BY ; LINOLVR
Aku mengemas rumah Hwa yang agak bersepah. Dia ni kan billionaire tapi rumah macam gelendangan.
Setelah selesai, aku pon pergi ke dapur untuk tengok barang ii dapur. Lahhh semua dah nak habis ni. Baik aku pergi beli.
Aku pon mencatat apa yang nak dibeli. Waduh, Hwa kerja pulak. Takpelah pakai duit aku dulu nanti aku suruh dia bayar.
Aku bersiap untuk ke kedai runcit berdekatan. Aku mengeluh dan mulakan enjin. Entah kenapa aku sejak kebelakangan ni aku asyik mengeluh je.
"Mungkin aku penat sangat la kot."
Aku pergi ke kedai runcit untuk membeli peralatan rumah. Setelah selesai membeli, aku pon meletakkan barang ii di dalam boot kereta.
Aku baru nak buka pintu kereta tiba ii, aku berasa sakit di bahagian perut aku.
"Kenapa dengan perut aku ni? Aku bukan nak membuang tapi memang sakit sangat." Desis hati aku sambil meneran kesakitan. Aku rebah dan pengsan di situ.
Sebelum aku menutup mata, aku mendengar suara orang ramai.
"Call ambulance cepat!"
❤💙💛
"Cik Choi? Awak dah sedar?"
Aku mendengar suara seseorang di sebelahku.
"Sugar?"
Aku mendengar suara Seonghwa juga. Aku membuka mata perlahan dan apa yang aku nampak ialah semua berwarna putih.
"Sugar baguslah kau dah sedar." Kata Seonghwa.
"Kenapa saya kat sini?" soal aku.
"Cik Choi, boleh saya tanya sesuatu pada awak?" soal doktor. Aku hanya mengangguk.
"Awak ada rasa senggugut yang teruk masa datang bulan?" soal doktor itu.
"Selalu jugak doktor. Kadang ii hari ke 3 pon masih ada." Kata aku jujur. Setelah doktor itu bertanyakan pelbagai soalan, doktor itu hanya mengeluh.
"Cik Choi, Encik Park. Saya harap keputusan yang saya akan bagitau ni, jangan mudah putus asa." Kata doktor itu lagi.
"Kenapa doktor?" soal Seonghwa.
"Cik Choi, awak menghidap penyakit kanser rahim tahap ketiga, dan hampir masuk ke tahap kritikal." Kata doktor itu. Aku terkejut
"K-kanser rahim?"
"Doktor, adakah penyakit kawan saya akan sembuh?" soal Seonghwa.
"Bergantung kepada pesakit juga. Jika tiada apa ii saya minta diri dulu." Kata doktor itu dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
『 C 』 SKZ AF; ❛Mistake Wedding❜
Fanfiction"I will sacrifice to get you back." STATUS: Completed✅ START: 11/05/2021 END: 06/06/2021