part 8

284 17 3
                                    

padang polo

nadirah perlahan-lahan turun dari motor skuter dia. dia melihat di padang polo ada beberapa orang sedang bermain kuda.. mungkin keluarga diraja.

mata dia mula meliar ke sekeliling." macam mana aku nak masuk ni" tanyanya sendirian

tiba-tiba seorang polis datang mendekatinya." ye adik, cari siapa?"

"err... saya tak tahu orang tu.. tadi saya tertukar telefon dengan dia lepastu dia suruh datang sini"

"ooo... tengku ameer ke? dia ada kat dalam. dia suruh adik tunggu dekat kuda sana."

"teng...tengku ameer???"

" ye.. tengku ameer.. silakan masuk dik."

"err.... terima kasih.. tapi boleh saya tahu mana satu tengku ameer??"

"aikk.. jarang jumpa budak muda yang tak kenal tengku ameer..hahaha.. yang pakai baju polo merah tulah tengku ameer. pergilah sana."

" ooo..baiklah.. terima kasih.."

" sama-sama"

nadirah pun mula melangkah masuk dan menuju ke arah kandang kuda. dia lihat banyak kuda-kuda disitu. semuanya cantik-cantik belaka. segan dia apabila ramai yang melihat dia semasa dia masuk ke kawasan padang.

semasa melihat kuda-kuda itu, dia terpesona dengan seekor kuda yang berada di dalam kandang. dia mula membelai kuda itu. " kenapa tak ada orang yang tunggang awak? awak sakit ke??" tanya nadirah kepada kuda..bengap betul nadirah. ada ke dia bercakap tengan kuda tu. tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya.

" itu Lia.. dia kuda betina.. tak lama lagi dia nak beranak.. tu tak ada orang tunggang dia." kata satu suara

pantas nadirah berpaling apabila mendengar suara itu. terpesona dia dengan ciptaan tuhan yang sedang berada di depannya sekarang. mata dia, hidung, bibir, dan segalanya sempurna baginya..indahnya ciptaan tuhan. yang paling nadirah terpesona ialah mata dia. mata dia bentuk bundar gitu!!!

nadirah kembali sedar apabila lelaki didepannya berdeham." awak ke yang ambil telefon saya?" tanya tengku ameer.

' ohh.... inilah tengku ameer tu.. asal hensem sangat ni. masyaaallah ira.. jangan kau' getus nadirah

" haah, ma..maaf. saya memang tak segaja. saya takut tu yang terus lari tadi. maaf sangat-sangat" kata nadirah sambil menundukkan kepalanya.

" it's okay.. mana telefon saya?"

"ohh.ni dia.. maaf sekali lagi." kata nadirah kalut dan mengembalikan telefon itu kepada tengku ameer.

" by the way, awak minat saya ke? sebab password awak sama dengn birthday and password saya." kata tengku ameer sambil mengangkat kening

manakala nadirah pula sudah mengerutkan dahi.' masa bila pulak aku suka dia ni.. aku pun tak kenal dia.'

"eh.. tengku dah salah faham ni.. password tu memang birthday saya. lagipun saya tak kenal tengku. mungkin kebetulan kot." balas nadirah

" betul ni? awak ada tak buka fon saya??"

" tak ada. macam mana nak buka kalau tak tahu password"

" okay. by the way, nama awak sapa?"

" ohh.. saya nur nadirah.. panggil ira je"

"oh.. nice name. boleh taj nak panggil awak nadi. sebab ira tu ramai sangat. nanti saya tertukar dengan ira lain. by the way saya ameer luthman." kata tengku ameer sambil menghulurkan tangannya. nadirah hanya melihat tangan yang dihulur dan menundukkan badannya sedikit tanda dia tidak mahu bersalaman dengan lelaki itu.

Pujaan hati tengkuWhere stories live. Discover now