02 - Sad Boy

68 40 13
                                    

[ play White Night - NCT 127 while read this part , you will get thus vibe songs ]

jungwoo.

' Eunjoo-ah, saya takut nak berjumpa dengan awak lepas apa saya dah buat pada awak... '

Langkahku mula terhenti dihadapan pintu dan aku tak mampu lagi nak hadap isteri aku lagi. Ya Tuhan, kuatkanlah hati aku ini. Mataku nampaknya masuk habuk lagi.

" Jungwoo-ssi ? Awak okay kan ? Janganlah bersedih, Eunjoo akan lagi sedih bila lihat awak begini, " Cik Karina mula memimpin aku dari pintu bilik ke hadapan katil Eunjoo.

Hati aku mula lemah dan aku duduk terlutut di hadapan Eunjoo. Melihat isteri sendiri koma membuatkan hatiku bertambah pedih dan aku langsung tidak boleh memandang wajahnya kerana rasa bersalah.

" Saya akan tinggalkan encik di sini dahulu sebab ada urusan, " ujar Karina sebelum beredar dari bilik.

Aku mula bangkit dan duduk di kerusi lalu memagang tangan kiri mulus Eunjoo. Rasa pedih mula kurang apabila memegang tangan itu walaupun dia tidak mengenggam tanganku.

" Sayang, saya tak tahu apa jadi sebenarnya sebelum saya sedar tapi saya hanya ingat macam mana saya melamar awak. Mianhei, saya akan cuba ingat, "

" Awak mesti rindu saya kan ? Saya juga rindu nak nyanyikan lagu untuk awak, awak kena dengar tau. Kalau awak tak nak dengar, saya nyanyi untuk anak saya je, " Aku mula membuat muka masamnya, mengada sape je nak layan.

" Lagu apa saya patut nyanyi, haaa saya tahu, " Tanganku laju mencari lagu White Night dari Nct 127 di playlist Eunjoo. Melodi lagu mula berdendang dan aku menyanyi mengikut lirik.

Mataku tiba-tiba tertumpu pada sepasang kembar bayi yang tidur di sebelah kiri Eunjoo. Aku terus bangun pergi ke arah mereka dan melihat salah seorang dari mereka terbangun dari tidur.

" Ahhh, aigu.... Jangan nangis... Macam mana nak angkat awak ni, neoui iremi mwoya ? " Aku melihat nama yang tertulis di troli bayi. Kim Jungha, Eunjoo ke yang berikan nama ni kepada kembarnya ?

" Aiiingg, Junghaaaa. Appa ada kat sini, jangan nangisss nanti appa nak nangis jugak, " ujarku sambil mendukung Jungha lalu berjalan ke tingkap untuk melihat pemandangan pagi yang kian membiru. Jungha hanya mendiamkan diri dan tersenyum melihat aku mendukungnya.

" Eh, selalu baby banyak ragam lepas menangis tapi Jungha lain. Jungha suka kat appa ea ? Appa nak main dengan Jungha tapi keadaan sekarang tak mengizinkan. Main dengan...... Jungho dulu tau, "

Aku meletakkan Jungha kembali ke trolinya dan beralih ke Jungho yang sedang nyenyak tidur lagi. Nampak sangat Jungho ni memang ikut perangai maknya yang memang akan tertidur kat mana-mana je, jantina je lelaki.

Pintu bilik dibuka secara tiba-tiba dan kelibat Cik karina termegah-megah berlari ke arahku, aku mula hairan dengan dengan kelakuannya.

" Jungwoo-ssi, keluarga Eunjoo tiba-tiba buat lawatan mengejut. Kita takde masa ni, cepat sembunyi je dimana-mana, nak keluar dari sini pun tak sempat sebab mereka dah berjalan ke sini, " Cik Karina terus menolak aku masuk ke dalam tandas.

Sebelum dia menutup pintu tandas, aku sempat menghalangnya, " Cik, tolong jaga Jungha. Dia tetiba meragam bila saya pergi, "

Kedengaran Jungha menangis apabila aku hilang dari radarnya dan Cik Karina hanya mengangguk, " Baiklah, "










+ timun dijangkiti positif malas dari shin , minggu dpn bru hapdet lagi :3

Similarity.Where stories live. Discover now