DUDUK berhadapan dengan Dr. Uzzam, Yasmin dapat rasakan jantungnya berdegup kencang. Pertama kali dia jejakkan kaki ke pejabat senior consultant doctor ini kerana tiba-tiba dipanggil tanpa tahu apa sebabnya.
Takkanlah dia nak dikenakan tindakan disiplin? Baru beberapa minggu bekerja di sini, rasanya dia tak ada buat sebarang kesilapan lagi.
Tak lama kemudian, pintu pejabat itu terbuka dari luar. Satu lagi susuk tubuh masuk ke dalam dan mengambil tempat di sebelah Yasmin. Semerta tubuhnya terkaku menyedari gerangan yang kini di sisinya itu.
Aidil?
Suasana sekeliling bagaikan berubah untuk seketika. Dunia terasa kecil apabila dia berada di ruang yang sama dengan Aidil.
Sayangnya, semua itu hanya dirasakan Yasmin seorang. Sementara Dr. Uzzam terus menghulur senyum kepada dua orang doktor muda di hadapannya itu.
"Disebabkan you berdua dah ada, jadi kita mulakan perbincangan sekarang, ya." Dr. Uzzam mulakan ayatnya dengan mukadimah yang membuatkan mata Aidil spontan terlirik ke arah Yasmin. Dahi berkerut sedikit.
Kalau betul ada perbincangan, kenapa dia dikaitkan dengan Yasmin?
"Dua hari lepas, wakil dari ZD Construction datang jumpa I. Previously, ZD's personal doctor is Dr. Tahir. Tapi, sejak Dr. Tahir dapat tawaran untuk berkhidmat di hospital luar negara, jadi syarikat ini mencari doktor yang baru sebagai medical team mereka. Dan, dia pilih you berdua."
Yasmin berkerut. Dia tak faham. Medical team untuk apa? Dan, kenapa dia sedangkan ada ramai lagi doktor lain yang lebih berpengalaman? Yang paling penting, adakah hanya mereka berdua sahaja yang terlibat? Jadi dia akan sentiasa bekerja dengan Aidil?
"Medical team itu untuk apa ya, Dr. Uzzam?" Yasmin bertanya sopan. Buatnya silap tanya, mahu kena murka dengan orang berjawatan besar di depannya ini.
"Simply put, it's a special doctor assigned for a certain company. For example, if there is any injury happening within the staff, you kena pergi ke syarikat itu untuk beri rawatan. But, we're gonna provide a team if some injuries or emergencies are in a big scale," kata Dr. Uzzam.
Yasmin terangguk perlahan. Sekadar faham ala kadar, tapi masih tak dapat bayangkan apa kerja yang perlu dibuatnya.
"Saya kena pindah ke syarikat itu ke?" Soalan agak bodoh sebenarnya.
Dr. Uzzam tergelak seraya menggeleng. "Bukannya mereka itu emergency 24/7. Bila diperlukan, mereka akan call and both of you can help giving the treatment. Senang cerita, kalau bos besar pitam ke, you kena datang check lah. Both of you," kata Dr. Uzzam.
Aidil sekadar mengangguk, tak banyak tanya. Dia tidak asing dengan istilah itu, tapi ini pasti agak baru bagi Yasmin.
"Bukan ke saya masih mentah? Kenapa tak pilih doktor yang lebih berpengalaman daripada saya?" tanya Yasmin.
Yalah, nama pun untuk syarikat besar, mestilah kerja kena tiptop. Dia sekadar doktor pelatih. Berbaloi ke memilih dia? Satu lagi, kalau boleh dia hendak mengelak daripada bekerja bersama Aidil.
"Well, dia pilih Dr. Aidil sebagai main doctor dan you akan assist dia. Dia kata dia tahu you dari Harvard, that's why he chose you as the assistant," kata Dr. Uzzam.
Yasmin terangguk perlahan. Nak menolak, tapi segan. Aidil pun tak banyak bunyi, takkanlah dia yang masih baru ini nak berbunyi lebih-lebih?
"So, here's the contract. You berdua kena tandatangan sebelum officially jadi their medical team by Monday next week. Gaji pun dah tertera dalam kontrak itu," kata Dr. Uzzam seraya menyerahkan sekeping sampul surat A4 berwarna perang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Berganti Nyawa
Roman d'amourBetul kata orang, cinta tak semestinya memiliki. Gadis yang sering berkaca mata itu tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Itulah yang terjadi tatkala dia dalam buruan seorang lelaki yang mendendaminya berpuluh tahun la...