Keesokan harinya!"Okay kelas hari ini saya akan memperkenalkan rakan baru kamu.. saya harap kamu dapat beri kerjasama yang baik ye".kata cikgu mazlan kepada pelajar-pelajar kelas 3Amanah.
"Baik cikgu".jawab pelajar kelas 3Amanah secara serentak.
"Okay Qis awak bolek masuk".kata cikgu Mazlan kepada pelajar tersebut.
"Laa kau Qis hahahaha kami ingatkan siapa lah pelajar baru tu" kata Fatin kepada Qistina.
"haah aku ".kata Qistina sambil tersenyum...setelah itu cikgu Mazlan menyuruh Qistina duduk diruangan kosong pada sebelah Juwita...lalu Qis mengambil bahagian disebelah Juwita yang berada di belakang Fatin....Fatin merupakan teman sekolah rendahnya dahulu...mereka tidaklah bersahabat baik cuma mereka pernah bermain bersama pada suatu ketika dahulu...
Setelah tamat sesi pembelajaran bersama cikgu Mazlan mereka mengambil peluang untuk mengenali Qistina secara lebih mendalam...wajah Qistina bujur sirih ,matanya agak bulat,alisnya terbentuk cantik bagaikan diukir dan bibirnya bak delima yang merkah itu yang menarik perhatian para jejaka didalam kelas itu...Qistina dihujani dengan pelabagai soalan...
Pelajar lelaki juga tidak kurang hebatnya menyoal Qistina dengan pelbagai soalan...tetapi jika semuanya indah tidak pula dipanggil kehidupankan?...disuatu sudut lain didalam kelas...ada beberapa pelajar perempuan yang tidak berpuas hati kerana Qistina menjadi tumpuan ramai....
________________________________
"Geng Fatin rupa-rupanya,mesti gedik macam Fatin lah".kata Puteri kepada Farisha.Farisya hanya mengiyakan sahaja kata-kata dari sahabatnya itu.
Puteri yang berada dibelakang meja Qistina berasa tidak senang akan kehadiran orang baru didalam kelasnya..
Qistina merupakan seorng yang bermulut murai meskipun dia tahu Puteri tidak menyukainya dia tetap akan menegurnya pada setiap hari..
Sehinggakan pada suatu hari Puteri dan Qistina bergaduh mulut hanya kerana setitik air yang jatuh diatas meja Puteri.. Qistina merupakan gadis yang sempoi manakala Puteri seorang gadis yang terlalu teliti dengan setiap perkara yang dilakukan...yeah sifat mereka bagai langit dan bumi....jika mereka hendak bersahabat secara logiknya memang tidak akan pernah serasi pasti akan ada salah faham yang berlaku antara mereka...
Pada ketika itu perasaan menyampah dan meluat terhadap Qistina semakin mengebu-gebu kerana tiada sesiapa pernah berani berlawan mulut dengannya...Puteri dan Farisha sangat tidak gemar akan sikap Qistina yang tidak ambil peduli dan menganggap semuanya mudah...Bagi Qistina pula dia sangat seronok kerana dapat melihat Puteri yang tidak berpuas hati terhadapnya kerana dia seorang yang suka menyakat...
YOU ARE READING
Masih adakah bahagia buatku
Short StoryNur Qistina seorang gadis biasa yang sentiasa berwatakkan ceria dan mempunyai segalanya, namun siapa sangka disebalik perwatakkan cerianya ada sebuah penderitaan yang cukup ngeri....dihna dicaci dimaki merupakah sebahagiaan dari hidupnya,dibuang kel...