07 - Soju Bar

38 24 3
                                    

author.

Karina meneguk secawan kecil berisi soju lalu menghentak ke atas meja. Geram betul kena pecat pagi tadi, susah-susah je dia menyamar selama ni.

Dia sendiri takut kepada keluarga Yoon kerana takut terbongkar rahsia yang dia ada kaitan dengan Jungwoo.

" Sudah-sudah lah tu kau minum, kau juga dah banyak susahkan aku, " Jaehyun terus merampas cawan kecil dari tangan Karina.

" Yah, aku nak release stress. Kau ni spoil moodlah, "

" Kau still takut dengan diorang sebab kau pernah nak hack sistem keselamatan rumah diorang ? " soal Jaehyun. Dia tahu Karina berhenti menjadi hacker kerana hal itu.

" Mestilah. Diorang punya sistem tu ketat dari yang pernah aku hack selama ni. Tak sangka aku dapat hack, "

" Aku buat semua ni sebab Jungwoo. Dia hilang arah bila dapat tahu Eunjoo hilang dengan tengah sarat mengandung lagi, " - Karina.

Jaehyun memahami perasaan perempuan itu apabila terkenang kisah silam.

" Aku sendiri rasa trauma buat pertama kali bila lihat Eunjoo suruh Jungwoo bangun lepas kena langgar lari haritu. "

Eunjoo terus berlari ke arah Jungwoo yang sedang berlemurun darah di tengah jalan selepas dilanggar oleh kereta.

" Jungwoo.... bangunlah, saya ada kat sini, "

Karina terdengar Eunjoo berkata begitu melalui matanya dan mula berasa sesak nafas. Mujurlah ambulans tiba awal.

Dada terasa sesak lagi apabila teringat tentang kejadian itu. Jaehyun terus mengangkat Karina bangun dari duduk dan keluar dari kedai.

" Aku hantar kau balik rumah, kau rehatlah dulu, "

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

flashback ; 3 tahun lalu

Jaehyun, Sungchan dan Karina berkumpul di kedai soju yang biasa dilepak oleh mereka selepas habis sahaja kerja. Menunggu kedatangan Jungwoo, mereka memulakan perbualan mereka yang dari tadi senyap. 

" Asal tetiba Jungwoo ajak minum ni ? Macam semacam je perangai dia harini, " Sungchan mula rasa ragu kepada Jungwoo. Semenjak kebelakangan ni, dia macam jauhkan diri dari mereka. 

" Tah lah, aku rasakan dia dah ada crush kut... " Jaehyun berfikir secara profesional.

" eYy, Karina, kau tak jeles ke Jungwoo dah ada crush ? Kau suka- " Karina menjeling Sungchan. 

" Dia terlalu comel. Jungwoo bukan taste aku, sumpah aku katakan tiada lelaki yang kena dengan standard aku, " jawab Karina. 

Mereka bertiga terus diam selepas ternampak Jungwoo berjalan ke meja mereka. " Aihh, aku nampak korang bersembang tadi. Aku datang je terus diam, " 

Agak pedih tapi tak mengapa.

" Kitorang cuma sembang pasal kerja je, release tension jap, " Jaehyun mencover line. Sungchan menghela nafas lega dengan memegang dada. 

" Aku panggil korang ni sebab ada benda aku nak suruh korang bantu, " Jungwoo memberitahu perancangannya dan rakannya yang bertiga mula mendekati. 

Selepas beberapa minit mendengar bossnya ceramah, Sungchan mengeliat manakala Jaehyun dan Karina menggaru kepala. Otak berhubung seketika untuk mencari penyelesaian masalah Jungwoo. 

" Kau nak seduced Yoon Eunjoo yang kau tunjuk ni ? " Karina membulatkan mata. Pelik sungguh rancangan Jungwoo kali ni. 

" Kenapa ? Ada masalah ke, dia cuma gadis bisu.. " 

" Yoon Eunjoo ni anak Yoon Seonju. Boleh dikatakan dia ni dari keluarga elit tapi mungkin dia lebih suka hidup macam orang biasa, " Jaehyun memberi jawapannya. Dia sendiri pelik dengan Jungwoo kerana tak tahu latar belakang Eunjoo. 

" Jungwoo, kau memang tak usha latar belakang Eunjoo ke ? Ke kau je tak tahu keluarga dia ni memang - fuh memang banyak aset, " ujar Sungchan pula. 

" Sebab tulah aku suruh korang siasat semua benda pasal dia, aku nak korang ajar aku macam mana nak seduced perempuan. Tu je, " Jungwoo cuba menenangkan keadaan. Semua hairan yang dia tak tahu tentang keluarga berada itu. 

" Alah, kesian boss comel kita suruh ajar dia macam mana seduced perempuan. Satu sesi, sebungkus subway, " 

Sungchan berbisik sesuatu kepada Jungwoo. 

Similarity.Where stories live. Discover now