Tengku uwais perlahan-lahan membuka pintu bilik Nadirah. dia menatap sekujur tubuh yang dia cintai sepenuh hatinya. dia tidak mahu pergi dekat dengan gadis itu sebab dia tahu, yang dia tak akan dapat tahan diri dia untuk menangis.
Setelah puas menatap, Tengku Uwais kembali menutup pintu. dia berpaling. dia melihat Ku Syarifah yang sedang menatapnya sayu.
"Uwais betul ke taknak kejutkan Ira dulu? taknak ucap selamat tinggal?" tanya Ku Syarifah.
" Tak apalah nek. nanti Uwais mesej je dia. Lagipun Uwais tak sampai hati nak kejutkan dia bangun. biarlah dia tidur. lagipun harinikan dia sekolah. nanti letih pulak dia sebab tak cukup tidur." kata Tengku Uwais sampai tersenyum hambar.
Ku Syarifah hampir saja menitiskan air matanya. Dia sebagai nenek, tahu isi hati cucunya yang satu ini.
"Uwais jaga diri dekat sana ye. janji dengan nenek yang kamu akan balik kesini kembali." kata nenek sambil memegang tangan Tengku Uwais. Dia sangatlah berat hati untuk melepaskan cucunya yang satu ini.
" Insya-Allah nek. Uwais pergi dulu. Nanti terlepas flight pula." kata Tengku Uwais dan terus menyalami Ku Syarifah.
Kini, kedua-duanya tidak lagi bisa menahan air mata. masing-masing meluahkan rasa dalam diri. setelah beberapa minit berpelukkan, akhirnya Tengku Uwais sekali lagi meminta diri.
Tengku Uwais sekali lagi melihat kearah pintu bilik Nadirah.
' selamat tinggal Ira. Aku tak janji yang aku dapat balik ke sini lagi dalam keadaan yang masih bernyawa. aku sayang kau Ira. lebih dari seorang adik.'
Nadirah membuka pintu bilik Tengku Uwais. Kosong. dia melihat di ruang tamu, masih tiada. begitu juga didapur dan laman rumah. dari pagi lagi dia tidak melihat Tengku Uwais. selepas balik sekolah pun begitu.
jangankan batang hidung. Bulu roma dia pun tak nampak.
Semasa sarapan, dia ada bertanya kepada Ku Syarifah tetapi neneknya hanya berdiam diri. Dia tidak sedap hati.
dia masuk kembali ke dalam bilik Tengku Uwais. dia membuka almari baju. tiada satu helai pun baju yang ditinggalkan.
dia melihat sekeliling. tiba-tiba matanya tertacap pada satu helaian kertas diatas katil. dia mengambilnya.
' Kehadapan Ira,
aku nak kau tahu bila kau dah baca surat ni, maksudnya aku dah tak ada dekat Malaysia. Jaga diri ye. Tolong tengokkan nenek sekali. aku amanatkan nenek dekat kau.
belajar baik-baik ye. Aku nak kau dapat straight A dalam SPM nanti. barulah kau boleh sambung belajar dekat korea tu and jumpa oppa korea kau tu.HAHAHA.
Aku harap kau tak cari aku. Dan kau jangan tunggu aku ye. Aku taknak kau berharap. Aku takut bila aku balik nanti hanya dengan jasad saja. Aku harap kau faham. aku pergi jauh bukan sebab aku tak sayangkan kau. aku sayang sangat-sangat. tapi aku sedang bertarung dengan nyawa aku.
aku tak tahu nasib aku macam mana nanti. selamat tinggal Ira sayang. aku sayang kau sampai hujung nyawa. kau tu pujaan hati Tengku uwais tahu. tapi aku sedar. aku tak akan pernah bersama dengan kau. Aku harap sangat yang Ameer boleh jaga dan sayang kau macam mana aku jaga dan sayang kau.
dan terakhir, terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih sebab pernah muncul dalam hidup aku. terima kasih sebab bahagiakan hari-hari aku. aku sayang kau.
yang benar,
Uwais '
Berderai air mata Nadirah. Dia berasa bersalah. Dia tidak pernah tahu tentang penyakit Tengku Uwais. Kenapa dia rahsiakan?
sekarang dia tahu kenapa perangai Tengku Uwais berubah 360 darjah. dia tak nak Nadirah sedih apabila dia tinggalkannya.
" kau taknak aku sedih Uwais, tapi sebenarnya kau dah buat hati aku hancur!! kenapa kau tak beritahu langsung tentang penyakit kau?? kau sakit apa Uwais? kau sakit apa!!" jerit Nadirah sambil memeluk surat itu.
Ku Syarifah masuk ke dalam bilik Tengku Uwais setelah mendengar suara Nadirah menjerit.
" Ira!! Ya Allah cu. kenapa ni??" Ku Syarifah terus memeluk Nadirah yang sedang menangis itu.
" Uwais nek.. kenapa dia tinggalkan Ira nek? Ira tak sempat pun nak minta maaf. kenapa dia tak beritahu dia nak pergi nek? dia sakit apa nek? teruk sangat ke nek? jom kita pergi cari dia nek. dia perlukan kita nek." kata ira seraya ingin bangun.
" Ira.. dengar cakap nenek. Uwais tak tinggalkan kita cu. dia hanya pergi rawat penyakit dia. dia dah janji yang dia akan balik sini nanti. sabar ye. kita hanya perlu tunggu saja dekat sini. okay sayang?" pujuk Ku Syarifah.
" kenapa nek. Ira sayang Uwais. kenapa dia buat Ira macam ni."kata Nadirah lagi sambil memeluk neneknya.
akhirnya kedua-duanya berpelukkan dan tenggelam dalam dunia tangisan.
' aku akan tunggu kau Uwais. Aku pun sayangkan kau. jaga diri kau baik-baik ye.'
continue..
--------------------------------------------------------------------------------
hai korang!! long time no see. hope bab ni blh puaskn hati korang tau. sorry sebab lama tak update. bubye chingu
YOU ARE READING
Pujaan hati tengku
FantasyMengisahkan tentang seorang gadis yang selalu dibuli dan dihina oleh orang sekeliling dan seorang putera diraja yang disanjung dan dihormati oleh semua orang si gadis seorang yang gemok dan selalu diejek badak air. Manakala si sang putera pula digel...