BAB28

25 3 0
                                    

"Jom sayang dah siap dah ? Semua barang dah bawak masuk kereta?". Kata atok. Aku segera mengangkat muka dan tersenyum kepada atok.

"Dah siap. Jom pergi takut lewat pulak. Thank you atok sanggup hantarkan Qis". Balas ku. Kami beriringan menuju ke kereta.

"Sama-sama Qis tak ada apa lah". Balas atok . Setelah kami berada dalam perut  kereta wajah atok bertukar suram lalu atok berkata kepada ku. "Atok tidak kecewa dengan tindakan Qis sebab atok tahu semua ni bukan keinginan Qis. Semua ni kerana mama Qis betul kan sayang? Tolong jujur dengan atok. Atok janji atok tak akan bagitahu siapa-siapa perkara ni". Aku memandang wajah atok yang sudah dibasahi air mata.

"Dah la atok jangan sedih. Qis dah buat keputusan. Qis tahu atok nak tengok Qis tunaikan harapan atok dengan Qis kan? Insyaallah suatu hari nanti Qis kerja dan Qis akan capai segala impian tu dengan duit Qis sendiri. Oky dah jangan nangis Qis dah lewat ni". Balas ku .

End Flashback

"Dah lama ke kau tunggu aku? Sorry aku ada kerja tadi. Kau dah makan ke?. Kau datang dengan siapa? Kau datang pukul berapa?. Kau okay tak ni? ". Bertubi -tubi soalan keluar dari mulut jejaka tampan dihadapannya itu.

"Tak ada lah lama sangat. Sokey lah tak ada hal. Aku belum makan. Eh mana boss kedai ni? Aku kena start kerja terus ke weii? Macam mana dengan rumah kau dah jumpa ke? Bajet berapa weii mahal ke kalau mahal aku tak mampu". Aku sengaja bertanyakan soalan yang bertubi-tubi kepadanya dengan niat ingin mengenakannya.

"Amboi kau perli aku eak?. Tak payah banyak cakap jom ikot aku pergi rumah sewa kau. Kau ingat apa nak kerja dengan barang kau penuh depan kedai macam ni?. Agak-agak lah weii ni kedai makan bukan kedai bundle. Hari ni kau tak start kerja lagi kau hanya datang untuk traning lebih kurang macam tu lah. Barang kau tu aku letak dalam kereta driver aku jangan risau. Driver aku akan follow kita ke rumah sewa kau.Tak boleh letak dalam kereta aku tak muat. Kau ni pun satu nak datang kerja ke kena halau dari rumah? Barang kau amboi punya la banyak macam nak duduk satu kampung tapi kau sorang je".  Terang Daniel panjang lebar. Dalam kesempatan yang ada Daniel merenung sepasang mata hazel milik Qistina.

"Biasa lah perempuan kau tahu apa?. Kau jumpa mana-mana perempuan atas muka bumi allah ni macam ni lah dia bawak barang.  Kalau perempuan kau tak macam ni maksudnya ada masalah lah tu. Jap bagi aku angkut barang-barang ni letak dalam kereta driver kau. Eh nama driver kau apa macam kurang ajar je aku panggil dia driver.". Balas ku sambil mengangkat beg-beg yang berada dilantai.

"Nama dia pak Karim. Eh tak payah angkat aku tak suruh kau angkat kau masuk dalam kereta biar driver aku yang angkat tak payah nak menggatal nak angkat benda berat kang jatuh peranakkan kau naya aku tak ada waris untuk warisi harta aku.". Balas Daniel  dengan selamba .

"Kau cakap apa aku kurang dengar?. Kau ulang balik.  Kesian la Pak Karim dia dah tua lagipun kita masih muda bertimbang rasa lah sikit. ". Balas ku sambil melihat wajah pak Karim.

