"Kau okay ke?. Kenapa asyik termenung je? Ke kau taknak masuk kerja?". Aku melihat Qistina yang mendiamkan diri sejak dari mula masuk kereta lagi. Sehingga sekarang dia masih membisu. Aku tak faham kenapa dia berwatak kan begini. Aku ada salah cakap dengan dia ke?.
"Aku okay je. Thank you tumpang kan aku.". Balas ku dingin lalu turun dari kereta mewah itu. Aku melangkah masuk ke dalam cafe milik Daniel.
"Hye Qis. Oky ke? Kenapa masam je gaduh dengan buah hati ke?". Tanya Nina. Aku tersenyum kearahnya. Aku menyangka mereka semua akan membenciku kerana tindakan aku semalam.
"Hye Nina. Mana ada buah hati. Qis ingat Nina dan yang lain benci Qis sebab Qis mengamuk semalam. Ye la Qis ingat semua tak akan kawan dengan Qis dah tu yang Qis diam". Balasku dalam nada sayu. Benar aku berasa bersalah dengan tindakan aku.
"Kenapa cakap macam tu Qis. Kami lagi suka adalah. Dah lama hilang sabar dengan perempuan tu. Akhirnya ada jugak orang yang berani melawan dia". Chef Amirul menyampuk perbualan kami.
"Betul tu Qis. Kami memang serabut sangat dengan perangai dia yang rasa dia bagus sangat padahal aihh tak nak cakap lah" tambah Nina. Tiba-tiba ada suara garau menyampuk perbualan kami.
"Saya rasa kita dah boleh start kerja sekarang. Sayang kan saya dah cakap tempat awak kaunter pembayaran bukan dekat dapur.". Kata Daniel. Semua yang ada disitu tercengang. Aku hanya menjeling kearah Daniel. Aku berjalan menuju kearah kaunter pembayaran aku sengaja berjalan berdekatan dengan Daniel lalu memijak kakinya.
"Auchh sakit sayang. Kalau tak puas hati dengan abang pun tak payah nak pijak kaki abang. Ye la abang minta maaf ye marah sayang". Aku tahu Daniel sengaja nak kenakan aku. Muka aku dah merah macam udang kena bakar menahan malu.
"Kau ni buang tabiat ke? Mentang-mentang lah tunang kau tak datang aku pulak jadi mangsa lepas gian kau". Kataku sambil membuka komputer untuk meneruskan kerja.
"Kalau aku nak lepas gian dekat kau bukan panggil abang sayang je. Aku bawak kau masuk bilik tu baru lepas gian. Apo la kau ingat aku ni bangang sangat. Tapi kalau lepas kahwin lain cerita. Jom ikot aku lepas kau habis kerja nanti". Kata Daniel. Daniel memandang wajah aku dengan pandangan yang gatal.
"Kau dah lama hidup? Kalau kau rasa dah bosan hidup aku ni bukan lah malaikat cabut nyawa tapi aku boleh jer usaha untuk kau check in batu dua malam ni. Kau nak g mana? Aku malas la takdek mood.". Aku bukan nak jual mahal tapi memang aku malas nak keluar mana-mana aku just nak duduk rumah je.
"Kau nak ikot aku atau kau nak suruh mummy datang cafe jumpa kau?. Pilih lah. Aku okay je yang mana-mana pun". Aku terdiam seketika. Aku mengeluh perlahan.
"Kenapa kau mengeluh? Kau tak suka jumpa Mummy ke? Kalau kau taknak jumpa mummy tak apa aku faham nanti aku cakap dekat mummy kau sebok. Aku taknak paksa kau". Kata Daniel. Daniel merenung lembut wajahku.
"Aku bukan tak suka mummy. Cuma aku risau.". Aku membalas pandangan Daniel.
"Apa yang kau nak risau? Just kenal-kenal dulu sayang bukan terus kawin hahahhah". Daniel terhenti ketawa saat melihat wajah beku ku.
"Aku tak kesah pasal nak kenal ke apa. Aku bukan nak kawin dengan kau. Aku risau kalau mummy kau nak jumpa sebab dia nak bagi amaran dekat aku supaya aku tak rapat dengan kau. Ye la kau ni orang berkerjaya aku ni hanya ada SPM je. Aku dah penat dengar hinaan dari mulut orang ". Aku menunduk wajah supaya Daniel tidak dapat melihat air mata ku yang bertakung di kelopak mata.
