Bab 7

438 28 0
                                    

"HAVE a seat, Mr. Nash," pelawa Dr. Uzzam sambil tangan menunjuk ke arah kerusi yang kosong di hadapannya. Turut sama melabuhkan duduk di atas kerusi, kedua tangannya disatukan di atas meja sebelum dia berdehem perlahan untuk membuka mulut.

"Apa yang saya boleh bantu Encik Nash?" tanya Dr. Uzzam, kekal memasang nada ramah pada lelaki yang sudah bertahun menjadi klien syarikat mereka ini.

"Boleh I tahu Dr. Tahir masih ada di sini atau tidak?" tanya Nash, penuh profesional tapi masih tenang dan ramah.

Dr. Uzzam terus tersenyum. "Unfortunately, no. He already flew off to America two days ago," kata Dr. Uzzam.

"What a shame. He's been doing his job with me well for five years. Susah pula nak cari pengganti," kata Nash. Dr. Tahir adalah doktor yang diupah untuk syarikatnya. Kalau sakit, Dr. Tahir dan team yang akan datang merawat. Seorang doktor yang benar-benar berpengalaman.

"He's a very well-skilled doctor," tambah Dr. Uzzam.

Nash mengangguk setuju. Tapi, dah nama pun berpengalaman. Pasti ramai yang mencari. Sehinggalah Dr. Tahir menerima tawaran untuk bekerja sebagai doktor di salah sebuah hospital terbaik di Ireland.

Jadi, nak tak nak, terpaksalah dia mencari doktor untuk menggantikan Dr. Tahir sebagai medical team dalam syarikatnya. Memang sengaja dia melantik satu medical team khas untuk semua pekerja-pekerjanya demi kebajikan mereka. Jadi, kalau ada sebarang masalah, Dr. Tahirlah yang akan terus dirujuk.

"Hari ini, ada kemasukan doktor baru. Menggantikan Dr. Tahir. Namanya Dr. Aidil. Lepasan dari Harvard. Bekerja pun di sana untuk beberapa tahun, dan akhirnya ditugaskan di Malaysia pula. So, I really recommend him to replace Dr. Tahir."

Dalam banyak-banyak doktor yang ada, rasanya Aidil antara doktor yang terbaik yang boleh dia tawarkan pada Nash. Sebolehnya, dia mahu berikan servis yang terbaik untuk syarikat lelaki itu.

Bukan dia tak tahu skala syarikat Nash. Cukup besar, dan dia cukup berbangga apabila syarikat itu mahu menggunakan khidmat kedoktoran dari hospital mereka. Bukan hanya sebab bayaran yang cukup berpatutan, tapi dia dah tahu sangat tahap profesionalisme seorang Nash Dzulkarnain.

Nash terangguk perlahan. Apabila Dr. Uzzam menghulurkan fail milik Aidil kepadanya, dia sekadar membelek sekilas sebelum ditutup semula. Hakikatnya, ada benda lain yang dia rancangkan hari ini.

Untuk seketika, Nash berdehem perlahan. "He looks good, but boleh I minta extra workforce?" tanya Nash.

"Maksud you? You nak lebih banyak doktor?"

Nash tersenyum. "Bukanlah 'lebih banyak', but just another one. I aim for more efficiency from the medical team. But, don't worry. Double the workforce, double the pay," kata Nash tenang.

Dia tahu Dr. Uzzam tak bertanya direct tentang pembayaran, tapi adat perniagaan. Apa-apa persepakatan yang dibuat perlu mendatangkan keuntungan buat kedua-dua pihak.

Dr. Uzzam terangguk perlahan. Rasanya, tak ada masalah pun untuk memilih seorang lagi doktor untuk membantu Aidil nanti.

"Kalau itu yang you nak, I pun tak ada masalah. Kebetulan pula, kami memang ada doktor pelatih baru dua minggu lepas. Bahkan, ada yang datang dari Harvard juga. Well, I think she can be a pretty good assistant to Dr. Aidil."

Terus Nash tersenyum. Tak perlu susah payah dia meminta, Dr. Uzzam sendiri sukarela mencadangkan nama Yasmin. Hakikatnya, memang itu tujuannya meminta extra workforce bagi pasukan medikal syarikatnya kali ini.

Cinta Berganti NyawaWhere stories live. Discover now