Qistina merenung lama surat tawaran sambung belajar itu. Ini sudah tawaran yang ke sepuluh diterima olehnya. Agak-agak kalau aku minta kebenaran mama untuk sambung belajar mama bagi tak hurmmm. Tak salahkan cuba nasib mana tahu.
_________________________________________
Diruang tamu vila Tan Sri Razak.
Ruang itu penuh dengan gelak tawa mereka. Mereka akan berhimpun sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengeratkan hubungan silatulrahim.
"Qistina kamu dah dapat surat tawaran untuk sambung belajar ke?. Apa perancangan kamu selepas ini?". Tanya Tan Sri Razak kepada cucunya.
"Ye atok. Qis dapat tawaran untuk engineer,doctor dan beberapa bidang yang berkai rapat dengan kelayakan Qis. Tapi Qis lebih tertarik untuk jadi chef. Sebab Qis minat. Kalau mama izinkan Qis nak sambung study dekat kelantan". Kataku. Ye aku memilih tempat yang itu kerana jauh dari keluarga.
"Kamu dah fikir masak-masak?. Kalau kamu rasa itu keputusan yang terbaik dalam hidup kamu atok ikut kan je. Tapi bagi atok atok lagi suka kalau kamu ambik engineer. Tak pun kamu ambik je pengurusan perniagaan ye la senang nanti kamu boleh handle syarikat ayah kamu dekat Pahang . Lagipun kelantan tu jauh sangat sayang". Tan Sri memberi cadangan kepada cucunya agar cucunya dapat memilih yang terbaik namun apa pun keputusan cucunya dia akan terima dengan hati yang terbuka.
"Aku tak setuju bagi kau sambung belajar. Berapa banyak pulak duit aku nak habis dekat kau. Kau dah tahu bodoh tak payah belajar pergi je kerja dapat jugak duit. Kau ingat muka macam kau ni layak ke nak jadi engineer nak jadi business woman. Kau nak ambil syarikat bapak kau yang tak guna macam kau tu. Huh perasaan lah. Sepanjang kau hidup dia tak pernah bagi satu sen pun duit dekat kau. Duit aku yang habis dekat kau berapa puluh juta dah. Kau pergi kerja bayar balik semua duit aku yang kau guna. Kalau kau cakap nak jadi chef. Heh kau ni tak sedar diri kan nak jadi chef kau tu dapat result macam tu pun sebab meniru. Kau ingat senang ke hah?. Tak payah berangan tinggi sangat lah". Kata mama sambil memberi aku jelingan yang tajam.
"Kau nak pergi jauh sampai ke kelantan tu kenapa? . Kenapa dekat KL ni dah tak ada Universiti ke?. Nampak sangat nak pergi menggatal bukan nak pergi belajar. Jangan balik-balik mengandung sudah apa aku nak jawab dekat orang kampung. Malu muka aku ni. Perangai kau ni bukan aku tak tahu dekat sini pun kau boleh buat macam-macam keluar dengan jantan sana sini. Jantan datang ambik dekat rumah lah. Dekat sana jauh macam-macam lagi kau boleh buat ntah-ntah dalam bilik penuh jantan. Tiap-tiap malam tukar jantan. Kau nk jd Chef kan? Tak payah lah nak jadi Chef ke nak jadi engineer ke nak jadi business woman ke. Kau ni sesuai jadi pelacur je perangai tak semegah". Kata Nek Mah dia sengaja berkata begitu. Apa orang cakap nak simbah minyak dekat api. Lepas ni confrim api semakin membara.
"Awk ni Mah jaga sikit mulut awak tu. Fikir perasaan orang sama. Qistina ni manusia bukan pisang ada jantung tak ada hati dan perasaan. Kamu ada bukti ke nak cakap dia keluar dengan jantan hah?". Marah atok kepada Nek Mah dia benar-benar tidak suka cara Nek Mah memalukan cucunya dihadapan keluarganya yang lain.
