author.
Bingkai gambar Eunjoo terpampang di susunan bunga. Ramai pelawat menziarahi majlis pengembumiannya untuk mengucap takziah kepada keluarganya.
Jaehyun dan Sungchan juga turut mengucapkan takziah dan memberi buah tangan untuk Eomma Eunjoo.
" Macam mana dengan Jungwoo ? Dia tak sedar lagi ? " soal Eomma Eunjoo sambil mendodoi tidurkan Jungho.
" Dia masih lagi dalam keadaan yang sama. Kata doktor, dia mungkin mengalami serangan trauma sebab terlihat Eunjoo terbaring hari itu. " jawab Jaehyun. Dia memberikan potongan buahan kepada Jungha.
Karina dan suaminya, Yoon Eunwoo berlari masuk ke dalam bilik itu. Mereka terus memandang mereka yang baru sampai dalam keadaan tergesa-gesa.
" Eomma, maafkan saya lambat hadir nak melihat adik. " Eunwoo terus memeluk eomma sambil melihat bingkai gambar Eunjoo. Menyesal dia tak melayani Eunjoo yang selalu berbuat baik kepadanya.
" Kau.. dengan Eunwoo dekat mana selama ni ? " soal Sungchan dengan hairan. Tup-tup member dah kahwin.
" Aku kat London selama ni. Aku tahu berita ni pun sebab Eomma Eunwoo bagitau, " balas Karina.
Bagaimana perasaan rakan baiknya akan sedar nanti jika tahu isterinya sudah pergi bersama dengan anak mereka.. Dia tak mampu bayangkan perasaan itu. Sekalipun dia tak akan boleh bayang.
" Siapa buat macam tu dekat Eunjoo ? Ada lagi ke yang berdendam kat dia ? " Karina melutut sambil melihat gambar Eunjoo.
" Sejeong. Kang Sejeong. Kata Jun, perempuan tu kerja dengan Jungwoo lepas cerai dulu. Dia selalu stalk Jungwoo ke mana-mana. Lepastu, dia mula gila bila Jungwoo dapat jumpa Eunjoo balik. Hm, jadilah macam tu. " Sungchan menjelaskan cerita tentang Sejeong.
Bebola mata Karina mula membesar. Seperti mengetahui sesuatu tentang Sejeong.
Dia terus meluru ke hadapan meja yang bersusunan bunga dan sujud berkali-kali. Dengan keadaan terdesak, dia menangis merayu.
" Eunjoo, mianhei.. Maafkan saya.. Hukumlah saya.. " Karina menangis ketika bersujud.
" Sayang, kenapa ni ? " Eunwoo pergi ke arahnya dan cuba menenangkan isterinya.
" Sejeong... Yoo Sejeong.. Adik saya yang terpisah dulu.. Dia memang masalah mental sejak kecil. Sebab tula dia dibesarkan di pusat pemulihan, " Kebenaran Karina mula terungkap dan keluarga Eunjoo mati kata.
Karina mula beralih ke Eomma Eunwoo, " Eomma, suruh Eunjoo marahkan saya sebab tak jaga adik saya dengan baik.. Jebal.. "
Rambut gadis diusap oleh perempuan berusia 50-an, dia tak mahu ada peperangan di hidupnya sebaliknya kita maafkan sahaja.
" Jangan marah Sejeong. Mungkin dia perlukan kasih sayang tetapi orang sekelilingnya buatnya seperti tidak hidup. Sebab tula dia jadi macam tu, asyik fikirkan kehendaknya. "
" Karina, jangan marah dia tau. " lanjutnya.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Tiga bulan sejak pemergian Eunjoo, Jungwoo masih lagi melawan penyakitnya dan terbaring di atas katil bersama dengan memakai alat pernafasan. Kesihatannya makin merosot bertambah hari. Harapan untuk dia sembuh ialah hanya doa dan sokongan dari keluarganya.
Sungchan akan membawa Jungha dan Jungho melawat ayah mereka selepas pulang dari taska. Mereka hanya memerhatikan Jungwoo dari luar bilik.
" Sungchan-hyung, mana Wooju ? Haritu dia ajak Jungho main dengan dia tapi nenek tak kasi, " Jungho menggaru tangan kanannya seperti ada sesuatu hilang dari tangan itu.
" Wooju pergi main dengan Dinosour jahat. Nanti dia datang lah tu. Sekarang ni, kita main sama-sama dulu, " Sungchan berkata kepada Jungho lalu dia menyuapkan potongan buah jambu ke mulut kecil itu. Biasalah budak-budak boleh lihat benda yang diorang tak patut nampak.
" Kita tak boleh lama-lama kat sini. Jom pergi makan aiskrim, " ujar Sungchan melihat sekilas ke arah Jungwoo lalu memegang kedua tangan kembar itu beredar dari hospital. Dia hanya menjadi peneman kembar itu untuk menunggu ayah mereka sedar.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
15 tahun kemudian..
Jungho menolak kerusi roda Jungha masuk ke dalam bilik penyimpanan abu mayat. Melihat sekeliling mencari abu mayat ibubapa mereka dan dijumpai di hujung bilik. Pintu kaca dibuka, Jungho meletakkan surat tawarannya ke Yonsei University di sebelah bekas abu mayat Jungwoo.
" Ayah, Jungho dapat pergi universiti yang ayah pergi dulu. Maafkan Jungha sebab tak boleh temankan dia. Jungha cari duit untuk bayarkan yuran dia nanti, " Jungha hampir sahaja tidak dapat menitiskan air matanya, dia rasa bersalah kerana tak dapat jaga adiknya akibat keadaannya separuh strok.
" Ayah, Eomma, Wooju, Jungho akan jaga Jungha dengan baik. Kalau Jungho tak buat dengan baik, sambarlah petir dekat Jungho biar teringat kakak. "
Jungha mencubit perutnya, terpaksa melayan perangai adiknya yang suka main bersumpah. " Kalau kena betul-betul, jangan marah aku. "
" Eleh, gurau je. Aku takkan abaikan kau sebab kau je kakak yang boleh aku kacau setiap masa, " Jungho menjelir lidahnya. Ingin sahaja dia memotong lidah adiknya ; hati Jungha.
" Dah, jom pergi hospital pula. Cepat tolak, " arah Jungha.
" Baiklah, akakku. " Mereka keluar dari bangunan denga riang gembira. Matahari tegak bersama dengan langit membiru tanda cuaca baik hari ini. Ia juga tanda-tanda salah seorang dari mereka akan menyambung kisah ibu bapanya yang tergantung oleh penulis yang hampir sahaja kehilangan plot kisah mereka.
YOU ARE READING
Similarity.
Fanfictioncompleted, kim jungwoo nct fanfiction SHORT STORY VER. | EBOOK SOON the story of night met his stars husband au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]