B A B 17

22 6 12
                                    

Kerajaan Bukit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kerajaan Bukit

PADANG yang dijadikan tempat latihan mereka, dipenuhi oleh semua penduduk kerajaan tersebut. Mereka diarahkan oleh ketua mereka berkumpul untuk perjumpaan yang penting. Kedengaran suara di antara mereka yang berbisik-bisik antara saru sama yang lain. Mungkin berasa pelik dengan perjumpaan mengejut yang dibuat oleh ketua kerajaan mereka.

"Senyap semua!" laung Hee Woon dengan lantang. Serta merta itu juga semua penduduk diam bagi mendengar maklumat yang akan di sampaikan oleh Hee Woon.

"Budak manusia yang saya penjarakan dah hilang. Ada sesiapa ke yang nampak dia lari atau ada sesiapa ke yang selamatkan dia?" katanya melontarkan soalan.

Hampir seluruh penduduk kerajaan itu menggeleng dan berkata tidak tahu. Tiba-tiba dari celah keriuhan itu seorang gadis mengangkat tangannya. Wajah geng Jackson masih lagi selamba, tetapi dalam hati tak tau lah ye.

"Ada apa Moonbyul?" tanya Heewoon yang perasan salah seorang daripada mereka semua di sana itu mengangkat tangan.

"Siapa sebenarnya budak tu ketua? Penting sangat ke dia tu?" pertanyaan Moonbyul itu membuatkan Jb menghela nafas lega walaupun dengan wajah selamba.

"Budak tu penting untuk masa depan Pulau ni" Heewoon menjawab dengan ringkas.

"Macam mana kalau budak tu akan menghancurkan masa depan Pulau ni ketua? Lagipun apa yang dia boleh buat?" sampuk seorang lelaki pulak dengan senyuman sinisnya. Dia sempat memandang Sunggyu dan Hoya dengan pandangan yang mempunyai makna tersirat. Tapi Sunggyu dan Hoya tidak mengendahkannya.

"Sebab tu lah saya perlukan budak tu untuk menguji dia" balas Heewoon.

"Menguji dia untuk apa ketua? Bahan eksperimen ke?" Jackson bertanya lalu mengalihkan pandangannya ke arah Jb.

"Sebab dia ada potensi untuk mengembalikan Pulau ni seperti sedia kala. Berkemungkinan dia keturunan ke-7 Raja kita" jawapan Heewoon itu membuatkan semua yang berada di situ terkejut mendengar berita yang di sampaikan oleh Heewoon.

"Kalau macam tu, kenapa ketua penjarakan dia?" Jb pulak bertanya.

"Betul tu ketua! Sepatutnya tanyalah dia elok-elok. Kalau tak dia tak akan lari lah!" Sunggyu pula bersuara.

"Ka- kejap, Sunggyu, Jb dan Jackson jumpa saya lepas ni! Korang bertiga jangan nak mengelak pulak! Semuanya bubar!"

Dengan itu semua penduduk bubar dari situ, untuk melakukan aktiviti seharian mereka yang tergandala tadi. Tetapi lelaki yang bertanya soalan tadi sempat memberikan senyuman sinisnya kepada Sungjin dan Hoya sebelum berlalu pergi.

"Hish! Aku paling pantanglah dengan si Jaewook dan Moobyul tu. Aku rasa dia nak perangkap kita je tu" Hoya berkata.

-Pondok Heewoon-

"Jackson! Beritahu saya sekarang di mana kamu sembunyikan budak tu?" soal Heewoon dengan tegas.

"Buat apa saya nak bagitau! Kalau ketua berhasrat nak apa-apakan dia! Dia bukan bahan ekaperimen ketua!" balas Jackson tidak bersembunyi lagi.

{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITINGWhere stories live. Discover now