" Hye sayang buat apa tu? Dah makan ke belum?". Qistina melihat pesanan ringkas dari whatsapp dikirimkan oleh Shah atau nama penuhnya MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN JAUHAR. Dia merupakan boyfriend yang ke entah berapa puluh. Aku bukan sengaja nak mainkan lelaki cuma aku perit nak percayakan lelaki setelah cinta pertama aku Maliki kawin dengan lain 3tahun bercinta bagai nak rak last-last kawin dengan orang lain. Tu la sapa suruh jaga jodoh orang kan dah mendapat.
"Hye baby jom call rindu nak dengar suara U. U tahu kan sayang I tak boleh tido kalau tak dengar suara U setiap malam". Aku melihat mesej daripada Rayyan. Ahhh bosan lah kau ni nak muntah. Aku tak ada mood nak layan korang baik aku tido. Tipu la cakap aku tak sayangkan semua dalam ramai-ramai mesti ada seorang yang kita benar-benar sayang namun aku takut untuk serahkan hati takut kecewa lagi. Shah adalah lelaki yang aku cinta namun aku biarkan dia terpendam. Jika dia pergi dalam masa terdekat hati aku tak adalah kecewa sangat.
_________________________________________
Setahun kemudian.
"Aku nak putus. Aku dah tak boleh sabar dengan perangai kau. Kau tak faham aku. Kau asyik nak menang selalu aku yang kena mengalah walaupun itu salah kau". Kenapa saat aku sayangkan kau baru kau nak cakap macam ni bodoh. Kenapa saat aku dah bagi hati aku dekat kau kau yang pinta perpisahan.
"Biy please sayang janji sayang akan berubah. Tolong jangan tinggalkan sayang, sayang tak boleh macam ni tolong la faham. I love U so much".kata aku separa merayu. Tidak pernah seumur hidup aku. Aku merayu untuk seseorang setia disisi aku. Maliki cinta pertamaku aku tidak pernah merayu untuk dia tidak pergi dan kekal disisi namun kerana hati ini sudah tidak sanggup untuk disakiti lagi aku rela merendahkan ego aku semata mata untuk merayu kepadanya agar tidak meninggalkan ku. Shah kenapa saat aku luah segala masalah aku dekat kau dan aku hanya ada kau untuk aku menumpang kasih namun disaat tu kau pilih untuk pergi . Kau tahu tak bertapa sakit nya hati aku.
"Maaf Qistina aku tak boleh. Cinta aku dah mati untuk kau". Balas Shah. Malam itu aku tidur dengan air mata. Ye air mata kehilangan insan yang aku benar-benar cintai. Aku tak faham mengapa tiba-tiba dia berubah dulu jika berlaku pergaduhan dia orang yang pertama settlekan semuanya secara baik. Tapi kenapa tiba-tiba dia pergi macam itu ja. Mungkin dia penat melayan kerenah aku. Aku terlampau manja dan perlukan kasih sayang darinya.
End Flashback!!.
_________________________________________
Sekarang disini lah tempat aku. Hospital merupakan rumah kedua bagi aku. Biarlah orang nak cakap aku manja nak buat macam mana dah ni takdir hidup aku. Dah hampir 3tahun aku menghidap penyakit kanser otak. Namun segala ini aku rahsiakan dari pengetahuan keluarga dan sahabat-sahabatku. Aku sudah meminta pertolongan daripada doktor yang merawatku dan juga merupakan ayah angkat kepadaku agar merahsiakan perkara tersebut daripada semua orang. Dia setuju kerana aku telah mengugutnya. Jika ada sesiapa yang tahu tentang penyakitku tanpa pengetahuan aku. Aku tidak akan mendapatkan rawatan dihospitalnya lagi dan aku akan pergi jauh dari sini.
"Esok kena pergi airport nak jemput Asyraf yang keluar negara untuk bercuti biasalah cucu kesayangan nenek apa saja minta pasti akan ditunaikan. Negara apa yang tidak pernah dijejaki oleh pemuda itu. Baru berusia 18tahun namun seluruh pelusuk negara sudah dijejaki berbeza dengan aku jangan nak katakan negara, negeri pun aku tak pernah pergi urmm". Aku bercakap sendirian.
_________________________________________
Keesokan Harinya.
"Mana ni aduh la dah sejam aku tunggu cakap sampai pukul 1petang ni dah pukul 2 petang". Aku mengintai-intai kelibat Asyraf dicelahan ribuan orang yang lalu lalang disitu. Tiba tiba terpandang susuk tubuh yang aku kenali.
"Tak mungkin lah dia seorang pilot tapi handsome siot arhhh luluh jantung aku tengok dia". Sedang asyik melihat keindahan ciptaan tuhan tiba-tiba ada dua ekor beruk betina yang menghampiri jejaka dingin tu. Lantas memeluk lengannya namun segera ditepis riak wajahnya masih dingin. Kenapa aku cakap beruk betina sebab pakaian tak cukup kain lepas tu gesel-gesel dekat lengan Daniel minta perhatian dari jejaka itu geli aku tengok.
