B A B 13

17 4 15
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kerajaan Bukit

JINYOUNG terus mencelikkan matanya selepas mendapatkan mimpi buruk. Nafasnya tidak teratur. Sebentar tadi dia bermimpi dia dikejar oleh gergasi. Setelah berjaya menenangkan dirinya barulah dia meliarkan matanya di segenap arah. Jinyoung terus turun dari katil tempat tidurnya lalu berjalan menuju ke arah kayu-kayu yang di susun rapat-rapat antara satu sama lain sebelum menyentuhnya. "Kenapa aku dipenjarakan pulak ni?" kedengaran Jinyoung bergumam dengan nada yang geram. Jinyoung perasan terdapat dua pengawal yang berkawal di sana.

"Hoi! Lepaskan aku! Sebelum aku pecahkan penjara ni!" Jinyoung mengugut. Berubah jugaklah wajah dua orang pengawal tadi. Jinyoung merengus.

"Apa yang korang semua naak dari aku?!" Jinyoung melepaskan kemarahannya dengan menumbuk salah satu palang kayu penjara tersebut. Tersentak kedua-dua pengawal tersebut melihat kayu tersebut patah dengan mudahnya.

"J-jangan buat apa-apa budak" salah seorang pengawal tersebut bersuara dengan tergugup-gagap.

"Aku tak nak jadi kurang ajar sebenarnya. Tapi kalaau dah jadi macam ni, siapa-siapa pun akan marah!"

"Sabar budak. Kami hanya diarahkan untuk menjalankan tugas sahaja" pengawal yang lebih tinggi berbanding yang tadi cuba berkata dengan tenang. Jinyoung memandang mereka ke atas ke bawah. Kedua-duanya mempunyai pedang. Tapi takut! Huh!. Sempat lagi Jinyoung mengutuk di dalam hati. Jinyoung mendenguskan nafasnya kasar. Dia duduk kembalidi atas katil. Dari riak wajahnya, memang dapat dikatakan yang dia benar-benar berangnya dengan apa yang berlaku kepadanya sekarang ini.

DI dalam sebuah bilik, boleh juga dikatakan sebagai bilik mesyuarat. Kelihatan beberapa orang dari bangsa pahlawan pedang dan manusia separuh kuda sedang berbincang.

"Ketua yakin ke dia ialah keturunan ke-7 Raja?" soal Si Hitam dari bangsa manusia separuh kuda.

"Ya, ketua. Benda macam ni kita tak boleh main-main. Perkara ni melibatkan masa depan Pulau ni" ujar ayah Jackson.

"Benar ketua. Jika kita silap memilih kita akan gagal mengembalikan Pulau ni seperti sedia kala" sokong ayah Sunggyu.

"Saya tahu perkara ni tak simple. Saya fahami perasaan tuan-tuan semua. Tapi kita mesti cari tahu siapa budak ni. saya dapat lihat ada sesuatu yang lain pada budak ni" setelah lama berdiam diri mendengar ulasan yang diberikan oleh wakil penduduk Kerajaan Bukit, ketua kerajaan itu kini bersuara dengan nada yang mendatar.

"Jadi, apa kita nak buat ni ketua?" soal Si Ungu ingin tahu rancangan seterusnya yang akan diambil oleh ketua kerajaan mereka itu.

"Tak ada cara lain supaya membuktikan dia keturunan ke-7 Raja selain...." dia menggantungkan katanya, sebelum menyambung semula. " Menguji dia".

Kerajaan Gunung

MALAM kian larut. Namun, Jae masih lagi terkebil-kebil memandang atap rumbia. Dia melihat Younghyun yang sudah lena dibuai mimpi bersama dengan dengkuran di sisi kirinya. Memandangkan bilik itu kepunyaan Younghyun, jadi dia terpaksa berkongsi dengan makhluk bersayap itu. Kata-kata Younghyun tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia meletakkan tangan kirinya belakang kepalanya.

{6} 𝙿𝚄𝙻𝙰𝚄 [ᵍᵒᵗ7×ᵈᵃʸ6]✓EDITINGWhere stories live. Discover now