"Puteri kau tunggu sapa?". Tanya Farisha kepada Puteri,kerana melihat sahabatnya itu meninjau ke arah pagar sekolah."kau ada nampak Qis tak?". Tanya Puteri kepada Farisha. "Takde lah pulak kenapa?". Tanya Farisha sedikit kehairanan melihat sahabatnya itu." Kau dah check dalam kelas? Tandas ke? Kantin ke?". Tanya Farisha lagi."Dah aku dah check semua tapi semuanya takde".kata Puteri. "Tak datang sekolah la tue".kata Farisha sambil membuka langkah menuju ke kelas. "Aku rasa tak sedap hati lah,biasa kalau ada apa apa dia akan whats'app kita dulu ni diam je,tiba tiba tak datang, dia mana pernah ponteng sekolah,kecuali hal hal yang tak dapat dielakkan aku rasa baru sehari dia tak datang sekolah, ke dia sakit hah? Macam mana keadaan dia?". Kata Puteri dia risau tentang keselamatan sahabatnya itu."Yang kau terlebih risau ni kenapa Puteri ooii kau tak nampak rumah nenek dia punya la besar bibik ada tiga orang takkan dia sakit tak boleh nak jaga". Kata Farisha.
________________________________
"Kenapa aku rasa sunyi eak hari ni". Kata Aizat. "Sebab cinta hati kau tak datang".kata Haikal. "Eh serius ke dia tak datang? Uwaa sunyi nye, aku nak balik arr macam ni". Kata Aizat lagi." kau ni dah betul betul angaukan si Qistina tu lah aku rasa".balas Haikal lagi." Eh ye lah,kau ingat aku main main ke?".kata Aizat pula."Sejak bila kau pandai angau pulak ni? Kau kan buaya yanh setia pada seribu gadis hahahahah".kata Haikal lalu ketawa berbahak bahak melihat wajah cemberut Aizat. "Sejak aku jumpa Qistina lah".kata Aizat lalu menarik tangan sahabatnya menuju ke dalam kelas.
"Assalamualaikum,okay kelas sapa yang tak datang hari ni?". Tanya cikgu Nazimah. Cikgu Nazimah merupakan Guru kelas 3 Amanah dan mengajar subjek Matematik.Cikgu Nazimah adalah cikgu paling rapat dengan Qistina."Qistina sorang jee Cikgu".kata Haikal. Dia merupakan ketua Tingkatan kelas 3 Amanah. "Eh Qistina tak datang? Tak sihat ke? Kenapa tak datang? Biasa dia tak ponteng sekolah, lagi pun minggu depan kamu semua akan menjalankan peperiksaan percubaan PT3, cikgu harap kamu sudah sedia ye". Kata Cikgu Nazimah. "Cikgu tanya la bestfriend dia takkpun tanya cinta hati dia kat sebelah saya ni cikgu".kata Haikal sambil mengenakan rakan baiknya yang nampak agak muram tanpa kehadiran Qistina di sekolah. "Eh Aizat kamu couple dengan Qistina ke? Sejak bila? Dia tak ada beri tahu cikgu apa apa pun pasal kamu berdua".soal cikgu Nazimah." Tak lah cikgu Haikal ni saja nak kenakan saya".jawab Aizat pula. "Terkejut cikgu ingat kamu dengan Qistina ada apa apa,jangan jalinkan hubungan dengan dia dia pelajar target tahun ni cikgu tak nak dia hilang fokus,faham Aizat?". "Memang takkan lah cikgu sebab Qistina dah tolak dia awal awal lagi, dia cakap dia tak suka couple". Kata Haikal. Selepas itu kedengaran gelak tawa dari pelajar kelas 3Amanah.
________________________________
"Assalamualaikum". Kedengaran suara memberi salam dari luar rumah. "Ye cik cari sapa?".tanya Hayati. "Err saya cari Qistina, dia ada?, saya kawan sekelas dia Puteri".kata Puteri sambil tersenyum manis kepasa makcik tua itu."Maaf ye Puteri, cik Qistina tak ada dekat rumah dia masuk wad". Kata Hayati. "Masuk wad? Kenapa Makcik? Dia sakit apa?".tanya Farisha cemas yang sejak dari tadi mendiamkan diri." Dia terjatuh semalam kepala dia terhantuk bucu meja, dia kehilangan banyak darah".balas makcik tua itu."Ya allah,dia dekat hospital mana makcik?".tanya Puteri pula."Dekat HUSM".katanya."okay terima kasih makcik".kata Farisha dan berlalu pergi meninggalkan rumah itu.
YOU ARE READING
Masih adakah bahagia buatku
NouvellesNur Qistina seorang gadis biasa yang sentiasa berwatakkan ceria dan mempunyai segalanya, namun siapa sangka disebalik perwatakkan cerianya ada sebuah penderitaan yang cukup ngeri....dihna dicaci dimaki merupakah sebahagiaan dari hidupnya,dibuang kel...