BY ; LINOLVR
Aku selesai menyediakan sarapan buat kami. Tak lama kemudian, Chan turun ke bawah.
"Morning Minji." sapanya.
"Morning Chan." jawabku sambil meletakkan makanan di atas meja.
"Sedapnya..." katanya lagi lalu mengambil pinggan untuk makan.
"Alaa awak ni, tak habis ii nak puji saya." kata aku. Dia hanya tersengih dan kami pon makan bersama.
"Chan, boleh tak hari ni saya nak pergi beli barang dapur?" soal aku. Dia hanya mengangguk.
"Boleh tapi saya ada meeting dengan director." katanya lagi. Aku hanya menggeleng.
"Takpe, saya boleh pergi sendiri. Awak pergi je la meeting tu." kata aku lagi.
"Baby, are you sure?" soalnya. Aku hanya mengangguk.
"Saya boleh jaga diri. Awak pergi je kerja tu." kata aku, cuba untuk meyakinkan dia. Dia pon mengangguk dan kami pon sambung makan.
Selepas makan, Chan pon pergi ke tempat kerjanya sementara aku pula bersiap untuk ke mart terdekat untuk membeli barang dapur sedikit.
Aku mengambil bas untuk ke mart since mart tu jauh dari rumah. Takkan la nak jalan kaki pulak kan? Setelah aku tiba di mart, aku pon membeli keperluan rumah.
"Hurmm Chan nak makan buah dengan sayur je untuk dinner ni. Haihh dia ni." desis hati aku. Aku pon mencari buah-buahan dan sayur-sayuran untuk makan malam. Setelah itu, aku terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Setelah itu, aku pon keluar dari mart itu dan ingin ke perhentian bas di seberang jalan. Aku menunggu lampu isyarat untuk melintas.
Setelah isyarat bertukar menjadi hijau, aku pon melintas untuk ke seberang. Tiba ii, guni yang di dalamnya ada buah-buahan yang aku beli tu terkoyak.
Aku cepat ii kutip buah-buahan tu dan tanpa aku sedar, lampu isyarat untuk pejalan kaki berubah menjadi warna merah.
Tiba ii, ada sebuah kereta yang dipandu laju menghampiri aku. Aku tak tau nak buat apa dan hanya memejamkan mata. Tiba ii, aku di dalam pelukan seseorang.
Di situasi Chan
Aku baru sahaja selesai meeting. Aku hanya mengetap bibir. Sejak dari tadi aku rasa tak sedap hati. Aku cepat ii mengambil telefon bimbit aku dan cuba untuk call Minji tapi...
"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..."
Ishhhh Minji, kenapa tak angkat call? Aku cepat ii bergegas pulang ke rumah. Dalam perjalanan balik, aduhh jam pulak.
Aku memandang ke atas. Ahhh traffic light ke? Aku pon menunggu. Tiba ii, aku ternampak ada satu sosok yang sedang mengutip buah-buahan yang terjatuh di atas jalan.
YOU ARE READING
『 C 』 SKZ AF; ❛Mistake Wedding❜
Fanfiction"I will sacrifice to get you back." STATUS: Completed✅ START: 11/05/2021 END: 06/06/2021