🌸🌸🌸🌸🌸
nadirah berjalan tanpa arah tuju.beberapa minit kemudian dia berhenti di hadapan sebuah masjid .dia perlu menunaikan solat zuhur dan memohon keampunan daripada allah swt.
dia pergi ke bahagian solat perempuan dan berteleku disana. tiba tiba dia disapa oleh seorang wanita yang mungkin sebaya dengan ibunya. dia tersenyum dan bertanya kepada nadirah
"kamu okay?ada masalah ke?"tanya wanita itu sambil tersenyum.
Nadirah berpaling dan terkejut kerana yang menegurnya itu adalah permaisuri diraja dinegerinya. apa lagi gelabahlah dia bangun dan tunduk hormat kepada tunku fatimah ahzarra
"ya allah, maafkan saya tuanku. saya tak perasan tuanku yang sapa saya" kata nadirah dengan gelabah
tertawa tunku fatimah melihat keletah nadirah. dia tiba tiba rasa tertarik dengan gadis itu. tidak tahu kenapa. mungkin melihat caranya berdoa sambil menangis meminta pertolongan daripada tuhan yang maha berkuasa.
hatinya sangat tersentuh dengan setiap doa yang keluar dari mulut gadis itu.selepas habis solat terus dia pergi ke tempat gadis itu berteleku. Dia menyuruh orang kanannya untuk tunggu diluar.
"hehehe.. tak perlu pun buat macam tu. meh, duduk dengan aunty. cerita masalah kamu. insyaallah kalau boleh tolong, aunty akan tolong" kata tunku fatimah
"aun...aunty????" tergagap nadirah bertanya
"hahaha..haah, aunty. meh duduk sini" kata tunku fatimah sambil menunjukkan tempat duduk disebelahnya.nadirah pun duduk kembali ditempatnya dengan gelabah. tunku fatimah hanya mengeleng melihat gelagat nadirah. Sungguh dia terpaut hati dengan gadis yang berbadan gempal itu
"hah, cerita cepat. aunty nak dengar"
"sebenarnya,...." nadirah mencerita semuanya kepada tunku fatimah. dari semasa dia kecil, dibenci, dicaci dan lain lain lagi. nadirah sampai menahan tangisan mencerita semua perkara tu. tunku fatimah menarik nadirah ke pangkuan nya. makin teresak dia menangis. dia terlalu rindukan pelukan seorang ibu. beberapa minit kemudian mereka mula leraikan pelukan. tunku fatimah perlu segera berangkat pulang. sebelum balik, tunku fatimah ada berpesan kepada nadirah
"jaga diri kamu baik baik ye. walau macam mana sekalipun orang buat kat kamu jangan pernah menyerah kalah. ingat ramai lagi yang sayang kamu. okay ira? kamu tahu, arwah mak kamu sebenarnya bangga ada anak macam kamu. kamu sangat baik. jaga diri ya." kata tunku fatimah semasa ingin menaiki keretanya. tunku juga berikan duit sebanyak rm100 kepada nadirah
"ni simpan tau . aunty pergi dulu. assalammualaikum" kata tunku fatimah. semua yang berada disitu melihatnyaa. segan nadirah dibuatnya. nadirah melambai kepada tunku fatimah sampai kelibat kereta tidak kelihatan lagi.
sekarang nadirah tidak tahu ingin menuju ke mana. kerumahnya atau ketempat lain. dia malas sebenarnya untuk pulang awal. malas mahu melihat muka muka yang tidak bersalah itu. tapi dia tetap mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya sebab dia memang dah tak ada tempat tuju untuk pergi
balik balik je, nadirah melihat baju dia berselerak di atas lantai. dia tahu. dia bakal diusir tak lama lagi. baru je dia jejakkan kaki ke tingkat dua rumahnya, tiba tiba ada satu tangan yang melayang ke arah pipinya
'pang!!!!' perit. itu yang dirasakan olehnya sekarang. yang ini sudah termasuk kali ketiga dia ditampar pada harini.
dia melihat ayahnya yang tengah menyinga. nadirah turut membalas panahan mata ayahnya. kali ini dia tak akan berdiam diri
"kau buat apa kat anak aku hah??!!!. kau tampar dia depan orang ramai dan malukan dia. apa nak jadi dengan kau ni??! lepastu kau buat hal lagi ngan puan sri tu. apa masalah kau sebenarnya hah??? adik kau cuba pujuk kau tapi kau malukan dia. pihak sekolah telefon sekali lagi beritahu kau dibuang sekolah. apa nak jadi ngan kau ni hah???!! tak boleh ke kalau tak malukan aku??!!! kau ni memang anak tak guna. baik kau keluar je dari rumah ni. aku tak ada anak yang bernama nur nadirah. berambus kau dari rumah ni. aku taknak tengok muka kau lagi. paham tak. ambil semua barang kau ni. aku taknak tengok satu pun barang kau dalam rumah ni." kata encik rashidi sambil melontar semua barangan nadirah keluar rumah.
nadirah keluar dari rumah itu dan mengambil barang barang dia. dia tersenyum sinis melihat wajah wajah yang tak bersalah itu.
