BAB 29

21 1 0
                                    

Suasana dalam kereta sepi. Aku hanya termenung kosong rasa rindu kepada atok membuak-buak pertama kali aku jauh dari atok membuatkan jiwa aku kosong. Tidak lama kemudian kereta mewah itu berhenti hadapan kedai tempat kerja aku. Kami turun dan berjalan beriringan masuk kedalam kedai. Pertama kali aku menjejak kaki ke dalam ruangan yang bertemakan ala-ala English yang digabung dengan dekorasi melayu klasik itu cukup buat aku terpegun. Aku belum pernah melihat dekorasi sedemikian. Gabungan itu sangat unik dan mengujakan.

"Assalamualaikum hari ni saya nak memperkenalkan staff baru Eial Cafe. Dia akan uruskan bahagian cashier. Nina awak boleh tolong ajarkan dia?". Tanye Daniel kepada salah satu pekerja yang berada dihadapan kami.

"Boleh jer boss. Hye Qis saya Nina nanti saya ajar awak oky?." Balas Nina mesra. Aku hanya tersenyum kepadanya. Semua pekerja disitu menyapa aku dengan mesra namun ada seorang wanita yang berambut perang menjeling kepadaku.

"Kamu semua boleh bersurai dan boleh start kerja masing-masing". Daniel mengarahkan semua pekerjanya kembali meneruskan kerja masing-masing.

"Jom ikot aku". Kata Daniel lalu berjalan mendahului Qistina.

"Weii sabar la. Tunggu la aku adoii kau ni jalan laju nak mati. Weii aku banyak soalan nak tanya kau ni boleh kau jalan slow-slow tak?". Kataku sambil melajukan langkah mengikuti Daniel.

"Apa? Kau jangan banyak bunyi boleh tak?Kejap lagi kau tanya aku jangan berhenti. Kalau kau berhenti siap kau!". Kata Daniel.  Aku melihat Daniel yang berada diruangan cashier.

" Eh kau buat apa dalam tu Daniel ? Bukan kau suruh Nina ajar aku ? Sekarang kenapa kau pulak yang duduk situ?". Tanya aku kepada Daniel.

"Kau ni memang tak reti duk diam eh? Kau nak kerja ke tak? Kang aku buang kau baru kau tahu". Balas Daniel.

"Ye la sorry jangan lah buang aku. Kalau kau buang aku aku nak makan apa?". Kataku kepada Daniel.

"Ni tempat kau. Kalau orang lain suruh kau buat benda lain selain daripada ni contohnya basuh pinggan ke basuh kuali ke basuh cawan ke sapu lantai ke mop lantai ke kau cakap dengan aku. Kau tidak dibenarkan buat kerja lain selain daripada jadi cashier kau faham?.".  Daniel menerangkan sedikit sebanyak kepadaku apa yang perlu aku lakukan. Aku berjalan mengiringi Daniel aku melihat disudut dapur Chef Amirul dan pembantunya sedang bertungkus lumus menyiapkan order. Disudut lain pula aku melihat Nina dan Natasya mengemas bahagian pameran kek,donut dan pelbagai jenis makanan yang lain bahagian ini berhampiran dengan kaunter pembayaran.

"Kau ni kerja apa sebenarnya?. Hari tu aku nampak kau ni pakai baju pilot sekarang ni jadi tokey kedai pulak. Adoii nanti apa pulak jadi doktor? Ke jadi driver grab? Ke kau jadi posmen?".balasku sambil melihat ruangan yang dipenuhi kek dan pelbagai jenis manisan.

"Suka hati aku lah. Sibuk je kau ni. Dah siap kan? Jom ikot aku. Sebelum tu ni uniform kerja kau. Esok kau akan start kerja penuh dari pukul 8pagi sehingga 8malam kau faham? Esok aku akan datang jemput kau dari rumah tepat pukul 7.45 pagi. Kau lambat aku denda  kau faham? Kau pakai terus uniform kerja kau.".  Balas Daniel sambil menyerahkan uniform kerja kepada Qistina.

"Eh kejap kenapa kau nak ambik aku. Aku boleh datang sendiri la bukannya jauh pun rumah dengan cafe kau ni. Kau ni menipukan hari tu cakap kerja kedai makan je ni amek kau kerja dalam cafe mewah cam ni. Weii sebelum kita pergikan boleh aku tahu berapa gaji aku hahahah". Ketawa ku masih bersisa lalu aku mengambil uniform ditangan Daniel.

