author.
Meja belajar, rak buku, dan semua benda kepunyaan Jungwoo dan Eunjoo mesti sama warnanya. Tapi jaranglah tak pernah barang salah seorang akan hilang.
" Eunjoo, mana satu berus gigi awak dengan saya ni ? " Jungwoo mula berkarenah sambil memilih mana satu berus giginya.
Si isteri pula mengambil berus gigi suaminya lalu mengetuk kepala Jungwoo. Geram sangat cari barang tak jumpa ni.
" Jungwoo, mana satu coklat awak ni ? Awak tak makan kacang kan ? " Eunjoo menunjukkan coklat berperisa kacang yang baru dibeli oleh Jungwoo.
" Ani- Kacang saya ! Jangan makan dulu ! " ujar Jungwoo sebelum berlari mengejar isterinya yang memang suka mengacaunya.
Semua tu hanyalah ingatan manis yang akan selalu terpahat di hati dan tidak akan dilupakan oleh mereka.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
jungwoo.
Mimpi yang indah itu berlalu begitu sahaja, tiba masa untuk aku sedarkan diri dari tidur itu. Tanganku menyentuh selimut hospital, ahhhh aku berada di hospital lagi.
Jaehyun yang berada di belah kananku sambil mendukung Jungho. Dia terus mengalihkan perhatian kepadaku.
" Jungwoo, kau okay tak ? Kau still ada rasa sakit kepala ke ? " Jaehyun mula risau dan mengusap kepala Jungho.
" jUNGHO, appa awak dah bangun. Dah, pergi main dekat appa, " Jungho yang didukung oleh Jaehyun tadi terus dihulurkan kepadaku.
" Aku nak pergi cari mak kau dengan Jungha jap, tadi diorang pergi jalan-jalan, "
ujar Jaehyun lagi dan langkahnya terus keluar dari wadku.─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
jaehyun.
Langkahku terus dipercepatkan apabila terlihat eomma Jungwoo berada dihadapan bilik Eunjoo bersama dengan Jungha.
" Ahh.. makcik buat apa kat sini ? " tanyaku dengan sopan. Adab dengan orang tua.
" Makcik bawak Jungha pergi jumpa eomma dia. Penatlah dia asyik main dengan appanya je, sekali-sekala dia jumpa eomma. "
" Makcik berterima kasih sangat dekat Eunjoo sebab dia berikan cucu yang comel ni. Dah banyak cabaran dia lalu untuk meneruskan hidup dan Jungwoo jadi tulang belakangnya. "
" Tak sangka, Jungwoo membesar menjadi anak yang baik walaupun dia nakal macam ayahnya, " bebel eomma Jungwoo. Dia terus mengelap air matanya. Aku masih lagi diam dan sedia mendengar luahan itu.
" Jungha.. tolong balas budi balik kepada appa dan eomma kamu... Diorang banyak berkorban sebelum lahirkan kamu berdua, "
Aku terus memeluk eomma Jaehyun untuk menenangkan orang tua itu. Tangan Jungha yang menunjuk sesuatu itu menarik perhatianku.Mata aku terlihat Eunjoo sudah sedarkan diri dan mata gadis itu seperti melilau mencari sesuatu.
" Pesakit Yoon Eunjoo sudah sedar ! " jerit seorang jururawat dan berbaris beberapa orang doktor pakar berjalan ke arah bilik itu.
Aku dan eomma Jungwoo hanya melihat pergerakan mereka di dalam bilik dari luar.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
author.
Jaehyun hanya melihat Jungwoo bermundar-mandir dari tadi. Karina pula hanya memerhatikan laptopnya sambil menaip sesuatu dari tadi. Mereka bertiga berperang dengan mental untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
" Jungwoo, kau duduk diam-diam. Aku nak berfikir pun tak boleh, " Jaehyun pening kerana ada je bayang lalu ulang-alik dihadapannya.
" Diorang culik Eunjoo, takkanlah aku nak duduk diam je. Aku sendiri tak boleh tenang sekarang, " marah Jungwoo. Dia mengusutkan kepala dan duduk di sebelah Jaehyun.
" Diorang bawak Eunjoo ke rumahnya je, itupun kau tak bole rilek ke- "
" Ani, diorang bawak Eunjoo ke sebuah vila yang tepi pantai tu. Kau pun tahukan, Yoon Seonju tu ada banyak vila atas nama dia, " kata-kata Jaehyun dipotong oleh Karina.
" Mesti korang tak tahukan siapa pewaris Y Group tu.. " Karina mula memberi teka teki dan lelaki berdua hanya menggeleng kepala.
" Yoon Eunjoo, atuk dia hanya percayakan dia seorang. Saham Eunjoolah paling banyak dalam syarikat diorang, sebab tula ayah dia tak puas hati dan culik dia. Bukan dia je tak puas hati, abang dia dan makcik dia yang lain pun sama membantah. " ujar Karina lagi.
" Mana kau tahu semua info ni ? " soal Jaehyun.
" Aku dengan Sungchan join meeting pengagihan saham tadi hehe, lawak pula tengok reaction ayah dia bila nama Eunjoo paling tinggi. " Gadis itu tergelak kecil.
" Hah, aku rasa aku ada plan. " Jungwoo mula bersuara.
+ ku rajin nanti double muahahahah
+ follow sila twt saya,
ada kat bio sila rajinkan stalk
muah euw
YOU ARE READING
Similarity.
Fanfictioncompleted, kim jungwoo nct fanfiction SHORT STORY VER. | EBOOK SOON the story of night met his stars husband au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]