Part 9

255 17 1
                                    

" hai korang, boleh saya join?"

mendengar suara itu mereka bertiga cepat berpaling. tercengang sorang-sorang apabila melihat figura yang menyapa. masing-masing seperti bersedia untuk lari.

gadis itu dengan selamba menolak nadirah dari kerusinya dan duduk disitu. dia memandang kearah tengku uwais " uwais taknak suapkan dekat hawa juga ke? hehehe" kata gadis itu tidak tahu malu. dia dengan selambanya tersenyum kearah tengku uwais

manakala nadirah pula tercengang akibat ditolak tadi. mujur ada tengku ameer yang menolongnya semasa dia hampir terjatuh. kalau tidak, tidak tahu kat mana dia nak sorok muka dia. 

tengku ameer mengamit supaya nadirah duduk disebelah kerusinya. tengku uwais yang melihat nadirah hampir jatuh akibat ditolak oleh siti hawa tadi menjadi marah. hampir saja dia menjerkah gadis itu dikhalayak ramai.. 

tengku uwais melihat kembali kearah siti hawa yang masih dengan senyuman busuknya. " kau ni memang tak ada adap ke? datang-datang tolak orang lepastu sesuka hati je nak makan makanan orang. mak kau tak ajar ke?" bidas tengku uwais

siti hawa yang tersenyum tadi mula mengendurkan senyumannya. agak sikit terasa tapi dia sudah terbiasa. dia kembali dengan senyuman busuknya" alah uwais. sorrylah. hawa tak sengaja. dah dia duk goda uwais tu yang hawa tolak tu. alah lagipun ni kan makanan bakal suami hawa jugakan?so tak salahkan??" balas siti hawa selamba

tercengang nadirah.' what the fish.. masa bila pula aku duk goda abang aku? tak ada otak ke apa minah ni' 

" excuse me miss siti hawa. sejak bila suatu ketikanya saya duk goda tengku uwais? takkanlah saya tergamak nak goda abang saya? akak dah biul ke apa?" marah nadirah. kan setepek tu kena

memerah muka siti hawa. ' jahanam budak ni panggil aku biul. kau tunggu'

" korang semua nak tahu tak. perempuan ni sebenarnya acah je yang tengku uwais tu abang dia. yang sebenarnya tak pun. dia ni perampas tau. saya ulang peram.. PANG!!!" belum sempat siti hawa ingin menghabiskan ayatnya, pipinya sudah ditampar oleh nadirah.

" kau jangan kurang ajar eh. kau tu yang tak sedar diri. duk terkejar-kejar kat abang aku. kau punya taksub tu sampai nak cabul abang aku. kau duk kehulur-kehilir rumah nenek aku semata-mata nak jumpa abang aku. hei hawa, aku nak cakap sikit jadi perempuan tu biar bermaruah sikit. jangan jadi macam budak baju kuning" marah nadirah. hampir saja dia memukul lebih teruk si siti hawa itu.

mujur ada tengku ameer yang memegangnya.  kalau tidak mungkin dah lembik si hawa tu. " kurang ajar kau perempuan. kau memang cari nahas. aku dah lama bersabar dengan kau" kata siti hawa dan ingin memukul nadirah. mujur saja tengku uwais memegang tangannya.

tengku uwais merentap tangan siti hawa " dahlah hawa. aku dah penat dengan kau. tak malu ke orang tengok? betul apa yang ira cakap . please, jadi perempuan bermaruah sikit. tolong jaga maruah kau. baik kau pergi cari lelaki yang lebih baik dari aku. pergilah. tolong jangan buat masalah lagi, lagi satu, pakaian kau tolonglah elok sikit. tak elok orang lelaki tengok." kata tengku uwais lembut.

siti hawa yang mendengarnya termalu sendirinya. belum pernah lelaki menegurnya sebegitu. hampir menangis dia disitu. dia melihat kearah nadirah. matanya penuh dengan api kemarahan. ' kau tunggu nadirah. aku akan malukan kau nanti' getus siti hawa dan bergegas pergi

nadirah yang melihatnya menarik nafas lega. belum pernah dia sebegitu setelah kejadian sebelum dia datang kesini. manakala tengku ameer terkesima dengan sikap nadirah yang baru dia lihat tadi. tidak sangka nadirah yang lembut boleh jadi garang sebegitu.

tetapi dia bersetuju dengan apa yang dikatakan nadirah tadi. siti hawa sudah terlebih taksub dengan tengku uwais. dia yang selalu membantu tengku uwais sekiranya dikacau oleh siti hawa semasa kecil sampai sekarang. kalau dia ditempat sahabatnya mungkin dia sudah lari keluar negara untuk menghindar perempuan gila itu. 

tetapi tengku uwais memberitahunya yang dia tidak mahu tinggalkan malaysia sebab dia ada mencintai seorang gadis disini. tetapi tidak diberitahu siapa. dia pula malas ingin mengambil tahu. biarlh rakannya membuat keputusan hidupnya sendiri.

setelah siti hawa beredar tengku uwais mula berpaling kearah nadirah dengan muka merah menyala menahan marah. ' haduh, ira. kau memang cari nahas.' getus nadirah. dia sudah terlupa yang dia ada membuat perjanjian dengan tengku uwais supaya tidak tidak membuat perangai sebegitu disini. tapi sekarang dia sudah mengingkarnya.