"heh!! kau jangan lupa rumah ni atas nama mama aku dan aku. kau langsung tak ada hak. aku bila bila masa je boleh halau kau. kau tu menumpang je. ingat sikit darjat tu.heh!!" kata nadirah dengan sinis
ya, itulah kenyataan. ayahnya mengawini ibunya hanya semata mata kerana harta. Ibunya mempunyai darah bangsawan tetapi ayahnya hanya rakyat biasa. Disebabkan itu nama nadirah tiada tengku seperti mamanya tengku nadrah
apabila Ayahnya mengetahui ibunya mempunyai penyakit, dia mula berubah. dia mempunyai scandal. siapa lagi kalau bukan mak tirinya itu. bagi orang lain, ibu tirinya itu baik bak bidadari. tapi bagi dirinya, ibu tirinya tak ubah seperti setan. hidupnya penuh dengan penipuan.
" biadap kau eh!!! pergi kau dari sini" tengki encik rashidi
"ohh, and one more thing, kau lupe ke yang kau makan semua tu duit dari nenek aku bagi dekat aku. macam mana agaknya nasib kau orang nanti eh. Mesti menganggur" tambah nadirah lagi
dengan satu senyuman sinis, nadirah berjalan keluar dari kawasan rumah puaka itu. Dia tahu yang ayahnya amat menyesal sekarang kerana menghalaunya keluar rumah.
dia berjanji bahawa dia akan Kembali dan mengambil balik rumah itu dari mereka.
skip
perhentian bas
nadirah mengeluarkan telefon bimbitnya. dia perlu menelefon seseorang
'tut..tut..tut..' "hello" suara seseorang menyapa di talian
"ne...nenek..." panggil nadirah dengan suara teresak esak
"kamu nak apa lagi hah??!! ayah kau suruh mintak duit lagi?? macam tu??" tengking ku syarifah
makin teresak nadirah disitu. ku syarifah mula berasa serba salah. dia mula memujuk nadirah kembali
"syuu... dah jangan nangis. nenek cuma geram ayah kamu pergunakan kamu. ni kenapa ni, ayah kamu marah kamu lagi ye? dah dah lah tu bertahan. jangan jadi macam mak kamu. mari duduk dengan nenek. nenek jaga kamu. okay???." pujuk neneknya
makin teresak nadirah. kini dia perlu tebalkan muka meminta pertolongan neneknya
" nenek tolong ambik ira kat sini. ira dah tak tahan. diorang buat ira macam binatang nek. diorang burukkan mama. diorang malukan ira nek. ira nak duduk ngan nenek. ira dah taknak duduk sini. ira benci semua orang kat sini. Diorang jahat nek" ngadu nadirah sambil teresak.
ku syarifah yang mendengarnya sudah membara. manakan tidak cucu kesayangan dia dibuat macam sampah. selama ini dia hanya bertahan disebabkan nadirah. dia tidak mahu mengecewakan nadirah. tapi kini, dia sudah tidak tahan lagi.
" apa diorang buat kat kamu kalini ira??!! diorang memang nak mamp*s agaknya. takpe, beritahu kamu kat mana sekarang. nenek ngan pak mat datang. tunggu kat situ tau" kata ku syarifah dan mula bergegas ke tempat nadirah berada.
nadirah masih lagi teresak esak disitu ditemani hujan yang lebat. 1 jam kemudian, neneknya sampai. ku syarifah cepat cepat turun mendapatkan cucunya yang berada di perhentian bas itu. dia melihat nadirah sedang terbaring dan badannya tergetar getar. cepat cepat dia mendapatkan tubuh cucunya.
" ira.. ira... bangun nak. ya allah, apa dah jadi dengan kamu ni. mat, Uwais cepat tolong angkat dia ni."pak mat dan tengku Uwais yang mendengar namanya dipanggil terus bergegas ke tempat tersebut dan mengangkat nadirah.
mujur cucu ku syarifah, tengku Uwais ingin mengikuti mereka tadi. Kalau tidak macam manalah mereka nak mengangkat Nadirah yang berat itu
setelah itu mereka meletakkan nadirah diseat belakang bersama sama dengan ku syarifah. ku syarifah menangis mengenangkan nasib cucunya yang malang itu. dia membelai kepala cucunya sambil mengenangkan nasib cucunya
" kesiannya cucu aku ni. macam manalah kalau aku dah tak ada nanti" getus hati ku syarifah
dan perlahan lahan kereta yang mereka naik itu menerusi jalan raya yang dibasahi hujan sebentar tadi.
.......................
ayokk.. nadirah dah mengadu kat nenek dia. agak agak apa akan jadi dengan ayah dan keluarga tirinya nanti ye?
YOU ARE READING
Pujaan hati tengku
FantasyMengisahkan tentang seorang gadis yang selalu dibuli dan dihina oleh orang sekeliling dan seorang putera diraja yang disanjung dan dihormati oleh semua orang si gadis seorang yang gemok dan selalu diejek badak air. Manakala si sang putera pula digel...