BY ; LUVYEONLIX_
“Morning sayangg bangun lah matahari dah naik ni”. Kata aku sambil mengucup lembut bibir suamiku.
“Alaaa hari ini kan cuti, malas lah”. Balas han lalu menyarungkan selimut seluruh tubuh badannya. Aku menyelak langsir di bilik kami dan matahari terik menyinari bilik kami.
“Arghhh sayang silau lah”. Rungut han. Aku hanya tergelak sahaja melihat gelagatnya.
“Dah tahu silau tu bangun lah mandi saya nak masak sarapan”. Kata aku yang ingin turun ke dapur tetapi han menahanku.
“Jom teman saya mandi”. Balas han yang tersenyum nakal. Aku memukul lembut lengannya.
“Jangan nak mengada, mandi sendiri”. Kata aku lalu melepaskan genggaman han dan pergi ke dapur untuk memasak sarapan.
Selepas aku siap menghidangkan sarapan, aku ternampak han turun dengan rambut basahnya.
“Dah mandi pun baby besar ni, meh makan”. Kata aku lalu han duduk dihadapan aku.
“Erm sayang”. Panggil han yang memecahkan kesunyian.
“Ye, nak apa?”. Sahut aku lalu memandangkan tepat ke arah matanya.
“Walaupun sayang hidup tak lama saya nak cakap yang saya gembira yang awak dah kembali kepada saya”. Kata han. Aku tersenyum. Aku tau han hidupkan aku ini pun tidak lama, hanya sementara.
“Dengan sisa masa yang kita ada ni, saya nak luangkan masa dengan awak, jom kita pergi pantai”. Kata han lagi.
“Jom, kita siap-siap cepat”. Kata aku. Kami bersiap-siap dan mengenakan baju yang lebih kurang sama.
YOU ARE READING
『 C 』 SKZ AF; ❛Mistake Wedding❜
Fanfiction"I will sacrifice to get you back." STATUS: Completed✅ START: 11/05/2021 END: 06/06/2021