part 7

307 33 3
                                    

hari ini, nadirah dan uwais akan pergi ke taman untuk berjoging. sudah seminggu dia dilatih oleh uwais. disebabkan uwais sangat tegas semasa melatihnya, jadi nadirah tidak mempunyai peluang untuk mengelak daripada melakukan senaman setiap petang.

dan setiap hujung munggu, pagi-pagi lagi uwais akan membangunkannya seawal 7 pagi untuk pergi berjoging di sekitar taman perumahannya.

dan hari ini, hari sabtu. jadi uwais dan nadirah akan pergi berjoging dari banglo floris sehingga ke perumahan etlit.

dimana, semua yang duduk disana ialah orang-orang kaya bukan sebarang kaya. dan nadirah juga ada mendengar bahawa kerabat diraja ada yang duduk disitu. antaranya tengku ameer luthman.

tengku ameer boleh dikatakan antara putera diraja yang terkenal kerana kekacakan beliau. beliau juga terkenal disebabkan sikap ramah dan prihatin kepada rakyatnya.

tapi manusia yang bernama Nur Nadirah ini langsung tidak mengetahui siapa Tengku ameer. kesian bukan? bukan apa, dia cuma malas untuk mengetahuinya. muka tengku ameer juga dia tidak tahu

' haish... mak sedara dia aku dah jumpa, anak-anak dengan anak sedara dia bila lagilah agaknya..' monolog nadirah. dia terus-terusan mengelamun sampaikan tidak perasan yang ada orang didepannya yang tengah bercakap dengan seseorang disisinya. dan...

' bushhh!!'

nadirah terlanggar seorang lelaki.' adoi sapa pulak yang kau langgar ni nadirah. tulah melamun lagi. bongoks lah kau nadirah' marah nadirah pada dirinya sendiri.

cepat-cepat nadirah bangun dari jatuhnya. dia cepat-cepat meminta maaf tanpa melihat siapa yang dia langgar dan mengejar langkah uwais yang makin menjauh.

lelaki yang dilanggar pov,

" weh Iddin, kita rehat jap. aku dah pancit weh." kata lelaki itu kepada kawannya.

" alah kau, baru sikit. dah pancit dah. tak coollah bro."

"cool kepala otak ku. dah banyak kali kita round. rehatlah dulu. penat ni. nak air. kau pergi beli kat makcik tu jap." arah lelaki itu.

" eh sesuka hati je arah aku." balas Iddin ramli. tetapi dia tetap menuju ke gerai kecik berdekat dan membelikan air kepada temannya.

setelah itu, iddin kembali dengan dua botol air. satu botol diberikan kepada temannya.

mereka pun hanya berbual di tepi jalan joging itu." haah, aku rasa buat macam tu bagus ju.., aduh!!" kata-kata lelaki itu terhenti apabila belakang badannya dilanggar.

'siapa pulak yang buta pagi-pagi ni. sakitnya ya allah. ni orang ke anak gajah yang langgar aku ni'monolog lelaki itu dan berpaling. yang dia lihat, seorang gadis berbadan gempal sedang jatuh terhempap akibat melanggarnya tadi.

belum sempat dia berkata apa-apa gadis itu terus bangun, meminta maaf kepadanya dan mengambil telefonnya dan berlalu pergi.

dia yang melihatnya tercengang.'apakah??!!! dah langgar orang lepastu taknak tolong ke? what the hell!!!'

Iddin menolongnya bangundan mengambil telefonnya kembali dan memberikan kepada lelaki itu.

"apalah budak tu, dah langgar orang bukannya nak tolong, tapi pergi lari. apolah" marah lelaki itu.

"alah kau ni, dia malu tu. lagipun kau okay kan? takyah nak over sangat. kan tak pasal-pasal aku pula pi langgar kau. nak? biar terbongkang sana" kata iddin

lelaki itu hanya menjeling kearah iddin.'ada kawan bukannya membantu.makin menyakitkan hati adalah' marah lelaki itu di dalam hati.

mereka meneruskan lagi larian mereka sampai kerumah dan terus bersurai. lelaki mengambil keputusan untuk duduk diruang tamu dahulu sementara untuk menghilangkan lelah.

Pujaan hati tengkuWhere stories live. Discover now