Part 10

254 22 0
                                    

Nadirah berdebar-debar di depan bilik tengku uwais. Dia tak tahu macam mana nak minta maaf. Dia takut kalau tengku uwais tak mahu maafkannya.

Dia menarik nafas dan menutup mata menandakan dia bersedia tetapi masih ragu. Dengan perlahan dan mula mengetuk pintu.

Tetapi pintu tu macam lain. Dia lembut. Lepastu bila ketuk tak bunyi. Pelik..

Nadirah membuka semula matanya. Terkejut sebab tadi dia bukan ketuk pintu tapi perut tengku uwais. erk.... Apakah??

Nadirah tersengih dan mula mengalihkan tangannya ke belakang. dia menyedari yang tatapan tengku uwais itu menandakan yang dia tidak mahu diganggu.

Nadirah berundur kebelakang apabila tengku uwais ingin keluar dari biliknya. Nadirah memberanikan diri untuk bersuara.

"ab....abangg..." panggilan Nadirah berjaya menghentikan langkah tengku uwais. Tetapi tak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Nadirah memberanikan lagi dirinya untuk bersuara.

"abang.....orang nak mintak maaf. Orang tahu orang salah. Tapi janganlah buat orang camni. Please... Orang janji takkan buat lagi. Orang akan ikut dan dengar cakap abang.. I'm promise..." kata Nadirah tapi hanya sebuah senyuman sinis diberikan. Setelah itu tengku uwais terus ke bawah tanpa menghiraukan Nadirah.

"hurmm... Tak apalah.. esoklah pulak aku pujuk dia" kata nadirah dan mula masuk ke biliknya.

Esok

"good morning everything" sapa nadirah apabila sampai dimeja makan. disitu hanya ada ku syarifah dan tengku uwais. Biasalahh...

"good morning sayang nenek.. mari makan meh. favorite kamu khas nenek buat untuk kamu. Nasi goreng kampung."kata ku syarifah sambil menyendokkan nasi ke dalam pinggan dan diberikan kepada nadirah. dengan hati yang berbunga nadirah makan pagi itu.

"kamu pula uwais dah kenapa. Asal tak makan nasi tu? Tak sedap ke?" tanya ku syarifah

"takdelah nek.. Uwais tak ada selera. Ira cepat makan nanti lambat aku nak pi kerja" kata tengku uwais tanpa memandang nadirah. sedikit terasa dengan sikap tengku uwais tetapi hanya diabaikan oleh nadirah. biarlah. memang salah dia. tapi yang lagi pelik sekarang ni, tengku uwais bekerja? bukan dia bru 21 tahun ke?

" aikk?? abang bukan belajar lagi ke? abang kerja apa? kat mana?" tanya nadirah. pelik juga dia apabila melihat tengku uwais memakai baju kemeja. tersangat hensem anak orang seorang ni.

tetapi soalan nadirah langsung tidak diendahkan. makin kecil hati nadirah dengan sikap tengku uwais. nadirah pun mula menunduk dan menyambung makanannya semula dengan perlahan. ku syarifah yang melihat keadaan mereka mengeleng. 'pasti ada yang tak kena dengan budak dua orang ni. kalau tak mesti selalu nising je diorang ni.' getus ku syarifah

" kamu dah kenapa uwais? adik kamu tanya tu. kenapa tak jawab? tak uwais nak pergi bekerja dekat syarikat papa dia yang kat sini. ada masalah sikit. dah alang-alang dia duduk sini, so dia handlelah untuk sementara waktu. nanti bila abang fawas datang dia yang akan handle balik syarikat tu." kata ku syarifah.

ouh.. lupa nak bagitahu yang tengku uwais ada abang yang berumur 25 tahun. tengku fawas luthfi. dia menetap di paris menguruskan syarikat keluarga mereka yang disana. masih bujang. siapa nak booking untuk jadi pakwe boleh bagitahu saya. hehehehe.. okay back to story.

" hah!!! abang fawas nak balik?? betul ke? wah!! rindunya kat abang fawas.. lama dah tak jumpa. last sekali jumpa masa raya tahun lepas. tapi orang tu je tak balik. sebab busy." kata nadirah sambil menjeling kearah tengku uwais. manakala tengktu uwais hanya membuat muka biasa sambil menyisip sedikit teh yang disediakan.

Pujaan hati tengkuWhere stories live. Discover now