Di salah satu tempat di muka bumi ini terdapat sebuah pulau yang indah dan cantik. Penduduknya pulak hidup aman dan damai. Mereka saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan sebagainya. Pekerjaan mereka, ada yang berburu, berkebun, berniaga, menanam padi dan sebagainya. Kelihatan kanak-kanak bermain lari-lari, keting-ting, congkak, sembunyi-sembunyi dan seremban. Masing-masing melakukan aktiviti rutin mereka sendiri.
Di celah suasana yang sibuk itu, kelihatan seorang pemuda yang tampak tercungap-cungap keletihan, sedang duduk di beranda rumahnya. Sebenarnya dia baru sahaja balik daripada mencari kayu api di hutan untuk menambahkan bekalan kayu api yang sudah berkurang di rumahnya. Sedang pemuda itu berehat-rehat sambil mengipas dirinya mengunakan topi rotannya, seorang wanita lewat 40-an berjalan menuju ke arahnya sambil menatang dulang yang berisi secangkir air minuman. Pemuda itu terus mencapai dan meneguk air yang dihidangkan oleh wanita itu dengan rakus.
"Banyak tak kayu api." Tanya wanita itu yang merupakan ibunya, memulakan perbualan.
"Adalah juga." Jawabnya. "Mak, Mak tak teringin ke nak jadi kaya?" tanyanya tiba-tiba sambil memandang wajah ibunya.
"Kenapa tiba-tiba kamu tanya soalan macam ni?" Ibunya tidak terus menjawab tetapi bertanya kepada anak tunggalnya itu kembali.
"Takdelah...Seojun nak jugak rasa macam mana rasanya kaya. Kalau jadi pengganti raja pun boleh jugak," ujarnya sambil tersengih-sengih memandang langit. Melihat anaknya mula berangan si ibu terus menampar bahu Seojun. Seojun yang berangan tu pun terus menggosok-gosok bahunya yang ditampar tadi.
"Huh! Kamu simpan jelah angan-angan kamu tu. Nak jadi Raja konon!" ejek ibunya sambil mencebik bibir. Seojun mengulang kembali perbuatan ibunya itu.
"Kalau Seojun betul-betul boleh jadi pengganti raja tu macam mana? Apa mak nak cakap?" tanya Seojun sambil mengangkat-angkat keningnya. Ibunya memberikan jelingan.
"Kalau betul, emak tumpang senanglah jawabnya, nak kata apa lagi? Kalau setakat angan-angan je tinggi menggunung tapi satu habuk pun takde baik kau lupakan saja. Buang masa!" balas ibunya berlalu ke dapur semula malas hendak melayan sikap anaknya yang tiba-tiba berubah hari itu.
"Mak! Seojun nak ke hutan balik!" jeritnya dari luar rumah.
"Jangan balik lewat sangat!" balas ibunya kembali yang tengah menyiapkan makan malam.
"Tak janji!" dengan itu dia terus berlalu pergi.
.
.
.
Matahari sudah mula menyembunyikan diri memberikan ruang sang rembulan untuk menjelma. Namun Seojun masih bermalas-malas di tepi sungai kecil yang jernih. Dia memang suka melepak di situ sambil meniup seruling miliknya. Namun, dia langsung tidak menyedari ada seorang nenek tua yang bertongkat berjalan seperti nenek kebayan menuju ke arahnya.
"Sungguh merdu alunan serulingmu," tegur nenek tersebut. Seojun yang terperanjat terus menghentikan aktivitinya lalu terus berdiri menghadap nenek tersebut.
"Eh! Nenek ni dari mana? Kalau nenek sesat saya boleh tunjukkan jalan," kata Seojun tergagap sedikit.
Nenek tersebut terkikih sebentar sebelum berkata kembali. "Aku tak sesat. Aku kemari kerana mendengar muzik yang terlahir dari serulingmu itu,".