"Kamu tengok lah Wahida kalau mak cakap kamu tak percaya ni depan kamu ayah kamu sanggup marah mak semata-mata nak bela ank kamu ni. Mak cuma cakap benda yang betul salah ke?. Ayah kamu tak boleh terima kenyataan yang cucu kesayangan dia ni dah rosak!".kata Nek Mah sambil menyimpan senyum.
"Ayah tak payah nak manjakan sangat budak ni. Biar dia kerja kalau dia nak makan nak tempat tinggal kalau tak halau je dia dari rumah ni biar dia pergi mampus dekat mana-mana". Kata Mamaku.
"Sampai hati kamu Wahida. Dia ni anak kamu!! Kamu tak ada rasa kasih sayang ke? Kamu sanggup tengok dia terbiar dekat luar sana. Dia cuma nak sambung belajar salah ke permintaan dia Wahida?. Dia tak minta banyak pun dari kita. Bukan kita tak ada duit tak ada harta. Orang lain susah tak ada duit tak ada harta sanggup berkerja nak bagi anak dia sambung belajar kita ada segalanya tak nak bagi anak kita sambung belajar. Ayah tak faham dengan kamu kenapa kamu sanggup buat dia sampai macam ni". Jelas wajahnya menunjukkan kekesalan terhadap tindakkan anaknya.
"Betul cakap ayah tu Wahida apa salahnya kau bagi dia sambung belajar dah kamu tak bagi dia pergi jauh apa kata kau bawak dia pergi Johor sambung belajar dekat sana. Senang kau nak tengokkan dia". Kata Maksu. Selain atok dialah orang yang paling rapat dengan aku.
"Tak apa lah atok Qis dah fikir masak-masak. Qis nak kerja lah. Sambung belajar ni susah. Nanti Qis cari kerja lepastu Qis cakap dekat atok". Balasku. Itu sahaja cara untuk hentikan ketegangan itu kalau lagi lama lagi parah aku kena selepas ini.
"Ha bagus lah kalau macam tu. Kau cari kerja yang sediakan tempat tinggal lagi senang tak susah orang nak hantar ambil kau pergi kerja pulak". Kata mamaku. Aku hanya mengiakan sahaja.
"Tak atok tak setuju kamu perlu sambung belajar Qis. Atok tak nak kamu kerja belajar ni penting untuk masa depan kamu. Kamu pergi je belajar atok akan tanggung 100% kos untuk kamu sambung belajar". Kata atok.
"Ayah jangan rumitkan keadaan boleh tak?. Sekarang ni saya lebih berhak keatas budak ni. Tolong la hormat juga keputusan saya. Saya nak dia kerja. Lagipun dia sendiri yang bersetuju nak kerja bukan saya yang paksa dia. Kalau ayah berdegil ayah jangan terkejut kalau lepas ni ayah dah tak boleh tengok muka cucu kesayangan ayah ni buat selamanya!!!. Ayah jangan cabar saya!!!". Kata mama sambil mendegus kasar.
"Okay ayah lepaskan seratus peratus urusan Qistina kepada kamu. Nanti kalau masa depan budak ni hancur pandai-pandailah kamu jawab dengan allah. Dia ni tanggungjwab kamu. Kamu lebih berhak ayah tak nak masuk campur urusan kamu anak beranak".atok berlalu ke ruangan atas. Hanya nenek dan mama yang berada disitu yang lain sudah masuk ke bilik masing-masing. Aku sudah tahu apa yang bakal terjadi hanya mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Masih adakah bahagia buatku
Short StoryNur Qistina seorang gadis biasa yang sentiasa berwatakkan ceria dan mempunyai segalanya, namun siapa sangka disebalik perwatakkan cerianya ada sebuah penderitaan yang cukup ngeri....dihna dicaci dimaki merupakah sebahagiaan dari hidupnya,dibuang kel...