eunjoo.
flashback ; 3 tahun lalu
Aku mengenakan gaun putih yang agak lusuh yang diberikan oleh eomma Jungwoo. Katanya dia memakai gaun itu semasa perkahwinannya, aku pun hanya menerima jelah. Lagipun, aku hanya membuat majlis tertutup dan hanya kawan Jungwoo sahaja menghadiri.
" Ahh, bakal isteri saya buat apa tu ? " Jungwoo muncul di tepi langsir pintu masuk. Aku hampir melatah, nasib baiklah tak kena serangan jantung.
" Terkejut saya tau, saya nampak gemuklah bila saya pakai baju ni. " Aku memegang pinggangku yang semakin lebar sejak bulan lepas. Pelik, bukannya makan sangat pun.
" Gemuk apanya, awak makan pun tak. Tengok pipi saya ni, dah chubby sebab makan masakan awak dengan eomma. " ujar Jungwoo sambil menggerakkan isyarat tangannya.
" Alah, awak gemuk takpelah. Kalau saya gemuk, mesti awak tak sukakan saya pastu tinggalkan saya sebab ada perempuan lagi cantik dari saya, "
Jungwoo memegang bahuku dan dia memandang mataku, " Kenapa awak cakap begitu ? Saya dah kata saya hanya memerlukan awak di sisi saya, kita jadi tulang belakang antara satu sama lain. Bila saya jumpa awak, awaklah yang ajar saya tentang erti cinta. Bila awak jumpa saya, sayalah orang pertama hargai awak walaupun ada serba kekurangan, bukan ? " nada suara Jungwoo mula lembut apabila mengatakan perkara ini.
Aku tahu dia memang ikhlas berkata begitu.
" Dah jangan menangis kat sini, inikan hari yang awak tunggu selama ni. Maafkan saya sebab tak boleh buat majlis perkahwinan yang awak impikan, " Tanganku mengelap air mata Jungwoo yang sudah deras dipipinya.
" Salah saya juga sebab buat begini, takut awak tak selesa. "
" Khaja, Eunjoo-ah. "
Jungwoo memegang erat tanganku dan keluar dari bilik persalinan.
Selepas kami selamat bergelar suami isteri, aku dan Jungwoo pulang ke rumahnya yang tak terletak jauh dari dewan majlis perkahwinan kami tadi.
" Awak tak nak makan apa-apa ke ? Saya boleh panaskan stew kimchi semalam, " Langkahku terus ke peti ais untuk mengambil sesuatu tetapi Jungwoo telah menghalangku terlebih dahulu.
" Saya takde selera nak makan, tidurkan saya please. " ujar Jungwoo dengan meletakkan kepalanya di bahu kiriku.
" Mengada, pergi mandi dulu baru boleh masuk tidur. "
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
2 tahun kemudian
" YEOBO, SAYA DAH BALIK ! " jerit Jungwoo seperti budak kecil baru balik dari bermain. Aku terkejut dengan jeritannya terus terbangun dari sofa.
" Aishh, perlahan lah sedikit. Nanti jiran sebelah marah macam minggu lepas, "
Aku sendiri dah fedup layan perangai Jungwoo kebelakangan ni. Kejap marah, kejap menangis, kejap terlebih gembira.
" Awak belikan mangga untuk saya ke ? " Tanganku terus merampas plastik yang berisi mangga sambil membuat muka teruja.
" Manada, saya beli sebab saya terasa nak makan atau boleh dikatakan saya mengidam. Nasib baik sempat singgah kedai beli mangga tadi, "
Hm tak guna, dia beli untuk dirinya rupanya. Ingat belikan untuk isteri dia.
" Eunjoo-ah, kenapa awak sorokkan benda ni dari saya ? Jungha dan Jungho betul-betul wujud ke sekarang ? "
Jungwoo merampas pregnantcy test yang aku letakkan di tepi kotak tisu yang terletak di atas meja. Bila aku ternampak alat itu dialihkan dari tempatnya, aku terus berlari ke arah Jungwoo untuk merampasnya.
Dah tak kesah pasal mangga tu.
" Eunjoo, terima kasih tau. Kita jaga diorang elok-elok tau, "
" Tapi kita tak tahu kita dapat kembar ke tak- "
" Haip, saya akan pastikan yang kita akan dapat kembar. "
" Ada-ada je awak mintak ni. Penatlah saya nak melayan awak punya morning sick tu lagi, " Aku hanya mampu berdecit kepala kerana dah mengagak apa yang akan berlaku selepas ini.
" Mana mangga saya ? Penat saya tunggu awak kupas, "
Cubitanku mendarat di lengan kanan Jungwoo. Ada-ada je karenah dia. Kan dah kata, dia ni banyak bunyi.
YOU ARE READING
Similarity.
Fanficcompleted, kim jungwoo nct fanfiction SHORT STORY VER. | EBOOK SOON the story of night met his stars husband au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]