"Kalau aku cakap cafe agak-agak kau nak kerja tak? Amboi boleh tahan jugak kau ni eak kerja pun tak start lagi dah tanya pasal gaji. Aku tak kesah untuk minggu pertama ni kau datang kerja aku hantar dan ambil. Kalau kau degil tak payah kerja senang.". Balas Daniel sambil menarik tudung aku.

"Kau ni kenapa syaitonnn tarik-tarik tudung aku. Aku sepak kang baru tahu. Memang tak lah aku nak kerja tapi aku dah pindah semua barang aku masuk rumah sewa takkan lah aku nak balik macam tu je. Kerja je la asalkan halal.". Balasku sambil membetulkan tudung yang ditarik oleh Daniel.

Sebelum kami keluar aku meminta diri untuk ketandas. Selepas aku keluar dari tandas tiba-tiba ada seorang yang menegur ku. "Kau ada hubungan apa dengan Daniel?". Aku berpaling ke arah suara tersebut. "Laa Fatin saya ingat sapa tadi. Saya dengan Daniel? Tak ada hubungan apapun kitaorang macam korang jugak. Cuma boss dan majikan. Kenapa awak tanya?". Kataku kepada Fatin. Perempuan ni memang tak boleh senyum ke masam je dari tadi dia ingat aku takut ke dia nak acah-acah tunjuk garang dekat aku. Puihh pergi daa.

"Kau jangan kacau dia lagi. Kau faham?. Dia tu tunang aku. Kau jangan nak tunjuk gatal sangat perempuan miang.". Kata Fatin. Aku ternganga biar betik perempuan ni? Tunang? Tunang tapi kerja dengan Tunang sendiri jadi cleaner pulak tu. Daniel ni tak ada taste ke?.

"Ooo awak tunang dia. Baru saya tahu kenapa dia tak cakap pun tadi? Awak memang kerja dengan dia bahagian cleaner ke?". Balasku. Aku melihat wajahnya berubah semakin keruh.

"Disebabkan kau lah perempuan tak guna aku kena duduk bahagian cleaner kau tahu tak dulu aku jadi cashier tapi kau yang rampas jawatan tu dari aku.". Balasnya bengis. Laa perempuan ni memang mental ke? Muka macam ayam sembelit seminggu. Ada hati nak cakap aku macam-macam. Amboi sedap betul mulut perempuan ni. Kang aku bagi kang apa pun tak dapat. Aihh sabar Qis dia ni kan 'tunang' si kambing tu nanti dia mengamuk pastu buang aku kerja pulak apapun tak dapat.

"Ye la awak saya minta maaf saya pergi dulu ye". Kataku belum sempat aku melangkah Fatin menolak aku sehingga terjatuh. Lantai bilik air yang sememangnya licin memudahkan proses kejatuhan aku ke lantai seperti nangka buruk. Huhu jauh aku mengarut ni. "Ni balasan kau kacau tunang aku. Kau ingat eak ni baru sikit kau tunggu aku akan pastikan kau menyesal kerja dekat sini. welcome to the hell of the world". Kata Fatin sambil tersenyum sinis.

Aku bangun lalu menampar Fatin. "Eh perempuan kau ingat ni drama TV3 ke hah. Kau tolak aku lepas tu jatuh sakit, terseliuh kaki dan hero datang ambil aku bawak pergi klinik? Kau ni memang tak sedar diri. Kau cakap apa? Kau tunang Daniel kan meh sini kau ikot aku". Aku menarik tangan Fatin untuk mengikuti langkah aku.

"Kau cakap lah dengan tunang kau ni kau mengadu dekat dia apa yang aku dah buat aku nak tengok tunang kau ni lempang aku". Kataku bengang. Mana tak bengang dah la dia suka-suka hati maki aku lepastu tolak aku habis basah baju aku. Dia ingat aku macam perempuan lain nak mengalah memang tak lah.

"Kenapa kau basah ni? Kau main air ke Qis? Yang kau bawak dia ni kenapa? Apa yang tunang-tunang ni?" Tanya Daniel bingung.

"Kau cerita sekarang!!!. Tadi kau seronok sangat bercakap sekarang cakap lah!!!". Jeritku hampir kesemua pekerja dicafe itu berhenti melakukan tugas masing-masing. Lalu mereka memandang  kearahku. Aku yang sedang naik angin ditengah-tengah ruangan cafe itu. Fatin hanya diam membisu dan menundukkan wajahnya.

Masih adakah bahagia buatkuWhere stories live. Discover now