TEASER 1
"Saya akan ganti balik duit untuk makanan itu. Macam mana saya boleh bayar balik jasa Encik?" tanya Yasmin.
"Tak payahlah. I rasa lepas ini kita tak akan jumpa lagi dah." Nash menolak.
Rasanya, selepas ini dia lebih banyak uruskan isu kerja di Malaysia. Bukan selalu pun dia turun US. Hanya sesekali apabila keadaan memerlukan.
Namun, Yasmin yang mendengar terus tersentak. Rasa tercacak telinga dengan ayat Nash itu.
"Eh, mana boleh macam itu. Bukan sikit apa yang Encik buat hari ini. Takkanlah saya nak terima semuanya macam itu aje?"
"Tak apa. Seriously. You kan kakak sayang adik I. Anggap aje I tolong kakak angkat Zara, okey?"
Yasmin terus menggeleng. "Tak. Saya tak nak terhutang budi. Mungkin ia kecil untuk Encik, tapi ia jumlah yang besar untuk saya. Mungkin duit saya tak ada nilai pada Encik, tapi saya tetap nak bayar." Yasmin merayu perlahan.
Nash pula yang menggeleng. Dah melencong pula fikiran si Yasmin ini. Mana pernah dia fikir macam itu.
Akhirnya, nafas dihela perlahan. "Okey, macam inilah. I sendiri tak pasti kita akan berjumpa lagi atau tak. Kalau kita jumpa lagi, you boleh lunaskan hutang you. Kalau tak, you anggap saja I halalkan segala-galanya. Okey?" tawar Nash.
Yasmin ingin membantah namun Nash laju memintas. "Take it or leave it?" Nash memberi kata putus.
Yasmin mengeluh perlahan. Bila Nash dah memasang riak tegas, rasanya seribu alasan yang dia beri pun, Nash langsung takkan terima.
"Saya harap saya boleh dapat peluang untuk bayar hutang Encik." Yasmin bersuara perlahan. Berharap akan ada pertemuan kedua antara mereka. Sungguh, dia tak selesa hidup berhutang.
Nash sekadar tersenyum segaris. Terdiam seketika, sambil hati mula mengharapkan perkara yang sama.
Berharap agar ada pertemuan kedua antara mereka. Bukan kerana hutang, tapi kerana gadis itu.
Ya, dia mahu berjumpa Yasmin lagi selepas ini.
YOU ARE READING
Cinta Berganti Nyawa
RomanceBetul kata orang, cinta tak semestinya memiliki. Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang mendendaminya berpuluh tahun la...