BAB17

30 3 0
                                    

"woii perempuan kau ni memang tak ada maruahkan, dasar perempuan gila jantan tak sedar diri kau tu menumpang kau keluar dari pkul 11 sekarang baru nampak muka, kau pergi mengatal dengan jantan mana ha?". Jerit Nek Mah kepada cucunya Qistina.

"Saya..

"Awak ni kenapa Mah dia keluar dh pkul 1 sekarang baru pkul 2...mana sempat nak jumpa jantan awak ingt dia ni perangai macam anak sedara awak yang tak semegah tu ke?". Belum sempat Qistina membalas kata-kata dari neneknya atoknya terlebih dahulu membalas kata-kata tersebut.

"Ha baguslah awak bela lah budak ni semakin besar kepala budak ni. Awk tau dari mana yang budak ni tak keluar jumpa jantan awak tahu sangat lah apa dia buat kat luar sana. Anak sedara saya tak ada macam abang cakap ni eh. Keturunan saya keturunan baik-baik tak ada macam dia ni anak tak ada bapak. Kau siap dengan aku ye aku akan pastikan kau terima akibatnya. Seronok sangat hasut laki aku suruh bela kau kan?. Kau tunggu siap kau!!". Kata Nek Mah.

"Awk ni dah kenapa Mah perangai tak pernah nk berubah dari dulu lagi". Kata atoknya..

"Tak apa lah tok Qis naik dlu ye". Kata Qistina.

_________________________________________

Sedang asyik Qistina berehat di atas katil sambil bermain dengan telefon pintar tiba-tiba dia menerima panggilan dari ibunya. Dia berasa tidak sedap hati untuk mengangkat panggilan tersebut kerana teringat akan ugutan neneknya petang tadi.

"Woiiii anak haram, kau ni memang tak sedar diri kau buat rumah mak bapak aku macam hotel, eh kau tahu tak aku menyesal ada anak macam kau, kalau kau mampus mesti hidup aku senang dah sekarang. Kau ni anak babi kau dah gatal sangat ke sampai kau keluar dengan jantan dah tak sabar sangat agaknya anak binatang ni nak mampus.
Kau tunggu aku balik nanti siap pecah muka kau aku kerjakan. Kau hasut bapak aku suruh benci mak aku kau buat cerita macam-macam sampai diorang gaduh kau seronok tengok diorang gaduh kau ni pembawa sial. kau keluar dari pagi sampai sekarang tak balik-balik lagi nenek kau telefon dekat aku risaukan kau. Kau ni memang pembawa malang kalau aku tahu kau ni macam ni mula-mula aku lahirkan kau aku dah bagi racun biar mampus kan senang hidup aku". Ibu Qistina menghemburkan kemarahannya terhadap Qistina tanpa tanya benarkah berita yang didengarinya.

Qistina hanya mendiamkan diri kerana dia tau jika dia menjelaskan hal yang sebenarnya ibunya tidak akan percayakannya.

"Kau ingat eh aku balik kau siap mampus kau aku kerjakan. Dah lah blah aku dah tak nak cakap dengan kau anak babi". Jerit ibunya lagi.

_________________________________________

Pada keesokkan harinya.

Hari cuti yang paling membosankan bagi Qistina kerana atoknya terpaksa pergi mesyuarat. Tiba-tiba muncul satu kereta yang sangat dikenalinya lalu terpancul wajah ibunya. Ibunya dengan muka yang begis menuju kearahnya.

Ibunya mengheret baju Qistina supaya masuk kedalam rumah. Diheret dengan sangat kasar sehingga baju yang dipakai oleh Qistina terkoyak pada bahagian leher. Lalu ibunya mula menyepak pada badan Qistina dengan sangat kuat, dia menarik rambut Qistina lalu menghentam kepala Qistina kebucu meja berkali kali sehingga keluar cecair merah. Nek Mah keluar dari bilik tidurnya melihat perkara tersebut dia hanya tersenyum sinis. Tidak cukup dengan itu ibunya mengambil besi lalu memukul badan Qistina dengan besi sehingga kemek. Qistina tidak berdaya untuk melawan hanya menanggung kesakitan yang amat sangat pada seluruh badannya. Ibunya mengheret Qistina dan tendang sekuat hati pada perut Qistina menyebabkan Qistina terduduk dan tidak berdaya untuk bangun.

"Kau ni elok mampus je dari hidup, hidup pun menyusahkan aku je". Kata ibunya sebelum beredar.

"Tulah kau pandai sangat cari pasal dengan aku kan dah dapat padahnya, baik kau pergi naik atas cepat sebelum atok kau balik kalau tak aku telefon mak kau suruh datang balik". Kata Nek Mah lalu meninggalkan Qistina yang sedang mengerang kesakitan.

Qistina sedaya upaya berusaha menaiki tangga meski pun badannya berasa tidak bermaya dan senak pada bahagian perutnya membuatkannya jatuh terduduk. Qistina menuju kearah lif untuk pergi ke tingkat atas. Sampai sahaja dibilik Qistina mengunci biliknya lalu menghempaskan badannya di atas katil, darah yang mengalir pada dahinya dibiarkan sahaja kerana terasa sakit seluruh badan dan senak pada bahagian perut kerana ditendang oleh ibunya tambah pula kesan daripada pendarahan dikepalanya membuatkan kepalanya berdenyut-denyut. Lalu pandangan Qistina mulai kabur lama kelamaan ia semakin gelap.

Masih adakah bahagia buatkuWhere stories live. Discover now