BAB27

26 4 0
                                    

"Aku dengar kau dah dapat kerja? Betul ke? Kerja apa? Dekat mana? Kalau boleh kau cari kerja yang sediakan bilik senang kau boleh berambus keluar dari rumah ni. Aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Kalau tak sediakan bilik kau sewa lah bilik dekat mana nanti aku bagi duit tapi cukup bulan kau bayar balik. Aku harap lepas kau berambus hilang lah sial yang melekat dekat keluarga aku". Kata wahida lalu mengukir senyuman sinis.

________________________________________

Me💋

Korang jom lepak petang ni esok lusa aku dah start kerja. Aku nak sewa rumah dekat dengan tempat kerja aku. Aku takut kejap lagi kita jarang jumpa masing-masing sibuk dengan life masing-masing.

My Happiness❤️🐣

Aku on jerr. Kau macam mana Farisha. Sedih pulak nanti jarang lah kita jumpa. Nanti kau sent location dekat aku senang aku nak pergi melawat kau.

My Manjo♥️🐨

Boleh je. Wah rindu lah dekat kau lepas ni Qis . Jangan lupa sent location tau nanti aku dengan Puyi pergi melawat kau.

Me💋

Jumpa tempat biasa eak. Petang ni pkul 3.

_________________________________________

Aku bersiap untuk keluar. Aku tersempak dengan atok dan nenek diruamg tamu. "Atok nenek Qis nak keluar kejap nak jumpa Puteri dan Farisha esok kan Qis dah start kerja. Qis kan tinggal rumah boss sediakan tu tu yang Qis nk jumpa diorang dulu ye la kalau dah kerja nanti susah nak jumpa.". Kataku.

"Boleh je. Aik kenapa Qis duduk sana rumah dia sediakan tu selesa ke campur dengan pekerja lain ke?. Boleh duduk ke Qis. Kenapa tak duduk rumah je. Ulang alik pergi kerja bukan ada orang pun rumah ni kita berempat je.". Balas atok kepada ku belum sempat aku membalas nenek terlebih dahulu bersuara.

"Betul tu Qis . Kenapa kamu nak pindah sana bahaya lah. Kalau jadi apa- apa sapa nak tanggung jawab. Duduk je la rumah. Nenek suruh kamu kerja bukan pindah rumah.". Balas nenek sambil tersenyum sinis.

" Tak ape la atok nenek jangan risau Insyallah Qis pandai jaga diri. Qis duduk sana sebab jauh ye la nak ulang alik kalau jadi apa-apa masa balik kan susah kalau duduk rumah dia sediakan dekat tempat kerja dan lebih selamat". Balas ku sambil melebarkan senyum.

"Urmm kalau macam tu hati-hati ye sayang. Atok tak boleh nak halang Qis dan atok juga tak boleh paksa Qis. Atok harap pilihan Qis adalah yang terbaik untuk hidup Qis.". Balas atok nadanya bercampur bau. Aku rasa serba salah namun aq terpaksa melakukan ini semua.

"Tak apa lah atok Qis pergi dulu tau dah lewat ni. Bye atok bye nenek. Assalamualaikum.". Aku bergegas keluar kerana tidak sanggup untuk melihat wajah tua itu kecewa. Dulu atok pernah cakap dengan aku Qis belajar elok-elok ye sayang atok nak sangat Qis masuk Universiti. Dalam keluarga kita belum ada yang masuk Universiti. Semua anak-anak atok ,atok yamg berikan kerja. Atok harap Qis cucu sulung atok yang paling atok sayang dapat tunaikan hasrat atok untuk jejak kaki ke menara gading ye sayang.

Ya allah aku gagal untuk capai impian atok dan aku. Ya allah kau tabahkan hati aku untuk terus kuat menjalani takdirmu.

_________________________________________

"Kau lama sangat pahal anok syaitonnn. Cakap pukul 3 sekarang dah 3.15 penat aku tunggu dah la whatsapp tak balas". Kata Puteri dengan nada yang agak tinggi.

"Sorry lah. Aku aishh kau pun tahu lah kan kalau nenek aku ada macam mana. Lagi- lagi sekarang atok tengah kecewa dengan aku sebab aku tak sambung belajar". Balas ku sambil membetulkan tudung.

Masih adakah bahagia buatkuWhere stories live. Discover now