"Woii anak pungut kau rasa kau dah dapat keputusan semua A kau boleh duduk senang lenang dekat atas". Teking nek mah kepada Qistina
"Tak nek tadi Qis solat asar,Qis memang nak turun nak sediakn makan malam untuk kita malam ni". Jawab Qistina.
"Tak payah sediakn makanan Qis kita makan kat luar nak raikan kejayaan Qis". Kata atoknya lalu duduk di kerusi
"Abang tak payah nak membazir lah, result dia bukan bagus sangat entah bila study pun tak tahu entah entah meniru je,budak ni bukannya bijak otak lembab". Kata nek mah sambil menjeling Qistina.
"Membazir apanya bukan sampai satu juta, yang saya tiap tiap bulan beli beg,baju,gelang emas,cincin emas,kasut awak beralmari tu tak membazir pulak?". Tanya atok kepada nek mah
"Baju,kasut,beg tu nafkah saya abang, emas tu pulak jaminan masa depan,abang tau apa".kata nek mah pula
"Ye lah yang kamu semua betul,orang nafkah takda la sampai berjuta juta sebulan tu melampau namanya".balas atoknya.
"Dah la atok,Qis pergi siapkan makanan dulu". Balas Qistina untuk hentikan perang mulut antara mereka berdua.
"Tak payah Qis jom pergi keluar nenek kamu nak ikot jom kalau tak duduk rumah suruh bibik buat makanan awak, dah pergi siap siap nanti turun kita pergi". Kata atok lalu berlalu meningalkan ruang itu.
"kau memang sukakan orang tua tu sebelahkan kau dasar perempuan tak sedar diri, bodoh anak pungut sial la kau ni". Kata nek mah sambil menolak nolak kepala Qistina.
"Saya naik dulu ye nek".kata Qistina lalu naik menuju keruang tidurnya,dengan hati yang pedih dia berkata ya allah apa salah aku sehingga nenek benar benar bencikan aku, jika ada kesalahan aku kepadanya tunjukkan lah kepada ku agar aku mampu untuk memperbaiki kesilapan yang telah aku lakukan.
____________________________________
Tepat jam 8malam.
Qistina telah bersiap dengan memakai baju blouse berwana putih dan memakai skirt satin berwana baby blue dan digayakan dengan tudung shawl yang sama warna dengan skirt. Sungguh anggun bak bidadari.
Makan malam diadakan disebuah hotel terkemuka. Dengan penuh keterujaan Qistina melihat sekeliling ruang hotel dan sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang kenangan, sebelom menyusul langkah atoknya.
"kan saya dah cakap abang ni membazir je, bawak tempat mewah macam ni,budak ni layak pergi makan dekat mamak je malu saya bawak budak ni nampak jakun sangat jatuh la air muka saya".kata nek mah.
"kalau saya bawak pergi makan mamak awak makan ke, nanti awak pulak yang geli la,makanan takda kelas lah apa la,kalau Qistina tak banyak songeh macam awak sebab dia tau bersyukur lagipun tak salah saya bawak dia makan tempat macam ni bukannya tiap-tiap hari setahun sekali pun belom tentu". Balas atok dengan nada yang agak tinggi tetapi masih dapat dikawal agar tidak dapat didengari oleh pelanggan yang lain. Manakala Qistina pula asyik memerhati keadaan sekeliling dek kerana terlalu terpukau dengan keindahan dekorasi hotel tersebut.
YOU ARE READING
Masih adakah bahagia buatku
ContoNur Qistina seorang gadis biasa yang sentiasa berwatakkan ceria dan mempunyai segalanya, namun siapa sangka disebalik perwatakkan cerianya ada sebuah penderitaan yang cukup ngeri....dihna dicaci dimaki merupakah sebahagiaan dari hidupnya,dibuang kel...