author.
Cik Karina yang sedang mendukung Jungha menjemput keluarga Eunjoo masuk ke dalam bilik. Jungwoo hanya memerhatikan mereka dari pintu tandas. Tangannya mula menggigil apabila melihat mereka.
" Doktor Lee, macam mana dengan keadaan Eunjoo sekarang ? Masih sama ke ? " Tuan Yoon memulakan perbincangan dengan Doktor Lee. Puan Yoon dan anak lelakinya, Yoon Eunwoo hanya mendengar dari belakang.
" Keadaan Eunjoo sudah semakin pulih. Kita hanya perlu menunggu dia sedar sahaja, " jawab Doktor Lee sambil membelek rekod kesihatan Eunjoo.
" Sudah tiga bulan dia koma disebabkan lelaki tak guna itu. Dengar cerita Jungwoo dah sedar, mesti dia buat-buat tak ingat apa yang dah berlaku kat isteri dia ni, " Tuan Yoon menghentak tongkatnya ke lantai kerana geram sangat dengan Jungwoo.
" Jungwoo memang betul-betul hilang ingatan dan tak ingat apa yang berlaku sebelum dia kemalangan. Tuan jangan risau sangat, "
" Sudah-sudah la tu yeobo nak berdendam dengan dia, dia tu tak pernah pukul Eunjoo. Dia sendiri tahu kedudukan dia kat mana, " Puan Yoon mula bersuara.
" Eomma tak tahu ke yang Eunjoo dengan Jungwoo tu kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan kita, mana taknya appa marah tentang hal ini, " Eunwoo mula mempertahankan appanya, dia juga tidak menyukai Jungwoo sejak pertama kali bertemu.
" Tuan, Puan, ini hospital. Jangan bising sebab pesakit lain juga ingin berehat, " Cik Karina terpaksa menyampuk kerana dia memang mengikut peraturan. Dia masih lagi bergelut untuk mendiamkan Jungha yang sedang menangis inginkan sesuatu.
Sekeluarga itu diam dan keluar dari bilik kerana mereka mempunyai urusan masing-masing. Tak boleh lama-lam di hospital sebab baunya, ihh tak tahan.
Cik Karina hanya memerhatikan mereka sehingga hilang dari pandangan. Selepas itu, dia terus memanggil Jungwoo untuk keluar dari tempat persembunyian.
" Mereka dah pergi. Bawalah Jungha pergi jalan dekat taman tu, " ujar Cik Karina lalu memberi Jungha kepada Jungwoo.
" Gomawo, Karina-ssi. Jungha berapa bulan dah ? "
" Dua bulan, "
Jungwoo hanya mengangguk kepala dan teringat sesuatu tentang Karina, sesuatu yang sangat berkait dengan peristiwa sebelum dia kemalangan.
" Jungwoo, kau biar betul nak buat benda ni. Rumah keluarga Eunjoo dikawal ketat oleh pengawal, aku nak godam sistem diorang pun susah, "
" Tak kira, aku nak selamatkan Eunjoo juga. Macam mana kalau diorang bahayakan kandungan dalam perut Eunjoo tu sekali ? "
Kepala Jungwoo mula pening dan nasib baik dia sempat mengatasinya dengan menarik nafas dalam-dalam. Karina terus gelabah menenangkan Jungwoo.
" Boss, boss okay tak ? "
YOU ARE READING
Similarity.
Fanfictioncompleted, kim jungwoo nct fanfiction SHORT STORY VER. | EBOOK SOON the story of night met his stars husband au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]