Part 4

421 19 4
                                    

banglo floris

nadirah mula membuka mata perlahan lahan. dia melihat sekeliling. dia kini berada di satu ruangan yang sangat asing baginya. tiba tiba, seorang lelaki memasuki biliknya bersama di tanganya mempunyai dulang yang berisi ubat dan air.

gelabah nadirah menutup kepalanya kerana dia sedar yang dia sedang tidak bertudung. dalam getar, nadirah masih memberanikan dirinya bersuara

" awak siapa? saya kat mana sekarang ni? mana nenek saya hah??!!" tanya nadirah

lelaki itu ketawa melihat keletah nadirah." tengah takut pun masih berlagak berani. comellah pulak budak ni" getus hatinya.

" hahaha.. kau dah lupa ke muka abang kesayangan kau ni? Ni Tengku Uwais lah. Takkan kau tak kenal? Sampai hati eh kau tak ingat aku" kata Uwais dalam nada yang konon kononnya merajuk

"hah.. Abang Uwais? Serious arh? Kenapa lain sangat?" tanya  Nadirah kebingungan

"hahaha.. Lain macam mana?makin handsome kan" kata Uwais sambil memainkan rambutnya

Nadirah membuat muka toya. ' sah, memang betul dah mamat ni. perasan dengan dia tak boleh berpisah' getus Nadirah

" okay dah cam dah. Yelah abang kesayangan orang ni mana pernah baik hati. Itu yang orang tak cam tu. Biasa perangai dia tak pernah nak elok"kutuk nadirah

Tentunya Nadirah lupa muka tengku Uwais sebab diorang hanya pernah bertemu sekali setahun. Tetapi sudah 4 tahun mereka tak berjumpa disebabkan kesibukan tengku Uwais yang belajar diluar negara. Mereka kadang kadang hanya berhubung di instagram sahaja.

Mereka selalu Berhubung meluahkan masalah antara satu sama lain. Itu menjadikan mereka lebih akrab

"wah.. Berani kau kutuk aku eh. Takpe, disebabkan kau sakit aku akan lupakan." balas tengku uwais

Benar kata orang, sedih macam mana pun kita tapi bila kita duduk disamping orang yang boleh gembirakan kita, maka bahagialah kita

" nah makan bubur ni dulu.  aku yang buatkan. sedap tau.. rugi tak makan.. aku buat khas untuk kau. lepas makan bubur tu, makan ubat ni eh???. jangan buat buat lupa lak. Aku malas nak jaga kau yang manja ni lama lama. Kalau kau nak apa apa aku ada kat bilik sebelah" kata tengku uwais dan mula melangkah keluar

Nadirah yang mendengar kata kata tengku uwais terus menjelirkan lidahnya kearah uwais yang membelakanginya

"jangan ingat aku tak tahu kau buat apa kat belakang aku. Aku ada saka tau yang tengah perhatikan kau" kata tengku uwais dan menutup pintu

Tersentak nadirah apabila tengku uwais tahu apa yang dia buat dibelakangnya dan ketika itu baru dia perasan ada satu cermin di tepi pintu dan membiaskan pantulan badannya. Hampeh betul. Ada saka konon. Pigidah"bebel Nadirah dan memakan bubur yang disediakan oleh tengku uwais tadi.

skip

Nadirah perlahan lahan keluar dari biliknya. Dia melihat sekeliling. Rumah itu memang asing baginya. dia berpikir mungkin neneknya berpindah kesini kerana untuk mengelakkan diri daripada ayahnya.

Dia menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Dia melihat neneknya duduk bersama seorang lelaki muda berbaju kot lengkap. Nadirah terdengar perbualan antara neneknya dan lelaki itu

" saya nak mereka anak beranak dihalau keluar dari rumah tu esok. Diorang dah tak boleh buat apa apa lagi sebab itu bukan harta mereka" kata ku syarifah dengan tegas

"baiklah, ku. Saya akan uruskan perkara tu semua. Ku jangan risau" balas lelaki itu

Sebaik terdengar tentang topik itu, Nadirah cepat cepat turun dan menuju ke arah neneknya

Pujaan hati tengkuWhere stories live. Discover now