"Oh, saya takdelah handal sangat main seruling ni. Tapi sikit-sikit tu bolehlah," jawab Seojun merendah diri. Nenek itu tertawa lagi.
"Orang muda. Mahukah kau memberikan serulingmu itu kepadaku? Dan memberikan apa sahaja kemahuanmu sebagai gantinya," tawarnya.
"Betul ke? Nenek akan beri apa saja yang saya mahu dengan hanya memberikan seruling ni?" tanyanya Seojun. Nenek itu mengangguk dan terkekeh lagi. Kalau macam tu, saya nak jadi raja" katanya. 'Tengok betul ke dia boleh tunaikan permintaan aku ni' hatinya berkata-kata lagi. "Saya nak tunjukkan dekat mak saya yang saya memang boleh jadi Raja" beritahunya sambil menghulurkan seruling miliknya kepada nenek tersebut. Nenek itu menyambutnya lalu menggenggam seruling itu dengan erat.
"Baiklah, tapi ada syaratnya" ujar nenek tersebut sambil memberikan senyuman yang sedikit mengerikan di mata Seojun.
'Biar betul nenek ni? Takpe kita ikut je apa yang dia cakap. Mana tahu tak betul orang tua ni.' Bisik hatinya. "Apa syaratnya, nek?" tanya Seojun seperti orang yang tak sabar-sabar,
"Kalau kau dah jadi Raja. Kau tak boleh berkahwin dengan seorang rakyat biasa. Kalau kau ingkar, seluruh Pulau ini mendapat bencana," beritahunya.
Tanpa berfikir panjang Seojun terus sahaja bersetuju. Perjanjian tersebut telah termeterai dengan menggunakan setitik darah Seojun yang dititikkan di atas tapak tangan kanan nenek tersebut. Seojun memang terperanjat besar melihat kebolehan nenek tersebut 'Tak sangka pulak nenek ni betul-betul berilmu!' sebab darahnya boleh pulak meresap di atas tapak tangan nenek itu.
.
.
.
Sudah 2 tahun Seojun memegang jawatan Raja di kerajaannya iaitu di Pulau tersebut. Dia tidak menyangka bahawa keinginannya menjadi Raja akan tercapai. Dia dan ibunya kini hidup senang. Cuma satu sahaja. Hidupnya sunyi. Dia tidak mempunyai pemaisuri. Tidak mempunyai zuriat. Dia teringin sangat mempunyai zuriat supaya dapat menggantikannya menjadi Raja suatu hari nanti. Bukan itu sahaja, ibu dan rakyatnya juga sering mendoakannya agar mendapat jodoh dan zuriat. Namun, tak ada seorang pun puteri berjaya menambat hatinya.
Suatu pagi, Seojun bersiar-siar melihat keadaan kerajaannya dengan menyamar sebagai seorang rakyat biasa. Ketika inilah matanya menangkap seorang gadis yang mempunyai badan yang kecil molek tengah menjemur pakaian dan perasaan cinta pun muncul pada dirinya.
Dipendekkan cerita, mereka pun menjalinkan hubungan. Gadis itu bernama Kim Hye Yoon daripada keluarga bangsawan. Asyik bercinta Seojun lupa akan perjanjian yang telah dibuatnya bersama nenek tersebut. Sehingglah mereka berkahwin dan dikurniakan pasangan putera yang kembar. Namun, kebahagian mereka tidak lama kerana musibah menimpa mereka. Seluruh Pulau tersebut telah di sumpah menjadi Pulau yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia. Sumpahan tersebut akan berlangsung sehingga keturunan ke-7 mereka. Hanya keturunan ke-7 itu sahaja yang mampu menamatkan sumpahan terhadap pulau tersebut.
YOU ARE READING
{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITING
FanfictionIdea asal : ibu saya Cerita ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama mempunyai keistimewaan. "Abang cakap ngan semut," - Jae Seorang boleh bercakap dengan haiwan. "Chanyeol-ah! Jangan buat abang Jae macam tu! Aban...