B A B 8

15 3 36
                                    

'SPLASH!!!' bunyi percikan air kedengaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'SPLASH!!!' bunyi percikan air kedengaran.

Dengan pantas Jinyoung mendapatkan Jae yang timbul tenggelam pada permukaan laut. Setelah berjaya mendapatkan abang sepupunya itu, tiba-tiba air laut tersebut seperti membawa mereka pergi lagi jauh daripada kapal peranginan yang mereka naiki. Jinyoung dan Jae tak mampu nak melawan kuatnya air laut yang menarik mereka itu sehingga mereka sendiri tidak mampu melawannya. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain berserah dengan apa yang akan terjadi kepada mereka nantinya.

Bunyi ombak yang menghempas sisir pantai menyedarkan Jinyoung daripada ketidaksadarannya. Secara perlahan dia mengerdip-ngerdipkan matanya untuk menyesuaikan cahaya yang masuk ke dalam retina matanya. Dia bangun daripada posisi tengkurapnya. Jinyoung meliarkan matanya dan berhenti apabila menangkap susuk tubuh yang terlentang lapan meter jauh darinya. Tanpa membuang masa dia terus berlari anak ke arah susuk tersebut. Tekaannya betul kerana itu adalah Jae, abang sepupunya. Kaca matanya pula berada tidak jauh dari Jae. 'Setia betul dia ni dengan tuan dia' bisik Jinyoung di dalam hati sambil mencapai kaca mata tersebut.

"Abang! Bang!" Jinyoung menepuk-nepuk pipi Jae. Tiada respon. Jinyoung melekapkan telinga kanannya pada dada Jae. Kemudian, meletakkan jari telunjuknya di bawah hidung Jae. Tiada hembusan. Dengan perasaan paniknya Jinyoung terus mengepam dada Jae tanpa henti sehinga...

"Uhuk! Uhuk!" Jae mengeluarkan air yang masuk ke paru-parunya. Dadanya mula berombak kembali dan ini melegakan hati Jinyoung. Dia membantu Jae untuk duduk.

"Kita kat mana sekarang ni Jinyoung?" tanya Jae sambil mencapai kaca matanya yang di hulur oleh adik sepupunya itu kepadanya.

"Tak tahu" jawab Jinyoung kembali meliarkan matanya untuk melihat kawasan di sekeliling mereka.

"Kita dah mati ke? Kau rasa kita kat alam mana eh?" Jae mula merepek yang bukan-bukan.

"Entahlah, hidup lagi kot sebab kita masih bernafas. Tapi...ada kemungkinan juga betulnya cakap abang tu" balas Jinyoung.

"Kalulah betul...mesti mama dan papa sedihkan" kata Jae. Jinyoung menghembuskan nafasnya lemah.

"Tapi naluri hati ni kuat mengatakan bahawa kita masih hidup. Tapi tersadai pada pantai ni" uajr Jinyoung membuat andaian.

"Kalau betul naluri hati kau tu. Aku bersyukur sangat. Jom kita tengok-tengok tempat ni" ajak Jae sambil menepuk-nepuk pasir yang melekat pada pakaiannya.

"Jom! Mana tahu terjumpa makanan ke...orang ke boleh juga mintak pertolongan" tambah Jinyoung.

"Makanan! Jom kita cari! Perut pun dah lapar ni" beritahu Jae dengan teruja. Mereka berdua pun berjalan menuju ke dalam Pulau tersebut tanpa mengetahui bahaya apa yang akan mereka tempuhi nantinya.

.

.

.

{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITINGWhere stories live. Discover now