"Eh tak Cik jangan risau saya hanya ditugaskan untuk bawa kereta ni. Ada pembantu boss yang angkat semua barang-barang Cik. Cik Tuan Daniel ni sangat baik sepanjang pak Karim berkerja dengan dia tak pernah dia bagi pak Karim buat kerja-kerja yang berat. Dah la jangan gaduh lagi encik masuk kereta ya panas ni". Balas Pak Karim. Daniel tersenyum bangga apabila dipuji sedemikian oleh pekerjanya. Benar kata Pak Karim dia tidak pernah beri kerja yang berat kepada Pak Karim kerana  fakto usia dan dia juga sudah mengangap pak Karim itu sebahagian dari keluarganya.

_________________________________________

Tidak sampai 5minit dari tempat kerja Qistina kini mereka sampai disebuah rumah yang sederhana besar. Rumah itu kelihatan simple namun cantik. Tanpa melengahkan masa aku bertanyakan kepada Daniel.

"Weii rumah siapa ni?. Besar naw". Kataku mataku tidak berkelip melihat kecantikan rumah tersebut.

"Ni rumah sewa kau la. Macam ni kau cakap besar? Kau ni betul ke cucu Tan Sri ?  Aku rasa rumah ni dengan rumah atok kau sepuluh kali ganda besar rumah atok kau". Balas Daniel terkejut Daniel sangka dia akan dimaki kerana dia beri rumah sedemikian.  Namun sangkaannya jauh tersasar.

"Kau ni tu rumah atok aku bukannya rumah aku. Aihh berapa aku nak kena bayar sebulan ni. Sebab aku sendiri tak tahu gaji aku berapa sebulan kalau aku tak mampu bayar macam mana weii. Deposit dia berapa mama aku bagi 400 ringgit je cukup ke?. Kalau tak cukup nanti aku call mama aku minta pinjam duit". Balas ku. Perasaan aku bercampur baur.

"Tak payah lah nak bayar rumah ni aku memang sediakan untuk pekerja aku. Tapi semua taknak tinggal rumah aku sediakan ni diorang nak balik rumah masing-masing. Tu cerita dia. Kau simpan je duit 400 ringgit tu mana tahu nanti kau sakit ke ada kecemasan ke boleh la guna duit tu". Balas Daniel. Aku terpaksa menipu kerana aku tahu jika aku cakap rumah ni aku memang beli untuk dia. Pasti dia tak akan terima punya.

"Weii serious ni? Tapi aku tinggal sorang je ke rumah ni? Boleh tahan besar jugak rumah ni eak?". Aku membuka pintu kereta milik Daniel lalu berdiri dihadapan rumah itu.

"Ye betul dah jom kita masuk. Pekerja aku dah basuh rumah ni dan dah siap kemas sikit-sikit. Kalau ada apa- apa yang kurang kau cakap lah dekat aku nanti aku belikan. Jom kita tengok bahagian dalam rumah ni.". Kata Daniel sambil beriringan masuk kedalam rumah itu diikuti beberapa pekerjanya. Mereka membawa barang-barang Qistina ke dalam rumah barunya.

"Weii cantiknya biar betik kau bagi rumah secantik ni. Eh tak payah hampir semua kelengkapan rumah ini kau dah sediakan". Aku terpegun melihat dekorasi yang cantik dan kelengkapan asas sudah tersedia. Rumah itu mempunyai tiga bilik tidur dan 2tandas .

"Kau letak je dulu barang kau. Jom masuk kerja sekejap lepastu kau ikot aku pergi keluar ada hal perlu aku selesaikan. Boleh?". Kata Daniel kepada gadis dihadapanya.

"Boleh jer. Nanti balik aku kemas semua barang-barang ni. Tapi aku nak minta satu permintaan dari kau. Aku nak langsir lah bahaya macam ni tapi jangan risau guna duit aku kau cuma tolong bawak aku jerr". Balas ku sambil tersenyum.

"Tengok lah macam mana aku tak janji. Dah jangan banyak bunyi. Jom pergi kang lambat pulak". Balas Daniel. Daniel berjalan menuju ke tempat letak kenderaan. Daniel memilih rumah ini kereta kawasan rumah ini dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Dia ingin memastikan wanita itu benar-benar dalam keadaan selamat.

Masih adakah bahagia buatkuWhere stories live. Discover now