Dirumah
"Heh kau kena sedar diri kau yang engkau tu anak tak ada bapak!!! Sedarlah diri kau tu!!! Dasar anak buangan".kata neneknya
"Ye nek saya tahu saya hidup menumpang nenek dan atok".kata Qistina lalu air matanya mengalir membasahi pipi gebunya.
"Engkau ingt kalau kau menagis air mata darah sekali pun aku kesah ke hah perempuan.kau ni pembawa nasib malang sejak kau lahir mesti ada je perkara yang tak elok berlaku dalam keluarga aku".kata nenek tua itu sambil menolak-nolak kepala Qistina."Dah kau pergi aku menyampah tengok muka hodoh kau ni anak pungut".seperti malam sebelumnya air mata yang menjadi teman setia buat Qistina.
________________________________
Saat Qistina termenung memikirkan nasib diri...dia terlupa yang dia sedang memasak nasi lalu nasi yang dimasaknya telah hangit...Qistina pantas berlari dan menuju ke dapur malangnya Qistina terlambat dan mengundang kemarahan neneknya...
"Kau buat ape hah anak buangan,kau ingat aku beli beras ni guna air liur ke hah?...kau memang malang la..pembawa sial..cucu TAKGUNA!!!". neneknya telah menengking Qistina. Dan mengambil nasi yang masih panas itu lalu disumbat kedalam mulut Qistina."Nenek jangan nenek panas!!...sakit nek tlong jangan buat Qis begini nek panas nek!!". Ooo kau tahu panas ye kau ingt suka hati kau je yang hangitkan nasi aku ni aku xpanas hati pulak hah setan!".setelah bunyi bising didapur atoknya keluar untuk melihat kejadian yang berlaku.
"Astagfirullahalazim!.kamu sedar tak ape yang kamu buat ni mah...itu cucu kita darah daging kita...kenapa awak sanggup buat dia begini mah...mana hati dan perasaan kamu mah...apa dosa dia kepada kamu mah sampai kamu sanggup buat dia macam ni...kita dah tua kita nak harapkan siapa lagi yang jagakan kita kalau bukan dia mah".kata atoknya apabila melihat nasi yang berselerah diatas lantai dapur.
"Huh harta kita banyak abang kita boleh upah nurse peribadi untuk jaga kita bila dah tua nanti..tak perlu budak ni...budak ni hanya membawa malang kepada keluarga kita abang..sejak dari lahir dia sampai sekaeang ada saja benda yang malang berlaku dalam keluarga kita".kata neneknya...Qistina mengutip sisa makanan yang bertaburan diatas lantai.
"Mah jangan ingat kita ada harta kita ada segalanya harta ini milik allah bila-bila masa sahaja akan diambil,jangan terlalu riak dan takabur ini hanya pinjaman,kamu jangan pernah kata dia pembawa malang dalam keluarga ini,walau dia tidak lahir sekalipun jika sudah tertulis keluarga kita akan mendapat musibah ianya akan terjadi!!"..kata atok kepada neneknya.
'Abang bela la budak pembawa malang ni".tengking Nek Mah.lalu pergi meninggalkn ruangan dapur.
Atok merapati Qistina lalu memeluk dan mengusap kepalanya."Qis maafkan atok Qis jangan ambil hati ye sayang,jangan berdendam dengan nenek kamu dia masih tertekan dengan apa yang berlalu".kata atok."atok kenapa allah buat hidup Qis begini,Qis nak rasa bahagia macam kawan-kawan Qis ada mak ada ayah yang pedulikan mereka".kata Qistina sambil menangis teresak-esak."Sebab Qis insan terpilih sayang,Qis seorang yang hebat sebab itulah Allah memilih Qis untuk lalui ujian yang berat ni sayang".kata atoknya dalam masa yang sama dia menahan sebak dengan apa yang dilalui oleh cucu kesayangannya.ya Qistina merupakan cucu kesayangan atoknya.ape sahaja permintaan Qistina pasti akan dia tunaikannya.
YOU ARE READING
Masih adakah bahagia buatku
Short StoryNur Qistina seorang gadis biasa yang sentiasa berwatakkan ceria dan mempunyai segalanya, namun siapa sangka disebalik perwatakkan cerianya ada sebuah penderitaan yang cukup ngeri....dihna dicaci dimaki merupakah sebahagiaan dari hidupnya,dibuang kel...