14 - Story Time

16 7 5
                                    


tw // blood
read at your own risk !!


author.

" Jungwoo, kau biar betul nak buat benda ni. Rumah keluarga Eunjoo dikawal ketat oleh pengawal, aku nak godam sistem diorang pun susah, "

" Tak kira, aku nak selamatkan Eunjoo juga. Macam mana kalau diorang bahayakan kandungan dalam perut Eunjoo tu sekali ? " 

" Pergi cepat, kau ada 30 minit je untuk selamatkan Eunjoo. Nampaknya, diorang dah detect akulah yang hack their system. "

" Pergilah, aku akan uruskan hal ni sendiri. " jawab Karina lagi. Jungwoo terus berlalu keluar dari lokasi persembunyiannya. Dia hanya perlu berjalan lima minit ke villa yang Eunjoo dikurung.

Dia melihat sekeliling supaya tiada yang memerhatinya sebelum dia merempuh masuk villa itu melalui tingkap dapur. Tiada seorang pun yang berada di dalam rumah, mungkin mereka nak serang lokasi persembunyian tu.

Kaki Jungwoo menaiki tangga dengan senyap supaya tiada siapa yang serangnya. Dia pergi ke bilik hujung sekali memandangkan dia tahu yang Eunjoo berada di dalam. Tombol pintu dipulas secara perlahan-lahan dan Eunjoo hampir memukulnya dengan kayu besbol.

Isterinya itu terus menarik Jungwoo masuk ke dalam bilik dan menutup pintu dengan senyap. Eunjoo menutup mulut lelaki itu, nasib baik Jungwoo tak menjerit. 

" Eunjoo, are you okay ? " 

Eunjoo hanya mengangguk kepala dan asyik mengusap perutnya. Risau kalau ada apa-apa terjadi dengan kandungan itu. 

" Eunjoo, kita keluar dari sini senyap-senyap.. Awak jangan risau sangat, saya ada je. " ujar Jungwoo sambil menghendap laluan depan bilik sebelum keluar. Nampaknya memang tiada sesiapa, mereka terus keluar dan berjalan turun bawah. 

Tiba-tiba, Karina muncul dengan berpakaian serba hitam dan mereka berdua hampir melarikan diri dari gadis itu. Haish, ku ingat penyamun mana tadi.

" Woi, akulah. Janganlah terkejut sangat, " Karina membuka penutup mulutnya yang berwarna hitam dan cuba mengambil nafas seketika. Sesak nafas aduh pakai mask ni. 

" Kalau air ketuban tu pecah, macam mana ? " Mula dah pertelingkahan Jungwoo dengan Karina, ada-ada je diorang ni. Eunjoo menjadi orang tengah dan menghentikan pergaduhan mereka. 

" Baru enam bulan, agak-agaklah air ketuban nak pecah sekarang. " Karina terus bidas Jungwoo. Nampaknya, dia menang lagi. Jungwoo tak boleh lawan dia kerana ada Eunjoo disebelahnya. 

Mereka bertiga terus keluar dari villa itu dan bergerak ke perhentian seterusnya dimana Sungchan akan memandu kelaur dari kawasan itu. 

Jungwoo memberi laluan kepada Eunjoo dan Karina menlintas jalan dahulu kerana Sungchan tunggu di jalan seberang sana kemudian diikuti olehnya. Mata Jungwoo terlihat ada cahaya datang dari tepi mereka. Ada kereta pecut ke arah mereka, Jungwoo terus menarik isterinya dan Karina ke belakang lalu dia dirempuh oleh sebuah kereta.

Darah berlumba-lumba keluar dari kepala Jungwoo dan Eunjoo yang terjatuh di tepi jalan tadi terus berlari ke arahnya. Dia menggoncang bahu suaminya yang dalam keadaan separa sedar itu. 

" Jungwoo.... bangunlah.. Saya ada kat sini, jangan buat macam ni dekat saya.. " Alangkah baiknya jika Eunjoo dapat ungkapkan ayat ini kepada Jungwoo.

Pandangan Jungwoo mula kelihatan hitam dan kepalanya memang terasa sakit yang amat. 

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Sudah tiga bulan Eunjoo menunggu Jungwoo sedar dari koma dan dia sudah sarat mengandung, tiga bulan dia tak pernah balik rumah dan hanya tidur di hospital sahaja. Mujurlah ada Jaehyun tolong belikan makanan yang dia idamkan. 

" Eunjoo, ni ha roti kacang yang awak minta tadi. Awak balik rumah dululah, bersihkan diri. " ujar Jaehyun memberi sebungkus plastik putih kepada Eunjoo. 

Eunjoo memberi sekeping sticky notes kepada Jaehyun, " Terima kasih sebab selalu bantu saya. Saya rasa berat nak tinggalkan Jungwoo, "

" Janganlah risau pasal tu, Sungchan akan jaga dia pula. " Jaehyun membantu Eunjoo bangun dari duduk dan Eunjoo berjalan sedikit demi sedikit. 

Tiba-tiba, Eunjoo berhenti di hadapan katil Jungwoo kerana seliparnya basah semacam. Dia dan Jaehyun memandang selipar itu dan mereka berdua terus memahami keadaan itu. 

" Saya angkat awak, " Jaehyun mengangkat Eunjoo dan berlari ke bahagian kecemasan. 

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Eunjoo masih lagi tidak sedarkan diri selepas bersalin. Keluarga Eunjoo bertemu dengan eomma Jungwoo di bahagian ibu dan anak.  Katanya ada benda nak dibincangkan, eomma Jungwoo hanya menurut sahaja. 

" Betul ke Eunjoo dengan Jungwoo dah berkahwin selama tiga tahun ? " soal Puan Yoon dengan sopan. Dia tak mahu suaminya keruhkan keadaan. 

Eomma Jungwoo hanya mengangguk, " Saya ingat Puan sudah restu hubungan mereka, saya pun hanya ikutkan permintaan anak lelaki saya, " 

" Kembar mereka comel kan ? Saya ingat nak beri nama kepada mereka berdua, " 

" Tapi... Jungwoo dan Eunjoo dah beri nama kepada mereka sejak Eunjoo disahkan hamil dulu, " Eomma Jungwoo menjawab. Puan Yoon hanya tersenyum manis 

" Apa nama yang diorang bagi ? " - Puan Yoon

" Kim Jungha dan Kim Jungho.... " 

Similarity.Where stories live. Discover now