Prologue

153 45 27
                                    

jungwoo.

Aku dan dia mempunyai banyak persamaan dari segi minat, hobi, objek dan lain-lain. Tapi, apa yang membuatkan kami tidak boleh bersama selamanya, fizikal.

Aku normal tapi dia bisu. 

Perkara tentang kurangnya fizikal dia membuatkan orang sekeliling mula membandingkan diriku dengan dirinya. 

Aku sendiri tak kisah apa yang orang katakan 

tapi yang penting,

aku dah mula sukakan gadis bisu itu sejak pertemuan pertama kami di perhentian bas. 

" Eunjoo, sudikah awak jadi peneman hidup semati dengan saya ? "

Gadis itu hanya mendiamkan diri seolah-olah dia tidak mendengar apa yang aku katakan.

" Eunjoo, awak tak dengar ke apa saya kata tadi ? "

" Eunjoo, Eunjoo, Yoon Eunjoo ! "

Eunjoo hanya tersenyum apabila melihat aku dan mula menghilangkan diri dihadapanku.

" EUNJOO, JANGAN PERGI DULU ! SAYA-- "

Aku terus memegang kepalaku yang tiba-tiba sahaja berdesing sampaikan aku tak boleh membuka mata.

STRRRRIIIIIINNNNNGGGGG

" JUNGWOO ! "

Aku terus membuka mataku kerana terasa ada orang memanggilku. Siling ialah pemandangan pertamaku selepas aku bangun dari tidur yang lamanya.

" Jungwoo okay kan sekarang ? Cuba tenangkan diri dulu.. " ujar eomma yang mengusap belakangku. Dia sendiri mula risau dengan keadaan anaknya yang tiba-tiba kena sawan.

" Sayang, janganlah risau sangat. Anak kita dah okay dah. Kita beri dia berehat dulu, sekarang ni giliran Jaehyun pula jaga dia. " kata ayah yang cuba membawa eomma keluar dari bilik rawatanku.

Selepas eomma keluar dari bilik, ayah terus duduk di sebelah kiriku untuk berbincang sesuatu dengan aku.

" Jungwoo, kamu masih teringat-ingat pasal Eunjoo ke ? "

Persoalan ayah membuatkan aku mula tidak sedap hati. Bagaimana dia boleh mengetahui tentang Eunjoo ? Adakah Eunjoo memang girlfriend aku atau orang yang aku tak patut ingat ?

" Eunjoo ...... Dia kat mana sekarang ? " aku mula takut apabila berkata tentang Eunjoo.

" Eunjoo tunggu kamu sedar sampai dia sendiri koma. Dengan keadaan dia sedang sarat mengandung.... "

" Dia mengandung ? Sejak bila saya berkahwin ? "

" Kamu berdua dah berkahwin tiga tahun tanpa pengetahuan sesiapa pun. Dengan izin tuhan, dia lahirkan sepasang kembar dengan selamat. "

Aku hanya diam dan mula rasa bersalah apabila mendengar ayah bercerita. Tak sangka gadis bisu yang muncul dalam mimpinya itu rupanya isteri dia sendiri.

Malulah dia kerana tak ingat satu benda pun tentang isteri dia.

" Jungwoo, kamu nak jumpa Eunjoo ke ? "










Similarity.Where stories live. Discover now