Bab 4

484 38 0
                                    


AMERIKA SYARIKAT.

HAMPIR sebulan masa diambil untuk merancang showroom ini, dan Yasmin tekad mahu semuanya berjalan dengan lancar, terutamanya pada malam pelancaran hari ini.

Tak cukup tangan dia menguruskan semuanya agar tersusun rapi. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam, dan golongan VIP akan tiba tak lama lagi. Segala jenis booth sudah tersusun di dalam dewan itu, bersedia melayan pengunjung yang akan datang menyinggah.

"Lighting crew." Yasmin bersuara melalui walkey-talkey di tangan.

Tak sampai sesaat, panggilannya terus bersambut. "Clear." Dijawab ringkas oleh sekumpulan krew yang menjaga bahagian pencahayaan.

"Emergency crew?"

"Clear."

"Backdrop?"

"Clear." Satu-persatu diperiksa Yasmin sebelum kepalanya terangguk perlahan setelah dia berpuas hati. Mata tak lepas dari memandang setiap booth yang ada agar berada dalam keadaan tersusun. Kalut, tetapi tetap berpuas hati.

Semuanya berjalang mengikut perancangan.

"Am I late?"

Satu suara garau menegur dari belakang, membuatkan Yasmin laju memusingkan tubuh. Muncul seraut wajah yang sudah hampir seminggu tak dilihatnya. Dan hari ini, dia tampil jauh lebih segak dari sebelum ini. Sepersalinan sut baldu berwarna hitam membalut tubuh tegapnya bersama cuff link keemasan di hujung lengan.

Kacak.

Yasmin berdehem perlahan. Spontan kaki terundur dua tapak ke belakang apabila menyedari kedudukan mereka yang agak rapat. Walaupun kekok, segaris senyuman cuba diukir.

"Just in time." Yasmin membalas perlahan.

Nash senyum segaris seraya melarikan pandangan ke sekeliling dewan. "So, ini semua hasil kerja you?" tanya Nash seraya melangkah perlahan-lahan.

Spontan, Yasmin turut sama berjalan, mengiringi langkah panjang itu.

"Bukan sepenuhnya usaha saya. A teamwork effort."

Nash terangguk perlahan. Sempat mata menangkap beberapa orang ahli korporat yang sedang rancak berbual di satu tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka. Semuanya nampak teratur dan terancang teliti.

"Apa booth yang ada?" tanya Nash. Sekadar bertanya, walaupun semua ini bukanlah minatnya. Otaknya lebih kepada angka dan carta kira-kira, bukannya penerangan saintifik seperti yang sedang dijalankan di sini.

"Ada macam-macam yang Encik boleh tengok. Antaranya, booth derma darah, pembedahan katak dan tikus, diet, makanan ringan dan beberapa aktiviti lain yang berkaitan dengan kesedaran kesihatan." Jari Yasmin naik menunjuk ke beberapa booth yang ada di situ. Semuanya sedang dilawati oleh pengunjung-pengunjung dari luar.

"Ada yang Encik nak tengok?" Yasmin membuka tawaran. Kalau tengok dari riak muka Nash, rasanya dia boleh nampak yang semua ini di luar bidang lelaki itu. Langsung tak nampak teruja atau berminat.

Tapi, kalau tak suka, kenapa dia hadir juga? Sedangkan Nash boleh aje hantar wakil dari syarikatnya ke acara ini.

Nash diam seketika. Berfikir. Rasanya, dalam banyak-banyak benda, hanya aktiviti derma darah yang menarik perhatiannya. Sebab itu saja yang paling tak membosankan.

"I nak derma darah."

Yasmin terangguk perlahan. Tangan terus naik lalu satu booth ditunjuk kepada Nash.

Cinta Berganti NyawaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang