Jungho masuk ke dalam rumah dengan berlari anak sambil memegang sepucuk surat. Anak lelaki itu tersenyum lebar terus memeluk kakaknya yang santai melihat pemandangan luar.
" Aigoo, terkejut aku dibuatnya ! Ada apa peluk-peluk ni ? " Jungha mula ragu dengan perbuatan adiknya. Mesti nak minta duit belanja lagi, Sungchan hanya melihat gelagat mereka dari dapur.
" Kakak dapat kerjalah ! Suka fikir macam-macam, "
Jungho membuka surat yang dikirimkan kepada Jungha dan membaca isi kandungan. Tangan Jungha terus merampas kertas itu.
" Surat aku, kau jangan memandai nak baca.. " Matanya membaca satu per satu ayat surat itu. Reaksinya mula gembira hingga tak terkata lalu memeluk Jungho kembali yang sedang minum air. Tersedak orang dibuatnya.
" Jungha, dapat kerja ke ? " soal Sungchan yang membawa potongan buah epal hijau kepada mereka. Anak gadis itu mengangguk kepada soalannya. " Wah, tahniah ! Malam ni kita pergi keluar makan, nak ? "
Kembar itu mengangguk setuju, mata Jungho mula bersinar apabila dia ingin meminta sesuatu dari Sungchan. " Hyung, nak pergi satu tempat dengan Jungha boleh tak ? Sebelum senja kitorang baliklah. "
Dah umur 20 tahun pun tanya boleh keluar ke tak, memang lurus betul. Jungha mula tertanya-tanya apa yang Jungho ingin lakukan.
" Pergilah. Jangan beli benda pelik-pelik kang aku sekeh kau, " Sungchan memperingatinya setiap kali Jungho bila nak keluar. Tah apa benda pelik dibeli nanti tak tahulah. " Takdenya lah, jangan tuduh macam-macam. Takod, "
" Ppali, Jungha. Naik atas, " Jungho ingin piggyback Jungha dan kakaknya hanya turuti sahaja. Adiknya itu terus membawanya keluar dari rumah dan berlari ke suatu tempat dengan tercungap-cungap.
Berjalan masuk ke perkarangan kubur, Jungha mula faham tempat apa yang Jungho ingin pergi dengannya. Mereka mulakan misi mencari kubur ibu ayahnya dan ia berada di hujung sekali.
Batu nisan berbentuk segi empat tempat diukir khas dengan nama Kim Jungwoo dan Yoon Eunjoo. Dua batu itu duduk bersebelahan antara satu sama lain.
Jungho menurunkan Jungha ke tanah dengan perlahan-lahan lalu mengeluarkan sebotol soju dari beg tepinya. Dituang ke cawan kertas atas batu bapanya lalu dialihkan pula ke cawan atas batu ibunya.
" Ayah, Jungha dapat kerja ! Selepas bertahun-tahun dia buat banyak kerja separuh masa semata-mata dia nak beri makan kat Jungho, Jungha dapat balik hasilnya. Ayah dan Eomma mesti bangga ada anak macam Jungha yang selalu kuat walaupun orang masih lagi hina dia yang tak sempurna ni, " Jungho duduk di tepi Jungha lalu meletakkan kepalanya di atas bahu kakaknya.
" Tak perlu sempurna di mata orang, cukup sempurna di mata orang kita sayangi. Itu yang ayah kata dulu kan. Jungha pegang kata-kata tu untuk teruskan hidup, " Jungha bersuara lalu mengusap batu nisan eommanya.
" Jungha, kalau kau kahwin kan, kau akan still jaga aku ke ? "
Kakaknya mencubit pipi adiknya, " Mestilah, kau je adik aku yang comel dan nakal yang kawan dengan aku je ! "
" Tapi kau kan kena jaga suami kau nanti... "
" Alah, aku boleh jaga banyak benda dalam satu masa. Tak payahlah risau sangat, "
" Kalau suami kau pukul kau, kau akan report dekat aku ke ? " soal Jungho lagi.
Jungha terdiam memandang Jungho. Dia masih lagi tak mampu berikan jawapan untuk soalan itu.
" Takde yang boleh pisahkan kita walaupun kita berdua dah kahwin nanti, bukan ? " Jungho memeluk Jungha dengan erat. Bagaimana kalau pelukan lama ini pelukan terakhir yang boleh diberikan kepada kakaknya sebelum berpisah..
" Air yang dicincang tak akan putus. Kita sedarah lagikan lahir ke dunia sama waktu, ingat tu. "
" Janji kita tak akan berpisah ? "
" Janji ! " jerit Jungha seperti kanak-kanak. Jungho tersenyum apabila melihat kakaknya ceria selalu. Berharap bakal suaminya nanti tidak menukarkan sisinya yang selalu positif setiap masa.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
the day i met you, 2 March 2018
thank you for make my life filled with our happiness and our children who always make me lovely.
the end !
author notes ;
thank you for being part of our long journey with Jungwoo and Eunjoo !
Really appreciated for those who always vomment in every part 🥺 Tak tahulah ending ni buat korang puas hati or not tapi writer tak puas hati ni. So, i'm gonna publish sequel soon !
In 3 months [ May-July ], i really enjoyed writing Similarity and its toucheable story i've write in my journey as part time writer.
So, see you again on sequel : Passionate Ego [ Doyoung fanfic ] !