BAB19

32 3 0
                                    

"Apa yang awak telah buat ni Mah. Saya tahu ni semua kerja awak kan?, Sanggup awak buat macam ni kalau Qistina tu mati apa awak dapat hah, fikir guna otak lah Mah yang kamu buat tu cucu kamu bukan orang lain, darah daging kamu, kamu ni semakin saya biar semakin  melampau apa yang Qistina lakukan kepada awak sampai awak sanggup buat dia macam tu". Kata Tan Sri razak kepada Puan Sri Mahani dia tidak dapat bedungkan rasa kecewamya terhadap insan yang dia sayangi.

"Abang ni sesedap rasa abang je tuduh saya abang ada bukti ke?. Abang cakap macam saya ni tak ada hati perut. Entah-entah kena belasah dengan jantan lepastu balik-balik cakap saya buat memang tak guna lah budak tu. Awak ni jangan terlalu percaya sangat kata-kata budak tu. Abang percayakan dia sampai sanggup tuduh saya macam-macam tak apa lah abang kalau abang rasa saya ni tak penting lagi saya boleh keluar dari rumah ni abang duduk lah dengan cucu kesayangan abang tu saya sedar saya ni sapa". Kata Puan Sri Mahani sambil mengesat air mata palsunya dia tahu jika berlakon pasti Tan Sri Razak akan memujuknya.

"Awak tak payah nak buat drama tak berbayar awak dekat sini. Awak ingat saya bodoh sangat kat rumah ni ada cctv dan rakaman suara saya dh nampak semuanya awak dan dh dengar apa yang awak buat awak yang call wahida kan?. Awak cakap Qistina keluar dengan jantan lepas tu wahida datang pukul Qistina tanpa tanya apa-apa. Awak jangan ingat saya tak tahu bukti-bukti ni saya boleh heret awal kepenjara!. Saya kecewa dengan awak apa yang awak dapat buat Qistina macam tu".kata Tan Sri Razak dengan nada yang bercampur baur.

"Abang abang tolong jangan buat macam tu ye saya mengaku saya salah saya janji saya tak akan ulanginya saya akan berbaik dengan Qistina tapi tolong jangan bawak kes ni ke mahkamah. Lagipun bukan salah saya wahida yang pukul dia saya tak buat apa-apa pun abang, tolong la abang". kata Puan Sri Mahani separa merayu kerana dia tahu jika Tan Sri berkata sedemikian pasti akan dia lakukannya. Dia cukup masak dengan tingkah laku Tan Sri Razak hampir 30tahun hidup bersama.

_________________________________________

"Ke mana budak ni off dah 2hari biasanya tiap-tiap hari ada whatsapp dari dia, dia sentiasa menjadi penyemak hidup aku. Aishh kalau dia chat aku yang serabut tapi bila dia tak chat aku rasa macam ada sesuatu yang buruk berlaku, aihh apa aku merepek ni".Desis Puteri. Dengan pantas mengambil telefon pintar lalu menghantar whatsapp kepada Farisha.

Dia dan Farisha bergegas kerumah atok Qistina untuk mengetahui keadaan sebenar Qistina. Setibanya dirumah atok Qistina mereka memberi salam lalu keluarlah wajah tua yang suram. "Ye Puteri cari Qistina ke?". Tanya atok kepada dua orang gadis yang berdiri dihadapan pintu masuk. "Ye tok kami mesej dia dari semalam lagi tak balas dan kami call pun tak jawab tu yang kami datang, dia ada kat dalam ke tok?". Tanya Puteri. "Qistina masuk hospital. Sekarang dia masih dalam unit rawatan rapi dan masih tidak sedarkan diri kalau kamu nak pergi melawat jom la naik kereta sekali dengan atok lagipun atok pun kebetulan atok nak melawat dia". Kata atok. "Tak apa ke atok kereta atok semua mewah-mewah kami ni tak biasa,kami cuma orang biasa". Jawab Farisha setelah sekian lama mendiamkan diri." Laa kenapa pulak, tak ada apa lah, kereta je bukan boleh bawak masuk kubur pun. Dah-dah jom naik". Kata atok.

_________________________________________

Air mata terus mengalir tanpa henti. "Ya allah Qis kenapa jadi macam ni weii bagun lah bodo,sapa nak kacau aku. Sapa nak sakitkan hati aku. Sapa nk panggil aku Puyi. Weiii bagun weii jangan lama sangat tidur kau tak bosan ke asyik tido je bagun la sial. Kau tahu tak aku tak boleh tengok kau macam ni". Kata Puteri sambil mengesat air mata yang tersisa. Farisha yang berada disampingnya juga mengalirkan air mata. Ya mereka baru sahaja kenal . Perkenalan yang singkat namun mengajar mereka erti sebuah persahabatan yang ikhlas. Mereka mengenali Qistina tanpa sengaja dan berkawan tanpa dipinta oleh kerana sikap mulut murai Qistina mereka mudah menjadi kawan dan kini bergelar sahabat. Namun selaganya berubah setelah melihat sekujur tubuh itu kaku . Mulut yang dulunya riuh sekarang pucat tidak berdarah. Hanya allah yang mengetahui rasa hati ini.

"Atok macam mana boleh jadi macam ni  Qistina kemalangan ke?kalau betul kemalangan bila? Dekat mana? Kemalangan dengan apa?". Bertubi-tubik soalan yang keluar dari bibir itu. "Atok tak tahu Farisha atok keluar ada mesyuarat syarikat balik-balik Qistina terbaring didalam bilik". Atok tidak menceritakan perkara yang terjadi kerana itu melibatkan aib keluarga namun jauh disudut hati dia benar-benar kecewa dan sedih dengan apa yang dilakukan olehnya.

Setelah 2jam berada dihospital Puteri dan Farisha mengambil keputusan untuk pulang. Nasib la bukan hospital kerajaan dan bukan wad biasa kalau tak mahu kami dihalau keluar kerana melebihi waktu melawat. "Aku balik dulu Qistina kalau aku datang esok kau tak bagun lagi siap kau". Kata Puteri.


Masih adakah bahagia buatkuWhere stories live. Discover now