Throwback

" ira..." panggil tengku uwais. nadirah yang sedang membaca terganggu dengan panggilan tengku uwais. dia pun memalingkan muka dan mengangkat kening yang menyatakan 'ada apa'

tengku uwais merenung muka nadirah. " boleh tak kau janji dengan aku satu benda? kau kena janji yang kau tak akan pernah buat langsung benda ni" 

" apa dia??" tanya nadirah

" hurmm.. lepas ni kau jangan buat lagi macam kau buat kat ayah ngan mak tiri kau tu okay? tak baik tengki orang yang lebih tu. okay??" 

" hurmm.. insyaallah. tapi orang tak janji. kekadang tu orang macam tak boleh nak tahan marah orang. orang pun tak tahu kenapa. mungkin sebab lama sangat tahan kut." balas nadirah

"hurm.. yelah.. tapi jangan amalkan. tak baik. Allah tak suka orang yang jenis pemarah dan tak reti sabar. okay?" pesan tengku uwais lembut.

inilah sisi tengku uwais yang jarang orang tengok. bila kita tengok dari luaran dia, mungkin orang akan kata yang dia ni jenis dingin, sombong dan tak berperikemanusian. tetapi perangai dia sebenarnya baik. tersangat baik. dia akan bercakap lembut dengan orang dia dekat dan orang yang dia sayang.

habis throwback

" kau pun satu. aku dah pesankan. jangan buat perangai macam tu lagi. asal kau tak dengar sangat ni hah!!!. dah ah. aku dah tak ada mood nak makan. luth, jom balik. hilang selera aku " kata tengku uwais dan naik kedalam kereta tengku uwais.

" mak aii.. asal ngan aku dia nak emo pulak. ya allah, aku tahulah aku salah tapi... erghhh!!!" keluh nadirah. tengku ameer yang mendengar keluhan nadirah tertawa. makin cemberut muka nadirah." yang ni lagi satu. ada ke ketawakan orang. dahlah tengku. jum balik."

" aipp.. lupa ke saya suruh panggil apa tadi. hadehh.. sekejap je merajuk dia tu. nanti redalah tu. cuma ira kena pandai pujuk dia okay?. dah jum naik kereta." kata tengku ameer.

mereka pun balik ke padang polo istana kembali. sepanjang perjalanan pulang, memang boleh dikatakan sunyi gila. tiada seorang pun yang berani bersuara. tengku uwais apabila marah sememangnya menyeramkan.

setelah sampai ke padang polo, tengku uwais terus keluar dari kereta tengku ameer dan bereda masuk ke dalam keratanya dan keluar dari kwasan padang polo itu. tercengang mereka berdua melihat kereta tengku uwais yang semakin hilang.

"marah bebenor mamat tu" kata tengku ameer. Manakala nadirah pula sudah serba salah. Dia serta-merta meminta izin untuk pulang. Tujuan dia hanya satu, untuk minta maaf dengan tengku uwais.

"saya balik dululah teng...ehh.bang. Terima kasih sebab belanja makan"

"pergilah. Pujuk uwais tu. Dia tak merajuk lama-lama pun. Hati-hati bawa motor tu"

"baiklah.terima kasih sekali lagi"kata nadirah dan mula menaiki skuternya untuk pulang

Sesampainya di rumah nadirah melihat kereta tengku uwais sudah ada didalam parking. apabila dia masuk ke dalam rumah dia melihat tengku uwais tengah berbaring diatas sofa sambil menutup mata dengan lengannya

Perlahan-lahan nadirah mendekati. Sesampai nadirah dihadapannya, dia menjadi takut. ' acane kalau dia marah lagi? Kalau dia jerkah aku balik? Ahh..lantaklah' fikir nadirah

dia mula mencuit tengku uwais. "ab....abang..." panggil nadirah. Tengku uwais mengangkat tanganya. Dia hanya menjeling kepada nadirah dan mula bangun dan berjalan ketingkat atas tanpa sepatah perkataan pun.

nadirah sedikit berasa kecil hati. Tetapi tidak mengapa. memang itu salahnya. " biarlah dulu dia sejuk dulu.. malam nanti aku pujuk balik" kata nadirah dan naik ke biliknya


.............................

Ayokk... Nadirah buat tengku uwais merajuk.. Tapikan betul apa yang nadirah cakap kat si hawa tu? Betul tak? Si hawa pun satu. Geram pulak dengan perangai dia tu. Apa nak jadilah dengan dia tu.haishhhh

Pujaan hati tengkuWhere stories live. Discover now