Entah bila masa wajah dingin itu berdiri dihadapan aku. Kelu lidah tak terkata.
"Kau stalk aku eak, ke kau dah jatuh cinta dengan aku. Eleh aku dah tau perempuan memang macam ni". Sebenarnya dari jauh dia melihat wanita ini mencari-cari seseorang namun dia belum pasti siapa gerangannya. Yeah dia masih ingat wajah comel ini yang bergaduh dengannya dihospital sebulan yang lalu. Macam mana dia boleh ingat?. Gila tak ingat kalau bayangan wajah ni yang sentiasa terbayang-bayang dalam otaknya setiap masa.
"Heh kau ni kambing tak ada masa aku nak stalk kau lebih baik kau pergi dengan dua ekor beruk betina tu tergesel-gesel geli aku tengok. Aku datang sini tunggu sepupu aku. Aku nak jatuh cinta huh bukan mudah weiii. Buat apa nak jatuh cinta kalau akhirnya kita sendiri yang terluka". Kata Qistina. Ayat terakhir itu bagai menghiris hatinya.
"Kau jelous eak?. Aku tak suka pun perempuan tu dia yang datang dekat aku. Aku bukan suka layan perempuan. Aku bukan kaki perempuan. Aku tak pernah jatuh cinta apatah lagi bercinta. Kau je perempuan aku banyak cakap perempuan lain aku tak pernah bercakap pun. So kau ni perempuan paling beruntung kau tahu. Kau memang tak pandai cakap sopan-sopan dengan orang eak?". Kata Daniel sambil merenung wajah dihadapannya. Dia terasa ada sesuatu yang wanita ini sembunyikan.
"Beruntung kau cakap, bagi aku bukan beruntung kau tahu, tapi malang lagi adalah.Kenapa kau perlu explain panjang lebar dekat aku pasal perempuan tu. Kau ingat aku kesah. Nak jelous memang tak lah weii buang masa. Aku bukan tak pandai cakap elok dengan orang cuma bagi aku untuk apa aku cakap lembut-lembut demgan orang terumtama sekali LELAKI. Nak cakap yang aku ni manusia paling sopan. Tak nak lah aku biar orang tengok ni lah diri aku yang sebenar. Nak terima terima tak nak sila lah blah. Aku tak suka jadi fake. Tambah-tambah lagi jadi perempuan miang. Dengan lelaki bukan main lembut suara nak muntah aku dengar kalau dengan mak bapak sendiri suara macam jantan. Kalau boyfriend cakap tak boleh keluar siap ikut tak keluar. Kalau keluar juga boyfriend marah kau siap nangis-nangis bagai minta maaf dengan boyfriend kau. Tapi dengan mak bapak cakap jangan keluar kau siap tengking-tengking. Syurga dia dekat boyfriend kot bukan dekat mak bapak. Bodoh betul. Ni lah realiti kalau kau nak tahu. Aku bukan nak jatuhkan perempuan tapi ni lah hakikat perempuan zaman sekarang. Sebab tu aku tak suka orang nak terima alhamdulilah. Tak nak tak apa aku boleh berdiri atas kaki sendiri". Terangku panjang lebar. Aku tengok Daniel asyik merenungku naik seram pulak.
"Kau ni pahal jantan kang aku sepak muka kau apa pun tak dapat. Kau renung-renung aku pahal?". Tegurku.
"Betul lah apa kau cakap. Sebab tu aku tak pernah nak jatuh cinta. Nak dekat lelaki kaya sebab nak hidup senang je. Bukan ikhlas sayangkan kami".keluh nya.
Aku baru nak membalas kata-katanya Asyraf menepuk bahu ku.
"Weiii jom balik sorry la aku lambat. Jumpa kawan tadi". Terangnya sambil tersengih.
"Dasar. Kau tau tak dekat 2jam aku tunggu kau. Lain kali whatsapp la". Bebelku . Baru sahaja hendak membuka langkah untuk pergi .
"Weii ni sapa. Tak nak perkenalkam dengan aku ke?. Pakwe kau ke? ". Tanya Asyraf.
"Tu, tu kambing yang pandai bawak kapal terbang. Ni bukan pakwe aku. Aku tak ada pakwe. Dia ni ntah datang dari mana tiba-tiba langgar aku tadi. Dah la jom balik nanti nenek bising kau tak sampai lagi". Kata ku sambil menarik tangan Asyraf untuk pulang.
"Bye abang nanti jumpa lagi". Jerit Asyraf kepada Daniel. Daniel hanya tersenyum melihat gelagat budak berdua itu.
YOU ARE READING
Masih adakah bahagia buatku
KurzgeschichtenNur Qistina seorang gadis biasa yang sentiasa berwatakkan ceria dan mempunyai segalanya, namun siapa sangka disebalik perwatakkan cerianya ada sebuah penderitaan yang cukup ngeri....dihna dicaci dimaki merupakah sebahagiaan dari hidupnya,dibuang kel...