak masuk sekolah balik. Nanti kalau aku kena buang, aku share dekat korang."

Chaerin menggelabah tiba-tiba. Melihat air muka Tzuyu yang kelihatan menahan air mata, Chaerin membawanya masuk ke dalam tandas. Tzuyu menerpa tandas yang kosong. Kasar dia menutup jamban duduk lalu duduk di atasnya. Chaerin sempat mengikutinya lalu menutup pintu tandas itu.

Tzuyu menekup kedua-dua belah telinganya sambil tergeleng-geleng. Air matanya laju mengalir tak henti-henti. Chaerin menepuk belakang tubuh Tzuyu seraya cuba menenangkan Tzuyu yang dibawa emosi sedih.

"Tzuyu, peduli je apa kata diorang tu. Kau pergi sekolah bukannya untuk ambil tahu pasal mulut diorang yang tak ada insurans tu."

"Kau expect aku boleh telan balik satu-persatu cacian mereka?" Bidas Tzuyu kasar. Itu hanya yang di sebelah kanan telinga Tzuyu menangkap. Belum lagi hadapan, belakang dan kiri. Segala cacian menerobos masuk ke dalam telinganya tanpa henti. Hatinya menjerit pedih.

Tidak ingin dia membiarkan dirinya dicaci namun apa boleh buat, semua yang dilontar tersangatlah tepat. Kalau dibidas, hanya memalukan diri sendiri.

"Habis tu kau nak expect diorang tu kunci mulut diorang? Kau kena tahu yang kau ni popular dekat sekolah beberapa bulan yang lalu. Kau kena belajar terima semua benda yang pahit supaya kau dapat rasa kemanisan. Kalau kau mengalah macam ni, angan kau tu tak akan pernah sampailah." Chaerin berkata sedas. Tzuyu tertawa pedih lalu mengesat kasar air matanya.

"Kau tak duduk dalam situasi aku, Chaerin." Pili air dibuka Tzuyu. Air yang mengalir itu ditadah dengan telapak tangannya lalu disapu ke seluruh wajahnya. Hari pertama persekolahan memang jauh berbeza daripada fantasinya.

"Kalau aku duduk dalam situasi kau, aku tampar je semua yang hina aku. Lagi satu, aku ada suami tercinta dekat rumah yang boleh bagi semangat dekat aku. Setahu aku, suami kau tu sweet talker." Pandangan mereka bertaut kembali. Tzuyu menunduk lemah. Tisu tandas dicapainya lalu dikesat seluruh mukanya.

"Aku dah bercerai, Chaerin."





Temporary Love ( hiatus )Where stories live. Discover now