16 - Together

23 8 20
                                    

author.

Kaki rasa sejuk semacam kerana tak beralaskan selimut, cahaya matahari mula menerangi bilik. Oh, nampaknya dah pagi. Jungwoo bangkit dari tidur dengan berpakaian singlet putih dan seluar pendek sahaja. 

Buat kali pertama, dia dapat tidur dengan nyenyak selepas bekerja macam orang gila. Selama empat tahun ni, dia hanya bekerja,bekerja dan bekerja. Dia perlu sibukkan dirinya untuk melupakan bekas isteri dan anak-anaknya.

Tetapi, bukan semudah itu dia nak lupakan semua itu. Boleh dikatakan dia masih mengingati mereka sehingga sekarang. 

Mata Jungwoo agak kabur, dia terlihat ada susuk seorang perempuan berjalan masuk ke dalam biliknya. Eunjoo datang menghampiri Jungwoo dan memeluk lelaki itu. Luka rindu yang tak terubat selama ni akhirnya sembuh. Kemudian, Eunjoo melepaskan pelukan itu dan mukanya terkena sinaran matahari yang melalui tingkap bilik.

" Jungwoo, saya rindukan awak.. Saya rasa tak berguna bila awak tak ada disisi saya tapi saya kuatkan diri untuk jaga anak-anak kita, " 

Sekian lama Jungwoo tak melihat Eunjoo berkata melalui isyarat tangan, " Jangan menangis, ini salah saya kan bila takde dengan awak. Terima kasih juga sebab kuatkan diri awak, " 

" Awak tak rindu hotteok saya selalu buat untuk awak dulu ? Saya ada masakkan untuk awak, "

Eunjoo menarik Jungwoo keluar dari bilik dan duduk di meja makan, bau hotteok ni memang menusuk hidung. Mata dah bersinar melihat hotteok yang baru dihidang itu. 

" Betul ke awak masak banyak-banyak ni untuk saya ? " Garfu di tangan Jungwoo sedia untuk menerkam hotteok, Eunjoo mengangguk. Baru je nak menjamah sarapan, ada suara jeritan kecil dari hujung sofa. 

" Junghaaaa, ada dinosour wanna eat our hotteokkk. Pukuw diaaa. " 

" Jangan pukui dia, mama kata dia bukan orang jahat. " Jungha mula bersuara. 

" Dinosour tu jahat sebab nak makan hotteok Jungho, " Anak lelaki itu terus berlari ke arah Jungwoo sambil membawa mainan dinosournya. 

Jungwoo terus menangkap anak lelakinya itu dan Jungho duduk di atas riba ayahnya. di depannya, terdapat makanan kegemarannya dan mulut si kecil itu mula terliur. 

" Hotteok, hotteok ! Jungho nak makan, naaaaakkkkk ! " 

" Mian, dinosour jahat nak makan dulu. " Hotteok yang nak disuap ke mulut Jungho tadi terus beralih ke mulut Jungwoo. 

" Huuuuuaaaarrrrggghhh, hotteok Junghoo. Dinosour jahat makannnn, " Jungho menghentak meja dan Jungha terus datang ke arahnya. Anak perempuannya pula cubit paha Jungwoo. 

" Arghh sakittt, ok ok dinosour jahat bagi hotteok ni tapi dengan syarat, panggil dady. " ujar Jungwoo sambil menjauhkan pinggan berisi hotteok dari Jungho. 

Eunjoo yang berada di tepi meja itu ingin membuat muka tapi tak boleh sebab melihat kecomelan mereka, terus tersenyum macam kerang busuk.

" Hotteok Jungho.. hotteok Junghoo. Dady, Jungho nak hotteok tu... " 

Alah, comel je anak lelakinya minta hotteok pastu siap peluk lagi. 

" Hotteok untuk Jungho is cominggg ! " Jungwoo meniup hotteok yang panas itu sebelum disuapkan ke mulut anaknya dengan berhati-hati. 

" Dady Dady, Jungha nak hotteok jugakkk. " Jungha menarik seluar Jungwoo untuk minta didukung juga. 

" Sebentar, jangan gelojoh makan tu nanti tercekik. " 

Eunjoo dan Jungwoo hanya melihat anak kembar mereka menikmati hotteok itu sambil memandang satu sama lain.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

" FUUUHHH, sejuk betul lepas mandi ni, " Badan Jungwoo menggigil selepas keluar dari bilik air. Dia mengeringkan rambut menggunakan tuala pendeknya.

Suhu badannya naik mendadak sejak dia bermandi tadi. Takda tanda nak demam, dia hanya hiraukan. Tiba-tiba, ada satu badan menghempap belakangnya. Itu sudah semestinya kerja Eunjoo.

Eunjoo memeluknya dengan erat sekali. Memeluk lelaki itu memang satu nikmat baginya, tiada siapa yang boleh merasai.

" Eh, mana Eunjoo kesayangan saya menyorok ? " Jungwoo tercari-cari Eunjoo yang bermain sorok-sorok di belakangnya. Ketinggian mereka hanya beza 30 cm, memanglah susah nak cari.

Mata Eunjoo dan mata Jungwoo bertembung. Lelaki itu terus mencium dahi Eunjoo secara diam-diam lalu melarikan diri daripada bilik.

Bayang-bayang Jungwoo masuk ke dalam bilik kembali dilihat oleh Eunjoo. Dia mendongak melihat muka Jungwoo yang tersenyum bersinar seperti bintang.

" Eunjoo, awak nak kita mulakan semula ? "

" Mulakan apa ? "

" Kita hidup bersama macam dulu. Dengan Jungha dan Jungho, "

Eunjoo mengangguk setuju. Ini yang dia inginkan selama empat tahun menunggu lelaki yang dicintai kembali kepadanya.

" Beri masa dulu, kita sambut harijadi awak dengan kembar tu dulu. " ujar Jungwoo lalu merangkul bahu Eunjoo.

" Awak tak nak sambut harijadi awak sekali, kita cuma beza sehari sahaja. "

" Takpelah, saya tiada hari yang istimewa kecuali hari jadi kembar dengan awak je. "

+ selamat 500 reads
kepada similarity,
itupun aku baca ulang
balik sebab nak
pastikan ada salah
ke tak..

Similarity.Where stories live. Discover now