"Kau ingat mummy macam tu ke? Mummy bukan orang macam tu dia tak suka hina-hina orang. Kau belum kenal mummy siapa. Kau ni banyak sangat tengok drama TV3 ni . Kau ingat apa depan aku mummy berlagak baik. Tapi bila aku minta izin nak pergi tandas dia terus maki-maki kau? Kau percayakan aku please mummy tak macam tu. Kalau benda tu terjadi aku berani bersumpah cafe ni aku akan tukar nama kau. Dan ia akan jadi hak milik kau.". Kata Daniel cuba menyakinkan aku.
"Eleh sembang boleh lah nanti mummy kau datang kau dah plan dengan mummy kau sebab taknak hilang cafe ni.". Kata ku. Aku bukan sengaja nak berfikiran negetif tapi pengalaman yang membuat kan aku lebih berhati-hati.
"Okay aku call mummy suruh mummy datang sekarang jugak. Kau tak percaya sangat kan.". Daniel mengambil telefon pintar lalu menelefon mummy nya. Tidak lama kemudian panggilan di sambung.
"Assalamualaikum mummy. Kalau mummy nak jumpa bakal menantu mummy datang lah cafe. Dia taknak keluar dia tak ada mood. Okay mummy." Daniel mematikan panggilan telefon. Lalu tersenyum sinis kepada ku.
"Sesedap rasa kau je cakap aku bakal menantu mummy. Bila aku cakap nak kawin dengan kau. Dah lah blah ada customer tu". Aku mengusir Daniel dari situ. Aku melayan kerenah customer dengan sabar. Jam menunjukkan pukul 12tengah hari. Suasana cafe kembali sibuk.
_________________________________________
Jam menunjukkan pukul 5petang. Aku melihat Daniel yang sibuk menyemak file yang bertambun diatas meja. Sedang asyik aku melihat Daniel Nina menegur aku.
"Woii makcik kalau ye pun rindu cik abang pergi je dekat tak payah nak tengok jauh-jauh macam ni.". Kata Nina.
"Mana ada Nina tak payah nak merepek lah. Qis tak tengok dia pun. Tapi Qis pelik dia kerja apa sebenarnya?". Tanya ku kepada Nina.
"Entah lah Nina pun tak tahu dia siapa sebenarnya". Kata Nina.
"Yang korang tengok saya dari tadi kenapa? ". Tanya Daniel. Aku dan Nina saling berpandangan dan tergelak.
Sedang asyik aku dan Nina tergelak tiba-tiba bunyi pintu cafe dibuka. Terpancar wajah wanita muda yang sangat jelita. Aku melihat tidak berkelip ke arah wanita itu.
"Ni Qis kan? Ni mummy sayang. Ya Allah cantik nya bakal menantu mummy.". Aku tergamam. Aku tersenyum dan menghulurkan tangan kepada mummy Daniel. Sebaik sahaja tangan itu dihulur aku menyambut tangan itu lalu menyalami penuh hormat.
"Ye mummy. Mummy sihat? Mummy dah makan ke?" Tanya ku kepada mummy. Belom sempat mummynya menjawab Daniel sudah menyampuk perbualan kami.
"Amboi mummy dapat jumpa bakal menantu lupa anak sendiri. Sampai hati eh". Kata Daniel nada sengaja dimanjakan untuk menunjukkan dia sedang merajuk.
"Alah kamu ni Iel tiap-tiap hari mummy jumpa kamu bagi lah chance mummy nak sembang dengan bakal menantu mummy yang cantik ni" . Mummy memuji aku menyebabkan seluruh wajah aku merah seperti tomato.
YOU ARE READING
Masih adakah bahagia buatku
Short StoryNur Qistina seorang gadis biasa yang sentiasa berwatakkan ceria dan mempunyai segalanya, namun siapa sangka disebalik perwatakkan cerianya ada sebuah penderitaan yang cukup ngeri....dihna dicaci dimaki merupakah sebahagiaan dari hidupnya,dibuang kel...