Bab 10

717 42 5
                                    

"HOW'S LIFE?"

Yasmin tersentak. Terus kaku tangan yang sedang menulis sesuatu di atas patient card di tangan. Mata melirik ke arah Aidil di sebelah. Tidak memandangnya, sebaliknya sibuk membaca xray film milik salah seorang pesakitnya.

Spontan, Yasmin berdehem perlahan. Aidil nak buat sesi jejak di sini ke?

"Maksud Doktor?" tanya Yasmin semula. Suara dikekalkan mendatar.

Aidil mengangkat bahu. "Soalan simple. Macam mana hidup you sekarang?"

"Biasa aje." Yasmin membalas seadanya. Hampir dia menyinis dengan soalan itu. Masih boleh tanya tentang kehidupannya selepas apa yang terjadi antara mereka dahulu?

"Dah ada kekasih?"

Sekali lagi, Yasmin tersentak. Dari menunduk, kepala terus diangkat.

"Kenapa Doktor kena tahu hal peribadi saya?"

Aidil tersenyum sinis. "Bukan awak ke yang selalu cerita hal peribadi awak pada saya?" Pertanyaan Aidil berbaur sinis.

"Sebab saya yang bodoh dulu." Laju Yasmin menjawab. Namun, suara tetap tak ditinggikan. Takut menjentik emosi Aidil. Lelaki tetap lelaki.

Aidil tergelak sinis. "Baru sekarang ke sedar?"

"Lepas apa yang jadi, mustahil saya takkan sedar kebodohan saya sendiri," balas Yasmin lagi. Memang betul dia yang bodoh mempercayai Aidil begitu sahaja sedangkan Aidil tak jauh beza dengan lelaki lain di luar sana.

"Siapa lelaki itu?"

Huh? Dahi Yasmin berkerut. Soalan Aidil ini melencong ke mana pula? Lelaki mana?

"Siapa lelaki yang awak jumpa dalam lif hari itu?" Soalan diulang dengan lebih spesifik.

Tak perlu sesaat, terus kepala Yasmin teringatkan saat mereka bertiga di dalam satu lif tempoh hari.

Nash? Jadi, kenapa dengan Nash?

"Bukan urusan doktor." Yasmin membalas senada.

"Awak ingat ada lelaki yang akan terima awak ke, Yasmin?" Suara Aidil menyinis, namun pada yang sama, ada nada penuh peringatan di situ.

Hati Yasmin kembali berdarah. Lelaki ini akan terus menyedarkannya tentang siapa dia sehingga ke akhir hayatnya. "Kenapa? Sebab doktor ingat hanya doktor yang sempurna dalam dunia ini? Saya perlu terkejar-kejarkan doktor sebab hanya doktor yang nakkan saya?" tanya Yasmin perlahan, tetapi berani.

"Awak masih ingat saya nakkan awak ke, Yasmin?" Sinis suara Aidil bertanya.

Yasmin mengetap bibir sebelum nafas dihela panjang. Cuba untuk menyabarkan diri daripada membalas. Malas nak menyambung perbualan tanpa arah begini.

"Doktor tak perlu masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang pernah terjadi dulu hanya untuk puaskan ego doktor saja, kan? Jadi, kenapa doktor kena ungkit balik? Anggap saja yang doktor tak pernah kenal manusia bodoh sombong macam saya," kata Yasmin sebelum terus membuka pintu dan berlalu keluar.

Sempat telinganya menangkap bunyi dentuman kuat dari meja Aidil apabila ditumbuk keras oleh tangan itu. Namun, sikit pun dia tak berpaling. Malas nak melayan emosi tak stabil lelaki itu.

Tutup sahaja pintu bilik itu, terus Yasmin menghela nafas panjang. Tangan naik mengusap dada, cuba menenangkan diri.

Sampai bila-bila pun, dia takkan pernah lupa apa yang Aidil pernah lakukan pada dia. Kepercayaan yang pernah dihancurkan, takkan pernah kembali seperti asal!

Cinta Berganti NyawaWhere stories live. Discover now